Asalammualaikum dan hai semua! Hari ini Ruby nak kongsikan dengan anda semua pengalaman manis dan penuh coklat! yang pasti Ruby kenang sepanjang hayat iaitu lawatan eksklusif ke Kilang Cadbury Dairy Milk Malaysia di Shah Alam! Kalau korang peminat coklat Cadbury, baca sampai habis sebab banyak yang menarik Ruby nak cerita.
26 Jun 2025, Ruby diberi peluang untuk melawat kilang Cadbury Malaysia yang terletak di 8, Persiaran Raja Muda, Seksyen 15, Shah Alam. Lawatan ini bukan terbuka untuk orang awam, jadi Ruby rasa sangat bertuah sebab ini betul-betul peluang sekali seumur hidup! Ruby hadir untuk sesi petang jam 2:00 petang, dan Ruby tiba seawal jam 12:30 tengah hari. Nampak tak keterujaan Ruby?
DARI BIRMINGHAM KE SHAH ALAM: PENGALAMAN MELAWAT KILANG CADBURY DAIRY MILK MALAYSIA YANG AMAT BERMAKNA
Cadbury mula masuk ke Malaysia pada tahun 1950, dan membuka kilang rasmi mereka di Shah Alam pada tahun 1974. Sejak itu, ia menjadi jenama coklat yang dipercayai rakyat Malaysia selama 75 tahun (tahun 2025) dan telah menerima pelbagai anugerah atas kualiti dan usaha tanggungjawab sosial mereka.
Menarik kisah Cadbury ini, siapa sangka dari keberanian pengasas. Ia menjadi legasi sehingga hari ini. Di kilang Cadbury Malaysia, faktor keselematan sangat ketat. Mereka ingin kita masuk selamat, pulang pun selamat. Setiap laluan, bukan untuk suka-suka kita masuk. Perlu patuhi setiap peraturan. Keselamatan adalah keutamaan Cadbury. Sebab itu, kilang Cadbury Malaysia bukan untuk lawatan orang awam atau lawatan sekolah.
DEKORASI CADBURY DAIRY MILK KEGEMARAN
Ruby mengambil bahagian dalam sesi menghias bar coklat dengan campuran snek kegemaran seperti purple whip cream, kacang hazelnut, almond, cornflakes, jelly, marshmallow, rainbow sprinkles, sour patch, gummy bear dan kismis.
Selepas siap dekorasi dan tambah perasa extra, coklat Ruby disejukkan dan kami mula untuk masuk dalam kawasan penyediaan coklat Cadbury Dairy Milk! Aaaa teruja sangat!
SELAMAT DATANG KE PURPLE ROOM!
- Dibuka sejak tahun 1974
- Seluas 20,000 kaki persegi – bersamaan 5 gelanggang bola keranjang
- Lebih 14,000 tan coklat dihasilkan setiap tahun
- 9 barisan pengeluaran, menghasilkan lebih 130 jenis produk coklat
- 250 orang pekerja, dengan 60% daripadanya berkhidmat kurang dari 10 tahun
- Satu-satunya hab pengeluaran Cadbury untuk Asia Tenggara
- Disahkan Halal oleh JAKIM sejak 1994
- Pematuhan kepada Mondelez Global Golden Safety Standard
Di kilang Shah Alam, Ruby belajar tentang proses pembuatan coklat yang sangat teliti dan teknikal. Proses ini mengambil masa dan kepakaran pasukan Cadbury. Lihatlah hasilnya, memang berbaloi. Jadi kegemaran kita semua!
- Harvesting – Buah koko dituai (setiap pod ada 30–50 biji)
- Fermenting – Biji koko diperam
- Drying – Dijemur selama 2 minggu
- Roasting – Dipanggang untuk hasilkan aroma
- Winnowing – Nibs dipisahkan dari kulit
- Grinding – Nibs dikisar jadi pes
- Conching – Pes dikacau lama untuk tekstur halus
- Tempering – Disejuk & dipanaskan supaya stabil
- Moulding – Masuk ke dalam acuan
- Wrapping – Dibungkus dan siap untuk dijual!
- Cocoa Mass
- Cocoa Butter
- Gula
- Susu
- Vanila
DARI KOKO HINGGA KE RAK PASARAYA
PELANCARAN RESEPI BAHARU CADBURY DAIRY MILK
Ruby juga berpeluang mencuba resipi baharu Cadbury Dairy Milk yang kini lebih kaya dan lebih coklaty daripada sebelum ini. Selain resipi yang ditambah baik, Cadbury turut memperkenalkan:- Bar King Size 200g
- Reka bentuk potongan coklat baharu – lebih puas kunyah!
Dari kiri ke kanan: See Mei Sin, Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapura), Abdallah Habib, Pengarah Pembuatan, Mondelēz International (Malaysia) dan Raja Zalina Raja Safran, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan, Mondelēz International (Malaysia & Singapura), memperkenalkan bar Cadbury King Size 200g yang menampilkan resipi Cadbury Dairy Milk klasik yang lebih kaya, berkrim dan lebih memanjakan.
Dari kiri ke kanan, Abdallah Habib, Pengarah Pembuatan, Mondelēz International (Malaysia), Raja Zalina Raja Safran, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan, Mondelēz International (Malaysia & Singapura) dan See Mei Sin, Ketua Pemasaran Mondelēz International (Malaysia & Singapura).
KOMITMEN CADBURY TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Sustainability Footprint mereka:
- Certified Zero Waste to Landfill
- 100% Minyak Sawit Lestari (RSPO Certified)
- 96% pembungkusan di Asia Tenggara boleh dikitar semula
- 100% Koko diperoleh secara mampan
- 50% tenaga dari solar & program GET
- Lebih 50% pengurangan pembaziran buah
- 25% pengurangan penggunaan minyak
CADBURY “DARI HATI” KEBAIKAN DALAM SETIAP GIGITAN
Cadbury bukan sekadar jenama coklat, mereka juga aktif membantu komuniti melalui pelbagai program. Salah satunya ialah “Kuih Raya Dari Hati”, yang melibatkan wanita dari golongan B40 membuat kuih raya dari coklat Cadbury untuk dijual dan disumbangkan. Tahun 2024, program ini berjaya mencatat Malaysia Book of Records dengan 150,000 tart coklat disumbangkan ke rumah kebajikan! Ruby rasa sangat tersentuh dengan usaha ini.
JELAJAH PURPLE TRUCK KE SELURUH MALAYSIA
Jangan lupa ya, Cadbury Purple Truck akan menjelajah seluruh Malaysia dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025! Pelbagai aktiviti menarik tersedia untuk anda sertai! Ada sesi merasa coklat Cadbury Dairy Milk dengan resepi yang diperbaharui. Anda juga boleh mengetahui sejarah Cadbury. Dari sejarah pengasas hingga ke tahun 2025.
Ikuti Facebook Cadbury Malaysia untuk lokasi dan jadual penuh.
Ruby balik dari kilang ni bukan saja dengan ilmu baru dan beg penuh coklat, tetapi pulang dengan rasa bangga. Bangga kerana jenama yang kita nikmati selama ini sebenarnya begitu serius tentang kualiti, kebaikan dan kelestarian.
Terima kasih Cadbury Malaysia & Mondelez International kerana menjemput Ruby menjadi sebahagian dari perjalanan ini. Semoga semakin ramai rakyat Malaysia terus menyokong jenama tempatan yang bukan sekadar sedap tetapi juga bertanggungjawab.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.