Assalammualaikum semua! Tahniah Upin & Ipin dan Les’ Copaque Production. Kampung Durian Runtuh ke konsol dunia! Kenangan nostalgia kita membersar kini di peringkat global! Satu-satunya memori yang Ruby tak akan pernah lupa. Upin & Ipin membuatkan kita meneruskan kehidupan melalui kenangan zaman kanak-kanak. Zaman penuh warna, zaman di kampung yang hijau dan pengembaraan bermula!
Kini, hampir dua dekad kemudian, Upin & Ipin mengambil satu langkah besar ke hadapan. Mereka bukan lagi hanya watak di kaca TV atau layar perak. Mereka kini hidup dalam dunia digital interaktif menerusi permainan video Upin & Ipin Universe, yang bakal dilancarkan secara global pada 17 Julai 2025.
Upin & Ipin Universe merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka (open-world) yang diinspirasikan daripada siri animasi popular Asia Tenggara Upin & Ipin ini. Dibangunkan oleh Streamline Studios bersama Les’ Copaque Production, permainan ini diperkenalkan buat kali pertama semasa acara Southeast Asia Summer Showcase dan akan diperkenalkan secara rasmi di Japan Expo, Paris sebuah platform prestij yang memperkenalkan budaya Asia kepada dunia.
Dengan grafik penuh warna dan dunia maya yang luas, pemain akan dapat menjelajah kehidupan kampung yang indah, sambil berinteraksi dengan pelbagai karakter dan aktiviti yang kaya unsur budaya Asia Tenggara.
Antara ciri utama permainan ini:
🎮 Naratif sepanjang 12 jam
🎮 Dunia terbuka yang interaktif dan mesra keluarga
🎮 Elemen budaya tempatan dalam suasana moden
🎮 Tersedia di PC (Steam, Epic Games Store), PlayStation 4 & 5, serta Nintendo Switch
Tidak hairan kenapa kerjasama ini wujud, ia hasil kepercayaan yang dibina melalui pencapaian demi pencapaian kedua-dua pihak:
Industri kreatif digital Malaysia mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2023 dengan jumlah hasil sebanyak RM5.3 bilion, dan nilai eksport mencecah RM800 juta. Pencapaian ini turut menyumbang kepada penciptaan lebih 10,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi di seluruh ekosistem industri digital negara.
Di bawah Pelan Ekosistem Kreatif Digital (DICE) yang digerakkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), kerajaan komited untuk membangunkan sektor kreatif digital dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dan global dalam penciptaan kandungan digital menjelang tahun 2030.
DICE bukan sekadar satu inisiatif, tetapi strategi menyeluruh yang merangkumi pembangunan bakat, akses pasaran, pelaburan dan inovasi dalam industri ini. Seiring dengan perkembangan pesat pendigitalan dunia, sektor permainan digital turut berkembang dan menjadi pemacu penting dalam agenda digital negara.
Kementerian Digital akan terus memberi tumpuan kepada subsektor animasi dan permainan digital sebagai komponen teras dalam usaha transformasi digital negara. Pengiktirafan terhadap industri kreatif digital ini jelas memperlihatkan peranannya sebagai tulang belakang kemajuan ekonomi digital Malaysia.
Bagi memperkukuhkan lagi ekosistem ini, MDEC telah melancarkan dua program baharu iaitu:
Pelancaran permainan video Upin & Ipin Universe hari ini bukan sekadar memperkenalkan satu lagi judul permainan baharu. Ia adalah bukti kreativiti, inovasi dan semangat kolaborasi yang menjadi tunjang perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab animasi dan permainan digital serantau.
Permainan ini, hasil kerjasama antara Les’ Copaque Production dan Streamline Studios, mencerminkan keunikan budaya serta tahap inovasi yang menjadikan permainan digital Malaysia tampil berbeza dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Sebagai seorang ibu dan rakyat Malaysia yang membesar bersama Upin & Ipin, Ruby percaya bahawa menyokong permainan ini adalah tindakan penuh bermakna. Ia bukan sahaja tentang menikmati sebuah permainan konsol, tetapi juga tentang:
✅ Menyokong industri kreatif tempatan
✅ Memelihara dan menyebarkan budaya Asia Tenggara
✅ Memberi peluang kepada generasi baharu mengenali nilai murni secara moden
✅ Menunjukkan kepada dunia bahawa IP Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa
Dalam dunia permainan video yang kini dipenuhi watak luar negara, kehadiran Upin & Ipin Universe terasa sangat istimewa. Ia bukan sekadar permainan ia adalah kenangan, identiti, dan harapan. Harapan bahawa anak-anak kita akan terus mengenali nilai jujur, kasih sayang, dan kebanggaan terhadap budaya sendiri, walaupun dalam dunia maya.
Jadi, jom kita jadi sebahagian daripada sejarah ini. Mari kita sokong permainan video anak Malaysia. Jom main, jelajah dan banggakan Upin & Ipin Universe!
Suatu ketika dulu, setiap kali Ramadan menjelma, waktu petang terasa lebih meriah dengan gelak tawa Upin & Ipin di TV9. Duduk bersila depan televisyen, sambil menanti azan Maghrib, cerita dua beradik yang comel itu seakan menjadi peneman waktu berbuka untuk seisi keluarga. Nilai persahabatan, kasih sayang, dan budaya Melayu yang ditampilkan membuatkan Upin & Ipin lebih daripada sekadar animasi. Mereka menjadi ikon kebudayaan Malaysia.
UPIN & IPIN UNIVERSE INOVASI INDUSTRI ANIMASI KE DUNIA TERBUKA GLOBAL
Upin & Ipin Universe merupakan animasi tempatan pertama yang diadaptasi menjadi permainan dunia terbuka yang dilancarkan ke pasaran global semasa acara rasmi pada 4 Julai 2025, yang turut menampilkan YB Gobind Singh Deo, dan tokoh penting seperti Pengarah Urusan Les’ Copaque, Datuk Gerald Isaac (Finas), serta CEO Streamline Media Group Alexander Fernandez.
Upin & Ipin Universe merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka (open-world) yang diinspirasikan daripada siri animasi popular Asia Tenggara Upin & Ipin ini. Dibangunkan oleh Streamline Studios bersama Les’ Copaque Production, permainan ini diperkenalkan buat kali pertama semasa acara Southeast Asia Summer Showcase dan akan diperkenalkan secara rasmi di Japan Expo, Paris sebuah platform prestij yang memperkenalkan budaya Asia kepada dunia.
Antara ciri utama permainan ini:
🎮 Naratif sepanjang 12 jam
🎮 Dunia terbuka yang interaktif dan mesra keluarga
🎮 Elemen budaya tempatan dalam suasana moden
🎮 Tersedia di PC (Steam, Epic Games Store), PlayStation 4 & 5, serta Nintendo Switch
KEPERCAYAAN YANG TERBINA DARI LEGASI DAN PENCAPAIN
Tidak hairan kenapa kerjasama ini wujud, ia hasil kepercayaan yang dibina melalui pencapaian demi pencapaian kedua-dua pihak:
Les’ Copaque Production dikenali sebagai peneraju animasi Malaysia sejak 2005. Mencipta fenomena global melalui siri Upin & Ipin. Siaran di lebih 100 buah negara. Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tersenarai dalam 32 calon awal Oscar 2019. Memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.
Streamline Studios beroperasi di Malaysia sejak 2010. Menjadi sebahagian daripada Streamline Media Group, platform gergasi hiburan digital dengan pengalaman lebih 24 tahun. Streamline Studios terlibat dalam pembangunan permainan bertaraf AAA seperti:
🎮 Final Fantasy XV
🎮 Street Fighter V
🎮 Marvel vs. Capcom: Infinite
🎮 Mortal Kombat
Permainan konsol bukan sekadar hiburan, ia adalah projek penuh jiwa dan semangat. Seperti yang dikongsi oleh tokoh utama di sebalik pelancaran ini:

“Upin & Ipin Universe membuka lembaran baharu — daripada TV dan filem ke pengalaman interaktif bertaraf global. Sempena ulang tahun ke-20 Les’ Copaque, pelancaran ini mencerminkan komitmen kami untuk terus berinovasi dan mencipta detik-detik bermakna buat seisi keluarga di seluruh dunia.”
- Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production
“Upin & Ipin Universe bukan sekadar sebuah permainan; ia adalah surat cinta kepada budaya dan tradisi Asia Tenggara yang penuh warna dan kehidupan.”
- Alexander Fernandez, CEO Streamline Media Group
UPIN & IPIN KEBANGGAAN MALAYSIA
“Pelancaran permainan video Upin & Ipin Universe bukan sekadar memperkenalkan satu lagi judul permainan. Ia adalah bukti kreativiti, inovasi dan semangat kolaborasi yang mendefinisikan perjalanan Malaysia menjadi hab animasi dan permainan digital serantau.”
— YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia
Di bawah Pelan Ekosistem Kreatif Digital (DICE) yang digerakkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), kerajaan komited untuk membangunkan sektor kreatif digital dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dan global dalam penciptaan kandungan digital menjelang tahun 2030.
DICE bukan sekadar satu inisiatif, tetapi strategi menyeluruh yang merangkumi pembangunan bakat, akses pasaran, pelaburan dan inovasi dalam industri ini. Seiring dengan perkembangan pesat pendigitalan dunia, sektor permainan digital turut berkembang dan menjadi pemacu penting dalam agenda digital negara.
Kementerian Digital akan terus memberi tumpuan kepada subsektor animasi dan permainan digital sebagai komponen teras dalam usaha transformasi digital negara. Pengiktirafan terhadap industri kreatif digital ini jelas memperlihatkan peranannya sebagai tulang belakang kemajuan ekonomi digital Malaysia.
Bagi memperkukuhkan lagi ekosistem ini, MDEC telah melancarkan dua program baharu iaitu:
- Animated Shorts Challenge
- Digital Games Testbed
Pelancaran permainan video Upin & Ipin Universe hari ini bukan sekadar memperkenalkan satu lagi judul permainan baharu. Ia adalah bukti kreativiti, inovasi dan semangat kolaborasi yang menjadi tunjang perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab animasi dan permainan digital serantau.
Permainan ini, hasil kerjasama antara Les’ Copaque Production dan Streamline Studios, mencerminkan keunikan budaya serta tahap inovasi yang menjadikan permainan digital Malaysia tampil berbeza dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Media antarabangsa seperti MonsterVine turut melaporkan pelancaran permainan ini untuk 17 Julai 2025, menampilkan budaya Asia Tenggara dalam bentuk pengembaraan dunia terbuka.
17 JULAI 2025 UPIN & IPIN UNIVERSE TERSEDIA. PRE-ORDER SEKARANG!
Sebagai seorang ibu dan rakyat Malaysia yang membesar bersama Upin & Ipin, Ruby percaya bahawa menyokong permainan ini adalah tindakan penuh bermakna. Ia bukan sahaja tentang menikmati sebuah permainan konsol, tetapi juga tentang:
✅ Menyokong industri kreatif tempatan
✅ Memelihara dan menyebarkan budaya Asia Tenggara
✅ Memberi peluang kepada generasi baharu mengenali nilai murni secara moden
✅ Menunjukkan kepada dunia bahawa IP Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa
Dalam dunia permainan video yang kini dipenuhi watak luar negara, kehadiran Upin & Ipin Universe terasa sangat istimewa. Ia bukan sekadar permainan ia adalah kenangan, identiti, dan harapan. Harapan bahawa anak-anak kita akan terus mengenali nilai jujur, kasih sayang, dan kebanggaan terhadap budaya sendiri, walaupun dalam dunia maya.
Jadi, jom kita jadi sebahagian daripada sejarah ini. Mari kita sokong permainan video anak Malaysia. Jom main, jelajah dan banggakan Upin & Ipin Universe!
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.