Lavazza x aura+ Pop-Up Coffee Experience Di Suria KLCC: Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Assalammualaikum semua! Ruby sebagai peminat kopi ais yang setia, terutamanya Kopi Ais atau Ais Americano. Saya akui dunia kopi sebenarnya sangat luas. Bila mendengar tentang Lavazza, jenama kopi dari Itali yang gah di peringkat dunia sedang mengadakan Pop-Up Coffee Experience di Suria KLCC. Ruby segera ajak kawan-kawan untuk nikmati kopi-kopi dari jenama ini. Ia membuka deria penggemar kopi kerana pilihan rasa yang sesuai dengan gaya hidup moden yang ditawarkan oleh Lavazza sangat istimewa. 

Lavazza Pop-Up KLCC: Bila Budaya Kopi Itali Bertemu Gaya Hidup Malaysia


Acara yang berlangsung dari 15 hingga 21 Julai 2025 ini menggabungkan tradisi pembuatan kopi Itali dengan teknologi inovatif moden. Bertempat di Centre Court, Aras Concourse, Suria KLCC, Pop-Up Coffee Experience ini menjadi ruang interaktif untuk para pengunjung merasai sendiri keunikan Lavazza.

Pengunjung menikmati aktiviti di booth Pop-Up Coffee Experience Lavazza dan aura+ di Suria KLCC
Pengunjung menikmati aktiviti di booth Pop-Up Coffee Experience Lavazza dan aura+ di Suria KLCC
Pengunjung menikmati aktiviti di booth Pop-Up Coffee Experience Lavazza dan aura+ di Suria KLCC


Dua Produk Baharu Dilancarkan: aura+ Java One & Crema e Gusto Forte 


Pelancaran rasmi acara ini memperkenalkan dua inovasi utama:

☕ Mesin aura+ Java One Espresso

Mesin ini direka khas untuk mereka yang sukakan kesempurnaan kopi dengan mudah. Sesuai digunakan bersama kapsul Nespresso®, ia menawarkan dua mod: espresso (30ml) dan lungo (80ml). Dengan satu sentuhan butang, anda boleh menikmati kopi berkualiti barista di rumah!

🫘 Lavazza Crema e Gusto Forte

Adunan khas Arabika Brazil dan Robusta premium dari tiga benua — Amerika, Asia dan Afrika. Dipanggang pekat dengan aroma koko, kayu dan coklat, ia sempurna untuk penggemar kopi pekat dan berperisa. Sesuai untuk espresso atau ristretto.

Lavazza x aura+ Pop-Up Coffee Experience

Lavazza x aura+ Pop-Up Coffee Experience


Tawaran Pelancaran Menarik:
📦 Starter Kit hanya RM599!

Termasuk:
1 mesin aura+ Java One
8 kotak kapsul Lavazza (nilai asal RM891)

Aktiviti Menarik Di Booth Lavazza


Acara ini bukan sekadar jual kopi, tetapi sebuah pengalaman lengkap untuk peminat kopi:

✅ Sesi merasa kopi dan coffeetails oleh barista profesional
✅ Promosi eksklusif untuk kapsul, biji kopi, serbuk & kopi segera
✅ Permainan & cabutan bertuah
✅ Servis engraving percuma & photowall Instagrammable
✅ Hadiah percuma mengikut pembelian:

Beli 3 kotak (RM60+): putar roda hadiah
Beli 8 kotak (RM160+): dapat penapis atau pemegang kapsul + main Lavazza Gacha
Beli mesin Java One: dapat tumbler Lavazza eksklusif

Pelawat mencuba permainan berhadiah dan minuman kopi di booth Lavazza
Lavazza x aura+ Pop-Up Coffee Experience
Lavazza x aura+ Pop-Up Coffee Experience
Pelawat mencuba permainan berhadiah dan minuman kopi di booth Lavazza

Sejarah Jenama Lavazza: Dari Turin ke Dunia

Lavazza diasaskan di Turin, Itali pada tahun 1895. Selama lebih 129 tahun, jenama ini dimiliki oleh keluarga Lavazza dan kini menjadi antara peneraju pasaran kopi global. Dengan kehadiran di 140 negara dan penghasilan lebih 30 bilion cawan kopi setiap tahun, Lavazza terus memimpin inovasi termasuk menghasilkan espresso pertama di angkasa lepas!

Visi mereka?

 “Membangkitkan dunia yang lebih baik setiap pagi.”

Lavazza komited untuk menggabungkan kualiti, inovasi dan kelestarian dalam setiap cawan kopi mereka.

Walaupun Ruby bukan penggemar kopi yang kompleks, saya sukakan kopi yang ada keseimbangan rasa, sedikit pahit tapi smooth dan wangi. Jadi, bila dengar Crema e Gusto Forte ni ada nota coklat dan kopi, pasti sedap dinikmati bersama ais. 

Dan mesin aura+ Java One tu? Nampak minimalist, moden dan senang nak guna. Pagi-pagi sebelum anak bangun, tekan satu butang dan siap secawan kopi Itali. Bestnya! 


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama