AYOASIA RED WING BUNDLE

Assalammualaikum semua! Ruby nak cerita pengalaman baru! Pengalaman masuk butik bundle yang mewah. Terima kasih Ayoasia jemput Ruby untuk perasmian ruang khas jenama Red Wing bundle pada 1 Jun 2025 yang lalu. Macam biasa, sebelum jam 2 petang kami dah sampai untuk ambil mood suasana. Berkenalan dengan pasukan Ayoasia dan melihat sendiri bagaimana Ayoasia beroperasi. 

Tapi, kami dah terkesima sebelum masuk butik. Pandangan pertama lokasi butik, betul ke kat sini? Bayangkan dalam fikiran kami, mesti kedai bundle yang susun kasut sebaris-sebaris. Kena menyelam cari saiz. Dah dapat saiz, tak berkenan pula dengan model yang kita dapat. Tipikal apabila fikir tentang bundle. Tekaan kami meleset ya. Lepas masuk Ayoasia, suami terus cakap "Ehhhh ni kedai kawan-kawan ofis cerita tu lah. Mereka kata ada kedai kasut bundle lain dari yang lain dekat Bandar Baru Sungai Buloh". Rakan kerja suami selalu ke sini untuk mencari kasut Dr. Martens. Mereka panggil Docmart! 

Sekarang, baru kami faham kenapa Ayoasia ni best. Ayoasia And Boots Shop ni banyak pilihan dan mudah nak menyelam sebab saiz dah siap-siap label dekat atas kabinet. Kalau nak tanya ada stok lain ke, staff Ayoasia memang mesra membantu. Mereka serba tahu! Tanya model apa, koleksi vintage, lepas tu kalau join keahlian, dapat diskaun 10% lagi. Menakjubkan! Sekarang Ayoasia dah ada Red Wing bundle. Lagi seronok nak menyelam! Tahniah Ayoasia! Usahawan tempatan yang berjaya membawa bundle ke satu tahap eksklusif dan mewah! 

AYOASIA RED WING BUNDLE


AYOASIA RED WING BUNDLE

Semasa melangkah masuk ke Ayoasia, langsung tak macam masuk kedai bundle biasa. Susun atur yang kemas, pencahayaan butik yang selesa, dan setiap kasut dipamerkan seperti dalam showroom high-end. Saya sendiri mencuba beberapa pasang kasut. Ia sangat selesa, beratnya solid, dan kualiti memang setanding yang baru. Ayoasia memililki auranya yang tersendiri. 

Bukan seperti kedai biasa-biasa, ia seperti showroom dengan dekorasi berkonsep Tradisional Melayu dan Eropah. Semua koleksi kasut tersusun rapi dengan kabinet yang tertera dalam saiz UK. Anda boleh dapati banyak koleksi yang jarang ditemui! Paling mencuri perhatian, sederet kasut Red Wing ni semua dalam keadaan baik! Tapaknya, kulitnya telah dibaik pulih macam baru! Ada sesuatu tentang kasut ni, bukan sekadar rupa, tapi cerita di sebaliknya. 

Sebelum ini, Ayoasia sudah dikenali sebagai destinasi utama bagi pengumpul dan peminat Dr. Martens original bundle. Dari model klasik hingga edisi khas, koleksi Dr. Martens di sini bukan sahaja pelbagai, malah sering bertukar mengikut stok terpilih dari luar negara. Gabungan Dr. Martens dan Red Wing menjadikan Ayoasia satu-satunya butik bundle di Malaysia yang menawarkan dua jenama kasut kulit premium paling ikonik di dunia dalam suasana butik yang eksklusif dan teratur.

PELANCARAN RUANG KHAS RED WING BUNDLE DI AYOASIA

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Encik Roslan Bin Mat Arof, Pengasas Ayoasia and Boots Shop dan Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad dan mengiktiraf beliau sebagai Ikon Fesyen Denim. Turut hadir tetamu jemputan yang terdiri daripada komuniti fesyen denim tempatan dan Singapura. Ayoasia berjaya mengumpul hampir 500 pasang Red Wing original pelbagai versi yang diimport dari pasaran Eropah dan Jepun. 

AYOASIA RED WING BUNDLE

AYOASIA RED WING BUNDLE

Menurut Encik Roslan Bin Mat Arof, Pengasas Ayoasia and Boots Shop, “Ayoasia and Boots Shop ditubuhkan sejak tahun 2010. Merupakan syarikat perniagaan penjualan kasut terpakai berjenama high-end dan original. Ayoasi beroperasi di Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Kami bertekad menjadi sebuah syarikat usahawan bumiputera yang maju, berdaya saing dan sebagai pemacu utama dalam bidang perniagaan kasut terpakai berjenama. Kasut-kasut di Ayoasia merangkumi 70% dari jenama Dr Martens dan 30% dari jenama Red Wing. Kasut kasut ini dijaga rapi dari segi kualiti, kekemasan dan pembungkusan yang premium.

Ayoasia memiliki identiti dan keunikan tersendiri dalam bidang perniagaan kasut terpakai dan berjenama. Komited dalam menyediakan kasut kulit yang berkualiti kepada pelanggan di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia khususnya. Apabila pengunjung datang ke butik Ayoasia, saya ingin mereka berasa ia bukan kedai bundle. Dekorasi berkonsepkan Melayu Tradisional dan Eropah membuatkan butik ini lebih menyerlah. Saya nak para peminat Red Wing selesa mencari kasut idaman mereka dalam suasana butik yang mewah, tidak berbau kasut lama, berpenghawa dingin dan memiliki pencahayaan yang bagus.

Sebelum ini, Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA Strim) Ikon Fesyen Denim memainkan peranan apabila beliau membeli satu pasang kasut Red Wings. Bermula dari situ, pasaran pelanggan yang tidak disangka-sangka melalui video tersebut hadir. Secara jujur Red Wing bundle ini terlaksana hasil daripada kunjungan Haji Zainal,” ujar beliau.


TUAN HAJI ZAINAL RASHID AHMAD (ZRA STRIM) SEBAGAI IKON FESYEN DENIM

Selain dari pelancaran Ruang Khas Red Wing Bundle, pengumuman istimewa bahawa Tuan Haji Zainal Rashid (ZRA) telah dilantik sebagai Ikon Red Wing untuk butik Ayoasia. Beliau merupakan figura disegani dalam dunia denim dan workwear Malaysia. Perlantikan ini memberi impak besar kepada komuniti kasut boots tempatan. Ayoasia bukan sekadar tempat beli kasut terpakai. Ia adalah komuniti, pengalaman, dan satu penghargaan kepada warisan jenama kasut kulit yang bertahan puluhan tahun. Sama ada anda pencinta Red Wing, atau baru nak mula mengumpul. Ayoasia ada sesuatu untuk anda.

AYOASIA RED WING BUNDLE

Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA Strim) berkata, “Terima kasih Ayoasia untuk peluang ini. Sejujurnya saya mula meminati Red Wing pada sekitar tahun 2012. Daripada itu, saya mula mengumpul minat dengan kasut-kasut ini. Saya doakan Ayoasia terus berjaya di pasaran tempatan dan antarabangsa. Semoga Ayoasia menjadi benchmark untuk pelancong datang ke Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur untuk mencari Red Wing bundle. Tidak semua usahawan tempatan berani membuka kedai bundle serba mewah begini dan memfokuskan jenama Red Wing. Tahniah Ayoasia.,” ujar beliau.

Jenama Red Wing memang sangat dikenali dan dihormati terutama dalam kalangan lelaki, khususnya mereka yang bekerja dalam bidang buruh kasar, minyak dan gas, automotif, dan kejuruteraan berat. Tapi dalam masa yang sama, jenama ni juga ada kelompok peminat dari gaya hidup urban dan hipster, termasuk wanita. Ramai lelaki urban terutama di bandar besar suka gaya rugged, heritage dan Americana. Mereka pakai Red Wing bukan sebab kerja, tapi sebagai statement fashion biasanya dipadankan dengan seluar denim, jaket kulit, atau flannel.

Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk satu pasang Red Wing, sebab Red Wing dibuat dari kulit premium, dijahit tangan, dan tahan sampai 10 tahun lebih jika dijaga elok. Walaupun pasaran utamanya jenama ini dikenali oleh lelaki, Red Wing juga keluarkan kasut untuk wanita. Golongan wanita yang minat Red Wing biasanya minat gaya rugged-feminin atau minimalis. Mereka sukakan but yang tahan lama dan boleh dipadankan dengan jeans, skirt denim atau oversized shirt. Wanita yang suka buat aktiviti lasak seperti hiking, menunggang motosikal, berkhemah dan mereka suka kasut tahan lama serta grip kuat.

Red Wing memang mahal, tapi ia berbaloi sebab tahan lama. Wanita yang suka “buy less, buy better” biasanya menghargai kualiti ni. Red Wing memiliki kualiti kulit premium full-grain leather dari USA. Reputasi handmade dan American craftsmanship. Tahan bertahun-tahun, dan boleh dihantar untuk resoling tapak diganti apabila haus. Nilai jualan semula juga masih tinggi untuk model tertentu. Red Wing bukan trend sementara, tapi pelaburan jangka panjang macam banyak perkara dalam hidup, yang paling tahan bukan yang paling murah, tapi yang paling jujur buatannya.


AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE

KOMUNITI FESYEN DENIM TEMPATAN DAN SINGAPURA

Majlis turut diserikan dengan kehadiran ramai peminat boots dan penggemar gaya denim penuh (full outfit). Ada yang datang siap dengan selvedge denim, jaket denim, topi vintaj dan tentu sekali boots Red Wing kegemaran masing-masing. Suasananya macam mini gathering gaya old-school yang penuh karakter. Apabila melihat penampilan mereka, kami suami isteri terus rasa bangga dengan keyakinan diri mereka dengan bersiap bergaya macam ni. Dari jaket denim, seluar denim dan aksesori. Belum lagi tengok jenama pakaian masing-masing. Mahal ye hobi mereka ni. 


AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
Atok John PE merupakan personaliti fesyen, lagenda dari Singapura, terkenal dengan gayanya yang memakai Blacksmith Cone Denim turut hadir semasa Perasmian Ruang Khas Red Wing Bundle di Ayoasia.

HAMPIR 500 KOLEKSI RED WING BUNDLE


Ayoasia berjaya mengumpul hampir 500 pasang Red Wing original yang tersedia dari saiz UK 3 hingga bersaiz besar UK 13. Buat penggemar kasut kulit original Red Wing. Ini syurga kalian! Ayoasia bukan sekadar bundle! Ini adalah butik warisan kasut kulit Red Wing luar biasa! Jenama Red Wing adalah jenama yang terkenal dengan pelbagai variasi kasut heritage workwear yang tahan lasak, berkarakter dan penuh gaya. Model Red Wing yang popular adalah Irish Setter dan Oxford. Kasut Red Wing menawarkan pelbagai jenis model, dengan jumlah yang tepat berubah-ubah berdasarkan koleksi semasa dan gaya yang dihentikan. Mereka menawarkan model dalam barisan Heritage mereka, but kerja dan gaya khusus lain seperti Chukka dan slip-on

Heritage merupakan model popular tak ditelan zaman. Di antara model adalah Iron Ranger, Moc Toe, Irish Setter dan Blacksmith. But Kerja Red Wing terdapat banyak pilihan yang direka untuk pelbagai industri, dengan gaya dan ciri keselamatan yang berbeza. Gaya lain dari kategori teras Red Wing menawarkan Chukka, but Chelsea dan but slip-on dalam pelbagai ketinggian dan rekaan. Engineer Boots pula merupakan kasut tinggi tanpa tali, bertali pinggang buckle gaya klasik. Popular dalam komuniti biker dan rugged wear. Di Ayoasia, anda boleh dapati kasut-kasut Red Wing dalam pelbagai model dan saiz.


AYOASIA RED WING BUNDLE
Red Wing Shoes - Moc Toe dalam warna Oro Legacy
Kasut 6 inci dengan rekaan “moccasin toe”. Sesuai untuk kerja berat tapi tetap bergaya. Tapak Traction Tred berwarna putih yang lembut dan selesa.

AYOASIA RED WING BUNDLE
Red Wing Shoes - Moc Toe dalam warna Briar Oil Slick

AYOASIA RED WING BUNDLE
Koleksi Iron Ranger dalam warna Mesa Oxblood di Ayoasia. Rekaan 6 inci, bertumit rendah, dengan cap toe dan tapak Vibram. Ikonik dalam kalangan penggemar boots selvedge denim & rugged wear. 


AYOASIA RED WING BUNDLE
Red Wing Shoes Blacksmith,  rerupa dengan Iron Ranger, tapi lebih ringkas tanpa cap toe. Gaya lebih versatile sebab sesuai casual dan semi-formal.


AYOASIA RED WING BUNDLE
Red Wing Classic Chelsea memberikan keselesaan buatan tangan dalam siluet slip-on yang menampilkan kulit premium dipadankan dengan tapak luar Traction Tred ikonik.

AYOASIA RED WING BUNDLE
Red Wing Oxford, kasut bertapak rendah sesuai untuk kasual dan pejabat. Tapak kulit atau nitrile cork outsole. Model 101 dikenali sebagai Postman Oxford. 


DEKORASI BUTIK BERKONSEPKAN VINTAGE MELAYU TRADISIONAL DAN EROPAH

Melangkah masuk ke Ruang Khas Red Wing Bundle pasti kita semua akan terus terkesima. Cantiknya! Rasa macam berada di dalam rumah kampung berkonsepkan kayu. Ruang dalam butik dibina berkonsepkan Melayu Tradisional, boleh nampak dari Tiang Bumbung macam kat kampung. Konsep begini sangat dekat dengan orang Asia. Jika anda rindu suasana rumah kampung, boleh datang ke Ayoasia. 

Segala interior design butik adalah hasil lukisan Pengasas Ayoasia sendiri yang mana kemudian diterjemahkan dalam bentuk rekaan sebenar oleh pereka dalaman yang dilantik dan telah menjadikan idea kepada realiti. Konsep butik adalah Melayu Tradisional dan Eropah.


AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE


TIPS MEMILIH KASUT RED WING BUNDLE DI BUTIK AYOASIA 


Pastinya anda akan teruja di saat masuk ke dalam butik Ayoasia. Dalam keseronokan melihat semua koleksi kasut Red Wing Bundle, jangan terlupa untuk ambil masa melihat kasut pilihan anda. Di Ayoasia, anda boleh pilih saiz yang bersesuaian. Dari jauh dah nampak tanda saiz kasut di atas kabinet. Anda boleh pegang dan rasai sendiri kualiti kasut tersebut. Boleh cuba sarung ke kaki anda. Sebaiknya datang ke Ayoasia berstokin, supaya boleh cuba pakai kasut macam hari-hari biasa kita pakai kasut. Barulah selesa!

1. Periksa tapak: Masih ada bunga.
2. Periksa bahagian dalam: Ada label original & stitching kemas.
3. Kulit masih lembut dan tidak retak.
4. Tapak tidak tanggal atau midsole tidak hancur.


AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE
AYOASIA RED WING BUNDLE


Ramai pasti tertanya-tanya, keadaan kasut di Ayoasia ni macam baru! Kenapa ada orang sanggup ‘let go’ kasut premium macam Red Wing & Dr. Martens ni? Dah la mahal, tahan lama, lepas tu jadi kasut bundle. Tapi masih laku keras dan harga pun tinggi. Jawapannya sebab Ayoasia dah baik pulih kasut-kasut ini semua. Kenapa ada orang sanggup ‘let go’? Sebab itu ada pada gabungan budaya pemakaian, ekonomi, dan nilai kasut tu sendiri. 

1. Gaya Berubah atau Salah Saiz?

Ramai beli waktu tengah trend, tapi lama-lama dah tak sesuai dengan gaya hidup. Terlalu berat atau keras untuk dipakai harian. Mungkin mereka salah pilih saiz. Jadi daripada simpan atau buang, mereka jual semula atau donate.

2. Upgrade ke Model Baru

Peminat tegar Red Wing atau Docmarts ni macam kolektor. Kalau dah ada model 875, dia nak 1907 pula. Ada Iron Ranger? Nak pula Blacksmith atau Engineer. Jadi kasut lama akan dijual ke pasaran 2nd-hand untuk beri ruang pada koleksi baru. Macam trade-in kereta juga.

3. Kesedaran Alam Sekitar

Red Wing & Dr. Martens dibuat dari kulit berkualiti tinggi, jadi pemilik terlalu sayang nak buang. Mereka beri kepada komuniti yang memang fokus sustainability & slow fashion. Ramai yang donate ke program amal atau kedai bundle khas, supaya kasut ni dapat “hidup semula” dengan pemilik baru. 

4. Nilai Selepas Dibaik Pulih Masih Tinggi 

Sebenarnya, kasut premium ni boleh diservis & disapu conditioner. Tapak boleh diganti sepenuhnya (resole). Jadi, struktur masih kukuh walaupun 10–20 tahun pakai. Hasilnya? Walaupun 2nd-hand, kasut ni masih kekal relevan!

5. Red Wing Ada “Cult Value

Ini bukan sekadar kasut, ia lambang komuniti dan gaya hidup:

Komuniti denim
Komuniti biker
Komuniti heritage workwear
Even peminat subculture (punk, ska, vintage)

Jadi walaupun bundle, kasut ni ada “jiwa”  dan orang sanggup bayar mahal kalau rare.

“Ada peminat bundle sanggup cari kasut Red Wing tahun 90-an sebab katanya kulit masa tu ‘lebih hidup’ dan cantik gila. Makin lama, makin bernilai.”


Memang deep sebenarnya bila kita fikir balik. Kasut ni bukan sekadar kasut, tapi jejak hidup seseorang. Ada yang pakai waktu mula kerja. Ada yang beli waktu zaman muda rebel, masuk komuniti biker, denim, atau gig. Ada yang simpan bertahun, jaga elok, tapi bila tiba masa, dia let go untuk beri ‘nyawa baru’ kepada kasut tu. Ramai tak tahu, kasut-kasut kulit berkualiti ini bukan dibuang begitu saja. Kebanyakan kasut bundle Red Wing dan Dr. Martens datang dari pemilik asal yang memilih untuk melepaskan kasut mereka kerana gaya hidup berubah, koleksi bertambah, atau semangat berkongsi sesama komuniti.

Kasut sebegini bukan sekadar barang. Ia mewakili fasa hidup seseorang. Ada yang pakai waktu mula bekerja, ada yang beli masa muda bersama komuniti denim dan biker. Bagi sesetengah orang, mungkin pelik kenapa kasut kulit yang mahal, kukuh dan eksklusif seperti Red Wing atau Dr. Martens boleh berada di rak bundle? Tapi sebenarnya, kasut-kasut ini dilepaskan oleh pemilik asal bukan kerana rosak, tapi kerana cerita hidup mereka sudah berubah.

Ada yang sudah tidak sesuai dengan gaya hidup sekarang, ada yang mahu ‘upgrade’ ke model baru, dan ramai juga yang memilih untuk melepaskan kasut lama demi memberi ruang kepada orang lain. Ia bukan soal tak sayang tapi soal move on. Dalam komuniti peminat kasut kulit, melepaskan kasut ini dilihat sebagai satu bentuk penghormatan: biar kasut itu terus hidup, dipakai semula oleh pemilik baru yang tahu menghargai. Kulitnya masih cantik, tapaknya masih kuat malah ada yang lebih bernilai kerana sudah “patina” cantik dengan usia.

Di sinilah nilai sebenar butik bundle seperti Ayoasia. Ia bukan sekadar tempat beli kasut terpakai, tapi ruang untuk sambung kisah kasut yang pernah melangkah jauh, dan kini bersedia untuk langkah seterusnya. Setiap pasang kasut di sini dipilih dengan teliti, dijaga rapi, dan kekal dalam kondisi sangat baik. Malah, ada yang kelihatan seperti baru, tapak masih berbunga, kulit masih berkilat.


AYOASIA RED WING BUNDLE

AYOASIA RED WING BUNDLE

“Kat sini, kita tak jual kasut lama. Kita jual sejarah yang boleh dipakai.” - Ayoasia 


VIDEO SEKITAR PERASMIAN AYOASIA RED WING BUNDLE



10% DISKAUN UNTUK AHLI AYOASIA

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat 10% diskaun dengan setiap pembelian di Ayoasia. Daftar sebagai ahli Ayoasia sekarang! Daftar di www.ayoasia.com.my

PERADUAN AYOSIA RED WING BUNDLE


Dapatkan kasut Red Wing idaman dan berpeluang menang Iron Heart & Momotaro Jeans bernilai RM 5000 dengan membeli di laman web rasmi www.ayoasia.com.my, online platform atau kunjungi butik Ayoasia. Kempen cabutan bertuah ini bermula dari sekarang hingga Julai 2025.

AYOASIA RED WING BUNDLE

AYOASIA RED WING BUNDLE


JOM KE AYOASIA SEKARANG!

Sebagaimana Ruby dan suami gembira ke Ayoasia, Ruby harap para pembaca juga gembira untuk menyelam kasut-kasut original terpakai di sini. Jemput datang!

AYOASIA RED WING BUNDLE

Ayoasia and Boots Shop 
557, Jalan 1b/2, 
Bandar Baru Sungai Buloh, 
47000 Sungai Buloh, Selangor
Waktu Operasi: 10 Pagi - 10 Malam
Cuti Pada Hari Jumaat
01133559927

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama