Assalammualaikum Tun. Selamat ulang tahun Tahun ke-100 Tun. Kalau Tun baca artikel Ruby, Ruby gembira sangat! Artikel penghargaan buat insan yang tiada galang ganti. This is for you Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad. Penulisan ini bukan datang dari jawatan, bukan dari pujian politik, tetapi dari seorang ibu, seorang rakyat biasa yang membesar dalam zaman Tun menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Masa kecil dulu, Ruby tidak faham tentang negara. Sebagai kanak-kanak, membesar di zaman Tun M seperti semuanya dah tersedia. Kami tinggal belajar aje. Masuk sekolah tadika, sekolah agama dan sekolah rendah. Mak dan Abah ikut aje apa sarananan kerajaan.
Pada ketika itu juga, Ruby fikir kita dah dijaga oleh Perdana Menteri yang bagus. Tiada orang lain akan galas tanggungjawab ini selain Tun M. Setiap malam, berita RTM, mesti kami sekeluarga kena tonton. Wajib ambil tahu tentang dunia. Terkesima tengok Tun M beri ucapan tanpa baca teks ucapan terlalu lama. Zaman dulu mana ada prompter. Kagum dengan fokus yang Tun M berikan. Nada tegas tetapi ada kasihnya.
10 Julai 2025
Hari ini, seorang negarawan ulung genap berusia 100 tahun. Sebuah angka yang bukan hanya menandakan usia, tetapi sejarah, perjuangan, dan ketekunan yang tidak pernah luntur. Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sekadar nama, tetapi satu era. Era di mana kami membesar dengan semangat Wawasan, dengan cita-cita tinggi, dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
10 Julai 2025
Hari ini, seorang negarawan ulung genap berusia 100 tahun. Sebuah angka yang bukan hanya menandakan usia, tetapi sejarah, perjuangan, dan ketekunan yang tidak pernah luntur. Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sekadar nama, tetapi satu era. Era di mana kami membesar dengan semangat Wawasan, dengan cita-cita tinggi, dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad, lahir 10 Julai 1925 merupakan seorang ahli politik, pengarang, dan doktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh dari 1981 hingga 2003 dan sekali lagi berkhidmat di negara dari 2018 hingga 2020. Berkhidmat untuk jumlah kumulatif 24 tahun.
Kerjaya politiknya telah menjangkau lebih 75 tahun, daripada menyertai protes menentang dasar kewarganegaraan untuk orang bukan Melayu di Malayan Union pada 1940-an kepada membentuk gabungan Gerakan Tanah Air pada 2022. Semasa menjadi perdana menteri, Tun Mahathir telah dianugerahkan gelaran "Bapa Pemodenan" dalam mentransformasikan ekonomi negara.
1981 hingga 2003, jangka masa yang panjang tapi penuh bermakna. Menggalas jawatan di dalam kerajaan, Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7. Banyak sumbangan Tun kepada negara. Walau dikhianati, walau perlu melalui hari-hari yang mencabar dan bahaya. Demi rakyat Malaysia, beliau terus berjuang dalam gelanggangnya yang tersendiri. "Rakyat Mana Tahu."
Ruby masih ingat… waktu balik kampung musim cuti sekolah, kami akan melalui lebuhraya yang baru dibina. Atok akan bercerita tentang Proton, tentang impian Malaysia menjadi negara maju, dan tentang Tun yang selalu berada di depan, merancang untuk masa depan kami. Kami masih kecil waktu tu, tapi kami tahu… kami ada pemimpin yang bekerja keras untuk rakyat.
KENANGAN ZAMAN TUN KETIKA MALAYSIA BERNAFAS PENUH HARAPAN
Ruby masih ingat… waktu balik kampung musim cuti sekolah, kami akan melalui lebuhraya yang baru dibina. Atok akan bercerita tentang Proton, tentang impian Malaysia menjadi negara maju, dan tentang Tun yang selalu berada di depan, merancang untuk masa depan kami. Kami masih kecil waktu tu, tapi kami tahu… kami ada pemimpin yang bekerja keras untuk rakyat.
Bangga bukan kepalang apabila Perdana Menteri Malaysia dikenali dunia. Banyak negara gerun dengan Tun M sebab beliau berani menyuarakan pendapat beliau. Malah bukan hanya sembang ketawa biasa, beliau akan bertutur dengan tegas dan melaksanakan plan seterusnya.
TUN M DAN WAWASAN 2020
Di sekolah, kami tulis karangan tentang impian tahun 2020. Saya bayangkan kereta terbang, bangunan tinggi, rakyat pelbagai kaum bersatu padu. Semua ini bukan angan-angan kosong. Kami percaya bila Tun cakap sesuatu, pasti ada jalannya. Wawasan 2020 bukan sekadar angka. Ia adalah roh perjuangan, menjadikan kami berani bermimpi, berani belajar, dan berani mencipta. Dan hari ini, walaupun tahun telah berlalu, semangat itu masih menyala dalam hati kami.ERA TUN M ZAMAN MALAYSIA MELANGKAH PANTAS
Ruby rindu zaman Tun. Zaman kami serba laju. Teknologi berkembang, peluang terbuka, dan rakyat memiliki keyakinan diri. Kami tak tunggu dunia maju kehadapan, tetapi kami yang ke hadapan. Kami celik IT, celik dunia, dan berani menulis nama Malaysia di peta global. Tun bukan sekadar mencipta projek fizikal, tapi membina pemikiran rakyat yang berpandangan jauh.
APA YANG TUN M TELAH LAKUKAN UNTUK MALAYSIA?
Tun Dr Mahathir tidak hanya memimpin, beliau mengubah wajah dan jiwa negara ini. Dua kali menjadi Perdana Menteri (1981–2003 & 2018–2020), berikut antara legasi penting beliau:
1981 – 2003: Zaman Pembinaan & Pecutan
2018 – 2020: Kembali Demi Negara
Di Peringkat Dunia:
Saya selalu beritahu anak-anak:
Tun menjadi standard dalam banyak perkara dalam hidup Ruby.
Dalam hati saya hanya ada satu doa:
Saya rasa Tun berhak berehat. Tapi beliau tetap hadir bila negara perlukan. Dan itu, bagi saya, adalah pengorbanan sebenar yang hanya insan luar biasa mampu lakukan.
1981 – 2003: Zaman Pembinaan & Pecutan
- Disiplin kerja penjawat awam: Jam masuk/keluar kerja diperketat, sistem lebih cekap.
- Dasar Pandang ke Timur – ambil inspirasi dari Jepun.
- Proton (1983) – kereta nasional pertama.
- Lebuhraya PLUS, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya – pemodenan infrastruktur.
- Wawasan 2020 – sasaran jadi negara maju.
- MSC (Multimedia Super Corridor) – asas ekonomi digital.
- Pelaburan dalam pendidikan tinggi – UiTM, UTM, MMU.
- Petronas Twin Towers – simbol ekonomi moden
2018 – 2020: Kembali Demi Negara
- Dedahkan skandal kewangan (1MDB)
- Bentuk kerajaan lebih telus dan adil
- Bebaskan SPRM dan badan kehakiman
- Kawal hutang negara, semak projek mega
- Galak IR4.0 dan ekonomi digital
- Perjuang hak rakyat di platform antarabangsa
Di Peringkat Dunia:
- Suara lantang bela Palestin
- Kritikal terhadap imperialisme Barat
- Menolak pengaruh kuasa besar
- Disegani dunia sebagai pemimpin negara membangun
TUN M DARI MATA SEORANG IBU
Sebagai seorang ibu kepada dua anak lelaki, Ruby sering terfikir apa yang saya mahu wariskan kepada mereka? Saya mahu mereka tahu siapa Tun Dr Mahathir. Saya mahu mereka kenal nilai-nilai yang membina negara:- Disiplin
- Kekuatan prinsip
- Rajin membaca dan berfikir
- Berani bersuara dengan ilmu
- Cinta kepada tanah air tanpa syarat
Saya selalu beritahu anak-anak:
“Kalau Tun M boleh bangun seawal 4 pagi walau sudah berusia 90 tahun, kenapa kita susah sangat bangun Subuh?”
“Kalau Tun M boleh baca setiap hari, apa alasan kita?”
Tun menjadi standard dalam banyak perkara dalam hidup Ruby.
SAAT BERTEMU TUN M, TAPI TAK MAMPU DEKAT
Ruby pernah beberapa kali berpeluang bertemu beliau. Namun setiap kali itu, air mata saya lebih cepat hadir dari lensa kamera. Saya tidak mampu mendekat, bukan kerana takut... Tetapi kerana terlalu hormat. Terlalu kagum.Dalam hati saya hanya ada satu doa:
“Ya Allah, peliharalah negarawan ini. Dia sudah beri seluruh hidupnya untuk kami.”
Saya rasa Tun berhak berehat. Tapi beliau tetap hadir bila negara perlukan. Dan itu, bagi saya, adalah pengorbanan sebenar yang hanya insan luar biasa mampu lakukan.
TERIMA KASIH TUN M!
Hari ini, 10 Julai 2025, Tun Dr Mahathir Mohamad genap 100 tahun. Dan saya, seorang ibu, rakyat biasa, menulis artikel ini sebagai tanda terima kasih. Terima kasih Tun, kerana pernah membentuk Malaysia yang kami banggakan. Terima kasih, kerana memberi inspirasi yang tidak akan pudar. Terima kasih, kerana dalam diam dan derap langkah, Tun tinggalkan legasi yang tiada pengganti.
Saya doakan Tun terus dikurniakan kesihatan, ketenangan, dan keberkatan. Walau zaman berubah, nama Tun akan tetap hidup, dalam buku, dalam sejarah, dan dalam hati kami.
Suatu hari nanti, anak-anak saya akan bertanya.
Dan saya akan jawab:
Saya doakan Tun terus dikurniakan kesihatan, ketenangan, dan keberkatan. Walau zaman berubah, nama Tun akan tetap hidup, dalam buku, dalam sejarah, dan dalam hati kami.
“Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad?”
Suatu hari nanti, anak-anak saya akan bertanya.
Dan saya akan jawab:
“Dia insan yang tak pernah berhenti sayangkan negaranya, walau dia sendiri sudah lama lelah. Tun Dr Mahathir Mohamad Sebuah Legasi Untuk Malaysia.”
“ Terima Kasih Tun M! Selamat Ulang Tahun Ke-100! Kami sayang Tun. Tun… Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan Tun…”
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.