VINCE GROUP RAIH DANA RM 150 JUTA DARI CREWSTONE INTERNATIONAL: BUKA ERA BARU PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA

Pasaran hartanah Malaysia kini menyaksikan satu langkah besar ke hadapan dengan pelancaran Vince Group Vision Fund L.P. bernilai RM150 juta – hasil kerjasama strategik antara dua nama besar dalam dunia pelaburan, Vince Group dan Crewstone International. 

Lebih mengagumkan, dalam masa kurang dua minggu selepas dana ini dilancarkan, mereka telah berjaya mengumpul RM35 juta daripada pelabur tempatan dan antarabangsa. Ia satu pencapaian luar biasa yang menunjukkan betapa tingginya keyakinan terhadap masa depan projek ini. 

VINCE GROUP RAIH DANA RM 150 JUTA DARI CREWSTONE INTERNATIONAL: BUKA ERA BARU PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA



VINCE GROUP RAIH DANA RM 150 JUTA DARI CREWSTONE INTERNATIONAL: BUKA ERA BARU PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA

VINCE GROUP RAIH DANA RM 150 JUTA DARI CREWSTONE INTERNATIONAL: BUKA ERA BARU PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA


Majlis menandatangani perjanjian pelaburan rasmi telah berlangsung pada 8 Mei 2025 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), dan dirasmikan oleh Dato’ Izmir Mujab (CEO Crewstone International) dan Dato’ Vincent Nee (Pengarah Urusan Vince Group). Majlis ini turut disaksikan oleh YM Tunku Prof Dato’ Fauzi (Pengerusi Vince Group), Dato Dr Ong (Rakan Kongsi Vince Properties), Keng Fai (Ketua Pegawai Pelaburan Crewstone International) dan tetamu-tetamu kehormat dari kedua-dua organisasi, menandakan bermulanya satu kerjasama yang dijangka akan mengubah landskap pelaburan hartanah di Malaysia. 

Vince Group ialah sebuah syarikat yang membina ekosistem hartanah secara menyeluruh dari pembangunan dan pemasaran, agensi hartanah, pendidikan pelaburan, pengurusan sewaan, hingga teknologi hartanah. Mereka berpengalaman menyediakan solusi hartanah yang tersusun dan mampu menjana pulangan tinggi. Dengan sokongan Crewstone International, sebuah firma ekuiti persendirian berpengaruh yang aktif di pasaran global seperti AS, UK, India, Indonesia dan Timur Tengah, gabungan dua entiti ini mampu menarik minat pelabur secara besar-besaran. 

VINCE GROUP RAIH DANA RM 150 JUTA DARI CREWSTONE INTERNATIONAL: BUKA ERA BARU PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA


Apa yang menjadikan kerjasama ini luar biasa adalah kelajuan dan kecekapan mereka. Hanya dalam tempoh sebulan selepas perjanjian kerjasama dimeterai pada 19 Mac 2025, dana ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Labuan Financial Services Authority (LFSA). Tidak lama selepas itu, mereka berjaya mengumpul dana pertama sebanyak RM35 juta – satu petanda jelas bahawa pelabur yakin terhadap model pelaburan yang diketengahkan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Crewstone International, Ahmad Izmir, berkata inisiatif bersama itu menetapkan penanda aras baharu dalam sektor pelaburan hartanah di negara ini.

"Dengan menggabungkan kepakaran kami dalam penstrukturan pelaburan dan kekuatan ekosistem hartanah Vince Group, kami membuka jalan ke arah masa depan pelaburan yang lebih mampan dan berskala besar," katanya dalam satu kenyataan.



Dana itu akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam peluang hartanah berpulangan tinggi yang sudah melalui proses penilaian risiko rapi di seluruh negara, dengan keutamaan kepada pemeliharaan modal dan potensi pulangan optimum.

Dato’ Vincent Nee berkata, pelancaran dana ini menjadi asas kepada pembentukan ekosistem hartanah menyeluruh yang bersedia memenuhi keperluan pelabur moden serta menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang sektor berkenaan.

"RM150 juta ini bukan sekadar satu instrumen kewangan, sebaliknya satu revolusi dalam cara pelaburan hartanah di Asia Tenggara dirancang dan dilaksanakan," katanya.

Fokus utama dana ini adalah membeli hartanah yang berkualiti tinggi dan berpotensi tinggi untuk dibaik pulih dan dijual semula. Ia bukan sekadar beli dan jual, tetapi dibina sebagai satu ekosistem lengkap dari pemilihan hartanah, proses baik pulih, jualan, hingga perkhidmatan selepas jualan yang profesional. Vince Group turut menyediakan platform pelaburan hartanah yang mudah diakses, termasuk pendidikan dan bimbingan kepada pelabur, agar mereka boleh membuat keputusan yang bijak dan menguntungkan. 

VINCE GROUP RAIH DANA RM 150 JUTA DARI CREWSTONE INTERNATIONAL: BUKA ERA BARU PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA

Gabungan kekuatan strategik Crewstone International dan kepakaran menyeluruh Vince Group telah meletakkan dana ini sebagai pelopor dalam membina ekosistem hartanah pertama yang bersepadu di Malaysia. Sasaran mereka jelas, bukan hanya memberi pulangan kepada pelabur, tetapi mencipta pengalaman pelaburan yang lancar, selamat dan bernilai jangka panjang.

Dalam dunia pelaburan hartanah yang semakin kompetitif, kerjasama di antara Vince Group dan Crewstone International membuktikan bahawa dengan visi yang jelas, tindakan yang pantas, dan strategi yang mantap. Kejayaan bukan sahaja boleh dicapai, malah boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Vince Group Vision Fund L.P. bukan sekadar satu produk pelaburan, ia adalah permulaan kepada satu perubahan besar dalam cara orang ramai melabur, memiliki dan mengurus hartanah di Malaysia. 

Tahniah Vince Group dan Crewstone International!


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama