SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Assalammualaikum semua! Semalam Ruby menghadiri sesi media preview Picnic in The Park Festival 2025 anjuran Suria KLCC. Sambil menikmati suasana senja di tengah kota dengan angin lembut dan pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas, Ruby terkenang kembali acara ini bukan sekadar aktiviti luar biasa, tapi sudah menjadi tradisi tahunan yang penuh kenangan. Bermula dengan konsep picnic eksklusif pada 2023, kini ia berkembang menjadi festival gaya hidup yang lengkap dan mengujakan! 

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Julai 2023 menandakan penganjuran pertama Picnic in The Park oleh Suria KLCC. Dengan hanya 50 kumpulan jemputan setiap hujung minggu, acara ini benar-benar terasa eksklusif. Ruby sekeluarga menerima wristband khas dan disambut di ruang terbuka yang dihias dengan khemah teepee, tikar piknik, bantal, lampu dan meja kecil comel. Picnic basket kami penuh dengan pelindung matahari, mosquito patch, bubble wand, hand sanitiser dan baucar daripada jenama Toys“R”Us dan Remax.

Hidangan istimewa dari Burger & Lobster iaitu kombo Surf & Turf, truffle croquettes, salad segar, dan minuman iced tea dari Whittard. Malam ditutup dengan iringan muzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra dan pancuran air dari Lake Symphony. Sebuah pengalaman mesra keluarga yang eksklusif, simple tapi sangat diingati.

Tahun berikutnya, pada Jun 2024, Suria KLCC memperkenalkan tema baharu: Garden Fairies. Lokasi dipenuhi dengan bunga-bungaan pastel, perincian ala dongeng dan sudut “OOTD” fairy-style. Ruby bawa ibu untuk kali ini, dan kami berdua terpesona dengan suasananya yang lebih whimsical dan interaktif. 

Picnic basket kali ini lebih berwarna iaitu produk Guardian, mosquito patch dari Buzzaway, goodies Remax, buku aktiviti dan pensil warna dari Toys“R”Us.

Aktivitinya pun naik taraf:

🌱 Succulent planting workshop
🌸 Perfume layering oleh The Body Shop
💄 Makeup station oleh Gucci Beauty

Hidangan istimewa dari Burger & Lobster, dessert berasaskan matcha dan hōjicha, cotton candy berwarna-warni, dan minuman menyegarkan. Persembahan buskers & MPO masih menjadi kemuncak, diakhiri dengan air pancut menari sebagai penutup.

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL LEBIH LUAS DAN MEWAH!

Kini pada Julai 2025, Suria KLCC Picnic in The Park rasmi menjadi Festival. Ia berlangsung dari 4 hingga 6 Julai, setiap hari dari 4 petang hingga 9 malam. Peserta terdiri daripada 75 kumpulan sehari (setiap kumpulan 4 orang), dipilih melalui kempen penebusan dengan pembelanjaan RM3,000 (dalam dua resit) dari 13 hingga 29 Jun 2025. 

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Lokasi lebih luas! Dari Esplanade KLCC hingga ke Taman KLCC, dengan dekorasi rustic modern, sheer canopies, macramé, dan tipi tents. Tetamu disambut dengan:

  • Roadmap Card untuk lawatan 18 lokasi aktiviti.
  • Picnic Basket edisi festival yang penuh dengan produk dari Watsons, Kiehl’s, MAC, Toys“R”Us, dan Remax.
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL


Di antara aktiviti yang menarik: 

Giant Bubble MakingSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

DIY Tote BagSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Kiehl's Healthy Skin AnalysisSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

DIY Bubble Milk Tea oleh Gong ChaSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL


Face Glitter & Beaded AccessoriesSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Makanan, Minuman dan Pemanis Mulut.SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Sakana Japanesse DiningSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

TGI FridaysSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Chakri Palace
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Retro combi van dan Coffee dari Eight Ounce Coffee CoSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Cotton CandySURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Fre Flow Minuman F&NSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL


OOTD SpotSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Unlimited Photobooth Print
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Persembahan harian pula menampilkan artis dari Malaysian Philharmonic Orchestra, buskers, dan drum circle semuanya berlangsung di bawah 10 kaki struktur macramé yang menjadi tumpuan KLCC Park Hill. 
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVALSURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Malam diakhiri dengan pemandangan penuh magik Lake Symphony Fountain Show, sambil duduk di atas tikar picnic bersama orang tersayang.

Dari konsep kecil yang eksklusif, kini Suria KLCC berjaya mencipta sebuah festival yang bukan sahaja Instagram-worthy, tetapi menyentuh emosi, mencipta kenangan, dan menekankan nilai community bonding dengan penuh gaya dan sentuhan peribadi. 

"Di Suria KLCC, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui membeli-belah. 'Berkelah di Taman' adalah cara kami meraikan pembeli kami dengan menawarkan mereka sesuatu yang benar-benar istimewa: percutian yang disusun dengan teliti di tengah-tengah bandar," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL

Ruby rasa bersyukur dapat saksikan evolusi Picnic in The Park sejak dari awal. Setiap tahun ada kelainannya tersendiri, tapi semuanya membawa satu rasa yang sama iaitu rasa dihargai sebagai pelanggan dan insan yang mahu sejenak keluar dari rutin harian.

Kalau ada peluang untuk edisi akan datang, Ruby sangat sarankan:

  • Join membeli-belah untuk layak sertai 
  • Bawa keluarga 
  • Nikmati detik-detik indah

Terima kasih Suria KLCC, for always making magic possible in the heart of our city. 

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama