KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

Assalammualaikum semua! Musim cuti sekolah ni, mesti ramai ibu bapa plan untuk mencari aktiviti beriadah bersama anak-anak kan? Ruby pun sama! Sebab anak-anak dah mula bagi senarai filem untuk mereka tonton. Mereka nak tonton Ejen Ali 2 Misi: Satria, Keluang Man dan Karate Kid: Legends. 

Ibu dan ayah memang suka menonton filem. Jadi, ketiga-tiga filem ini kami tengok sepanjang cuti sekolah ni. Setiap kali menonton filem, kami akan buat tempahan dari aplikasi TGV Cinemas. Lokasi kegemaran adalah di Suria KLCC. Parking mudah, banyak pilihan makanan dan suka vibes pusat membeli-belah ini yang mesra untuk keluarga. 

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

Suria KLCC memiliki tempat istimewa dalam hati Ruby. Sama ada sebagai lokasi lepak masa zaman belajar, atau tempat beriadah di Taman KLCC dari kesibukan rutin harian, ia tetap beri rasa tenang di tengah bandar yang sibuk. Cuti sekolah kali ini anak-anak bertuah sebab kami dapat jemputan menonton tayangan istimewa filem Karate Kid: Legends di TGV KLCC! Awal 2 hari dari tarikh tanyangan 5 Jun 2025. Dapat pula Hall 4 yang dilengkapi teknologi bunyi Dolby Atmos. Sejujurnya ia adalah pengalaman hebat sebab ia lebih dari sekadar menonton filem.

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

Sebagai peminat lama francais Karate Kid, filem terbaru ini membawa gabungan watak baharu dan rujukan kepada dunia lama yang kita kenal iaitu disiplin, kehormatan, dan keberanian. Walaupun lebih moden dari segi visual dan jalan cerita, semangat asalnya masih terasa kuat.

Ruby suka bagaimana filem ini tidak terlalu bergantung pada aksi semata-mata. Ada elemen kekeluargaan, rasa ‘belonging’, dan nilai mentor-mentee yang kuat. Watak utama mungkin muda, tapi emosi yang dibawa dalam setiap pergerakan tangan, mata yang penuh tekad, semuanya memberi impak – terutama bila ia dipersembahkan dalam suasana bunyi yang mengasyikkan. Rasa puas apabila Li Stuffed Crust Fong berjaya memenangi Five Boroughs Tournament dan menewasakan Conor Day! 

Sebelum nak menang Five Boroughs Tournament, banyak persediaan perlu dilalui. Bila babak latihan karate berlangsung di kawasan atas bumbung di tengah bandar New York. Nampak perbezaan dari francais Karate Kid yang lain, buat kita rasa seolah-olah berada dalam skrin itu sendiri. Pelakong lagendari Jackie Chan masih berbisa ya! 

Teknologi Dolby Atmos membolehkan bunyi “bergerak” secara bebas di sekitar ruang pawagam. Ia bukan hanya datang dari pembesar suara depan atau tepi, tetapi juga dari atas. Dalam filem aksi seperti ini, bila watak berlari, melompat, atau bertarung, kita seolah-olah berada betul-betul di situ. Tempat duduk dalam Hall 4 juga sangat selesa, susun atur yang luas dan kemas, dan bunyi langsung tak bingit, cuma jelas, hidup dan penuh rasa.

Kalau ada yang nak bawa anak menonton, Ruby rasa Hall Dolby Atmos sesuai untuk usia 8 tahun ke atas, terutamanya jika mereka memang minat aksi. Bunyi yang kaya dan kesan khas visual tidak terlalu mengganggu, malah buat mereka lebih fokus dan terhibur. Nak lagi syok menonton filem? Siap-siap beli makanan dan minuman. Barulah layan.

Filem Karate Kid: Legends sendiri sudah cukup kuat dari segi penceritaan dan aksi, tapi bila digabung dengan pengalaman menonton di Hall Dolby Atmos, ia jadi lebih ‘hidup’. Bagi Ruby, ia bukan sekadar tengok filem, tapi satu bentuk rehat dan reward untuk diri sendiri.

Kalau ada peluang, terutamanya bila filem yang penuh aksi atau sound design yang menarik ditayangkan, pilihlah Hall Dolby Atmos. Ia bukan sekadar “upgraded hall”, ia ubah cara kita menonton sesuatu filem.

Kami keluar dari pawagam dengan senyum yang panjang. Hati puas, telinga bahagia. Kalau korang belum cuba pengalaman menonton filem dalam Dolby Atmos, Ruby betul-betul sarankan korang cuba sekurang-kurangnya sekali.

Korang tahu tak? TGV Suria KLCC sebenarnya baru sahaja memperbaharui dan mengubah suai semua dewan pawagam. Bermula dari lobi pawagam yang diperluaskan dan sepenuhnya digital. TGV mempunyai 12 dewan pawagam baharu yang menawarkan kerusi yang sangat selesa. Daripada 12 dewan, 9 dilengkapi dengan Dolby Atmos, satu dengan bunyi saluran IMAX 12.  Selain itu, terdapat 2 dewan Beanie dan 3 dewan Indulge yang disediakan oleh lounge Indulge baharu dan Tilam Pintar Berex. 

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU

KARATE KID: LEGENDS DI TGV SURIA KLCC, APABILA FILEM AKSI DAN TEKNOLOGI BUNYI DOLBY ATMOS BERTEMU


Jom ke TGV KLCC untuk pengalaman menonton filem luar biasa! 

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama