GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT

Assalammualaikum semua! Dah bersedia untuk membeli-belah barangan penjagaan rambut seisi keluarga? Jom kita ke guardian Hairpiness yang sedang berlangsung di 1Utama Old Wing. Ruby baru pulang dari sana dengan memborong produk penjagaan rambut Kundal. Dari shampoo, krim rawatan, tonik dan serum! Borong terus! Sebab ada harga promosi untuk barangan kedua dapat 80% diskaun. Hehehe. 

Selain dari membeli-belah stok produk penjagaan rambut di guardian Harippiness, sesi berilmiah juga turut diadakan. Ruby beruntung dapat menyertai sesi bersama Mauro Sopranzetti yang merupakan Pengasas dan Pengarah Kreatif Emmediciotto. Beliau berkongsi tips penjagaan rambut dan bagaimana ingin gayakan rambut untuk majlis tertentu. Walaupun tidak ke salon, tips penggunaan produk penjagaan rambut di rumah juga perlu yang bersesuaian. Ia penting seperti kita menjaga wajah. Terima kasih Mr Mauro Sopranzetti yang tidak lokek berkongsi ilmu. 

GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT 

GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT

GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT


guardian Bawakan Hairppiness - Solusi Penjagaan Rambut Terkini, Penyelesaian Kepada Masalah Rambut ANDA. Kempen selama sebulan bermula dengan acara atrium bersifat pendidikan dan padat dengan pengalaman menyeronokkan di 1Utama, dari 4 hingga 8 Jun 2025

Bulan ini, guardian Malaysia meraikan segala-galanya tentang mahkota kepala melalui kempen Hairppiness, yang berlangsung dari hari ini hingga 1 Julai 2025. 

Berikutan kejayaan kempen “All About Hair” tahun lalu yang mendapat sambutan luar biasa, guardian Malaysia kini kembali bersama rakan-rakan jenama strategik untuk membantu ANDA Serlahkan Kecantikanmu melalui solusi penjagaan rambut yang menyihatkan, mentransformasi, dan membina keyakinan.

Kempen ini menyerlahkan komitmen guardian Malaysia sebagai kurator utama dalam memilih jenama, produk dan solusi terbaik untuk penjagaan kesihatan rambut ANDA. Jenama-jenama terpilih merangkumi tiga kategori utama: ‘Rambut Cantik & Rawatan’, ‘Anti-Kelemumur, Penjagaan Kulit Kepala & Anti-Rambut Gugur’, serta ‘Warna & Gaya Rambut’. Di samping itu, produk-produk seperti KORDEL’s dan BIO-LIFE juga menyokong kesihatan dalaman secara menyeluruh – menekankan pentingnya penjagaan dari dalam sebagai asas kepada rambut yang sihat dan bersinar. 

GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT

GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT

GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT


“Kami di guardian Malaysia ingin membantu anda Serlahkan Kecantikanmu melalui penjagaan rambut yang menyeluruh – dari akar dan kulit kepala hinggalah ke hujung rambut, termasuk ekspresi warna yang mencerminkan keperibadian anda. Hairppiness, yang menjadi kata kunci kempen kami bulan ini, bermula dengan pengetahuan yang tepat, sokongan yang tepat dan penjagaan yang tepat,” jelas Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.


Dengan rangkaian jenama berkualiti tinggi, guardian Malaysia adalah destinasi sehenti untuk semua keperluan penjagaan rambut. Pemilihan produk kami menekankan aspek kesihatan rambut, selaras dengan prinsip jenama kami, ‘Nurturing MY Wellbeing’. Nilai ini dizahirkan secara kreatif menerusi nama kempen yang catchy, Hairppiness, gabungan perkataan ‘hair’ dan ‘happiness’.

RAMBUT BERMAYA, ANDA CERIA


GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT
GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT
Mauro Sopranzetti, Pengasas dan Pengarah Kreatif Emmediciotto bersama dua orang model untuk sesi penggayaan rambut. 

Pengetahuan yang tepat disampaikan melalui siri video eksklusif bersama pakar guardian Malaysia yang akan dikongsi secara dalam talian di Instagram guardian (https://www.instagram.com/guardianmy/) dan Facebook guardian (https://www.facebook.com/Guardianmy/) bagi membolehkan ANDA mendapatkan tip dan trik terbaik untuk rambut yang lebih ‘happy’. Sokongan yang tepat pula diberikan melalui konsultasi dan nasihat oleh ahli farmasi dan kakitangan guardian secara bersemuka, sama ada di stor mahupun di acara ruang legar seperti hari ini. Penjagaan yang tepat diperolehi melalui pemilihan produk dan jenama yang disesuaikan khas, merangkumi keperluan dari kulit kepala hingga ke hujung rambut.

HAIRPPINESS DI 1UTAMA: 4 HINGGA 8 JUN 2025


Kempen Hairppiness oleh guardian Malaysia bermula secara rasmi hari ini dengan acara atrium di pusat beli-belah 1Utama, dan akan berlangsung sehingga hujung minggu ini (8 Jun). Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli MYguardian Rewards akan menikmati pelbagai ganjaran menarik, termasuk: 
  • 2x mata ganjaran untuk produk terpilih 
  • Diskaun tambahan 5% untuk SEMUA pembelian, sebagai tambahan kepada promosi di seluruh negara 
  • Pengering rambut Philips PERCUMA untuk 60 ahli MYguardian Rewards pertama yang berbelanja sebanyak RM120 di atrium (Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Dapatkan nasihat peribadi daripada pakar perunding mengenai sebarang masalah atau keperluan rambut anda!


GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT
GUARDIAN HAIRPPINESS SEGALA-GALANYA TENTANG RAMBUT


Untuk menambahkan kemeriahan, acara atrium ini turut menampilkan program Hairppiness Indulgence dimana pengunjung boleh menebus gelato percuma, mencuba aktiviti Wind Chamber’s Hair-raising Excitement, dan berpeluang memenangi Hadiah Kejutan Bertuah dengan setiap pembelian di atrium!

“Bila rambut anda terasa hebat, anda bebas menjadi diri sendiri dan melakukan apa sahaja,” kata Anna mengakhiri.

Bagi memastikan ANDA di luar sana mendapat manfaat sepenuhnya daripada pilihan penjagaan rambut terbaik, kempen Hairppiness akan berlangsung sehingga 1 Julai 2025 di semua stor guardian Malaysia serta stor dalam talian di www.guardian.com.my. Pelbagai promosi terpilih dan hadiah dengan pembelian (GWP) turut ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, khas untuk ANDA, ANDA dan ANDA di seluruh negara!

Temui Hairppiness anda bersama guardian!  





Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama