BAKERI KEGEMARAN KOREA TOUS LES JOURS BUKA CAWANGAN BAHARU DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY

Assalammualaikum semua! Tous Les Jours, jenama kebanggaan CJ Foodville, yang merupakan sebuah rangkaian kafe bakeri artisan terkenal kerana dedikasinya terhadap kesegaran dan kualiti telah membuka cawangan di Sunway Pyramid dan bakal membuka cawangan seterusnya di Sunway Velocity. Nama “Tous Les Jours,” yang bermaksud “Setiap Hari” dalam Bahasa Perancis, melambangkan falsafah jenama untuk menyediakan produk bakeri segar setiap hari kepada pelanggan. 

Tous Les Jours telah berkembang maju menjadi sebuah jenama diiktiraf global sejak ditubuhkan pada 1997, menyajikan nikmat kelazatan roti, pastri dan kek yang dimasak segar untuk pelanggan di seluruh dunia. Peminat sajian bakeri berinspirasikan Korea (K-bakeri) yang menambat selera di Malaysia pasti gembira untuk mendapat berita bahawa Tous Les Jours, kafe bakeri yang diiktiraf global, akan membuka dua cawangan baharu yang amat dinanti-nantikan. 

Kedua-dua pembukaan ini merupakan lokasi terawal yang dibuka di Malaysia berikutan termeterainya perjanjian francais induk dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings, pada bulan Januari 2025. Tous Les Jours sekali lagi akan menawarkan pilihan pastri, kek dan roti yang serba menarik di lokasi perdana Sunway Pyramid dan Sunway Velocity. 

BAKERI KEGEMARAN KOREA TOUS LES JOURS BUKA CAWANGAN BAHARU DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY


BAKERI KEGEMARAN KOREA TOUS LES JOURS BUKA CAWANGAN BAHARU DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY

Tous Les Jous, yang bermaksud "Setiap Hari" dalam Bahasa Perancis, jelas menepati namanya dengan menawarkan pilihan sajian lazat yang dibuat khas dengan ramuan premium dan dibakar segar di dalam kafe setiap hari. Tidak lama lagi, rakyat Malaysia boleh menikmati daya tarikan unik jenama kegemaran ramai ini, yang diiktiraf secara meluas sebagai jenama K-bakeri terkemuka yang menggabungkan perisa kontemporari Korea dengan cita rasa tempatan.

Lokasi pertama daripada dua cawangan yang bakal membuka pintu dengan majlis pembukaan gilang-gemilang ialah di Sunway Pyramid yang menjadi tumpuan ramai pada 4 Jun 2025, diikuti oleh Sunway Velocity pada 14 Jun 2025. Lokasi strategik ini mendukung cita-cita Tous Les Jours untuk menetapkan jenama sebagai kafe bakeri premium pilihan utama di Malaysia, dengan memanfaatkan minat kukuh di negara ini terhadap budaya Korea dan juga selera orang ramai untuk menikmati pengalaman bakeri yang luar biasa.


BAKERI KEGEMARAN KOREA TOUS LES JOURS BUKA CAWANGAN BAHARU DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY
Dari kiri ke kanan; Mr Robert Lim, Managing Director of Stream Empire Holdings, Mr Justin Lim, CEO of Stream Empire Holdings, Mr Jeong Soo Won, Region Head of Southeast Asia of CJ Foodville, Ms Choi Woon Hee, Head of Marketing of CJ Foodville dan Mr Kim Dae-Chul, Head of R&D of CJ Foodville

Apabila singgah di kafe bakeri Tous Les Jours, anda akan disambut serta-merta oleh aroma sajian bakeri segar yang memikat selera. Nikmati pelbagai jenis roti, yang dibuat khas berpandukan resipi asli, daripada roti Eropah klasik kepada pastri enak dan penambat hati menyelerakan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Untuk memperingati detik istimewa atau sebagai pengikat kasih, pilihlah pelbagai kek yang disediakan, sesuai untuk diberikan sebagai hadiah dan menyambut perayaan.

Cuba juga pelbagai hidangan manisan lazat, termasuk tart, roti manis dan potongan kek individu. Untuk pilihan yang mudah dibawa dan penuh berkhasiat khususnya bagi individu yang sibuk, Tous Les Jours menyediakan pelbagai sajian ringan termasuk roti ciptaan tersendiri, yang diisi dengan inti dan sayuran segar. Lengkapkan pengalaman menjamu selera anda dengan pilihan kopi beraroma dan minuman istimewa, yang disediakan teliti supaya serasi dinikmati dengan sajian yang manis mahupun yang berperisa di kafe bakeri ini. 

Jaclyn Tan, Ketua Pegawai Pemasaran Stream Empire Holdings, menyuarakan keghairahannya sambil berkata, "Kami amat teruja untuk membuka bukan satu tetapi dua cawangan Tous Les Jours baharu di Malaysia! Pembukaan sulung ini sejak pakatan kami diumumkan pada bulan Januari menunjukkan kesungguhan kami untuk berkongsi seni menyediakan sajian bakeri bercitarasakan Korea untuk anda semua. Setiap cawangan, di Sunway Pyramid dan Sunway Velocity, merupakan tempat di mana kami berusaha gigih untuk menghasilkan sajian bakeri yang segar dan benar-benar istimewa. Kami tidak sabar mahu menerima kunjungan pelanggan kami dan berkongsi pengalaman mesra dan menarik yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours."



Jeong Soo Won, Ketua Serantau Asia Tenggara CJ Foodville menambah, "Kami sukacita untuk melihat Tous Les Jours diperkenalkan semula kepada pasaran Malaysia yang pesat berkembang menerusi dua lokasi menarik ini. Kepantasan pembukaan kedua-dua cawangan ini membuktikan kekuatan kerjasama ini. Kami di CJ Foodville yakin bahawa rakyat Malaysia akan kembali menerima keunikan cita rasa dan pengalaman mesra yang memang dikaitkan dengan Tous Les Jours, dan kami gembira untuk menyokong peluasan operasi ini.”


Rakyat Malaysia dijemput untuk mencuba sendiri kelazatan produk bakeri yang dibakar segar setiap hari yang ditawarkan oleh Tous Les Jours. Catatkan pada kalendar anda tarikh majlis pembukaan gilang-gemilang, iaitu 4 Jun 2025 di Sunway Pyramid dan 14 Jun 2025 di Sunway Velocity dan bersiap sedia untuk mula menikmati cita rasa bakeri moden berinspirasikan Korea.

Untuk mengikuti perkembangan semasa dan tawaran terbaharu daripada Tous les Jours di Malaysia, layari @touslesjours_my di Instagram, Tous Les Jours MY di Facebook and touslesjours_my di Tik Tok.

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama