Assalammualaikum semua! Woww! Anda semua memang generasi KRU! Dari hari pertama, kedua, ketiga dan kemudian keempat! Memang padu kita semua merayu dekat KRU dan ICON ENTERTAINMENT. Hahaha! Dato' Norman, Datuk Yusry, Edry dan saudara Iman Tang mendengar dan membaca hantaran media sosial kalian. Nahhhhh Konsert GenKRU Hari Ke-4 ONS! Ayuhhhhhh!
TIKET KONSERT GENKRU HARI KEEMPAT MULA DIJUAL PADA 8 MEI 2025 JAM 1 PETANG
"Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.
Ini antara lontaran hati yang dikongsi oleh Iman Tang sewaktu tiket genKRU habis dijual. Oleh itu untuk sebuah ‘hadiah’ dari Icon Entertainment dan KRU sendiri, mereka telah sepakat untuk menambah sehari lagi menjadikan konsert ini berlangsung secara empat malam.
Melihatkan juga hari Isnin, 12 Mei 2025 merupakan hari cuti sempena Hari Wesak ia menambahkan lagi kesesuaian konsert hari ke empat dilaksanakan. Keputusan segera ini dibuat lantaran kedua-dua pihak mendapat terlalu banyak DM (direct message) yang meminta mereka untuk menambah sehari lagi konsert pada hari Ahad, 11 Mei 2025.
“Keputusan ini dibuat setelah menimbang tara banyak aspek dan melihatkan hari Isnin merupakan hari cuti dan tidak menyulitkan peminat, maka kami menambah sehari lagi konsert yang akan berlangsung pada 11 Mei 2025 bersamaan hari Ahad. Kami juga mendapat banyak usulan dari peminat yang mahu menonton lagi (repeat) kerana tidak puas dengan momen tempoh hari,” ujar Dato’ Norman mewakili KRU.
“Seperti yang pernah diutarakan sebelum ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket sebelum ini menambah lagi momen mereka bersama kami. Untuk mereka yang gagal mendapatkan tiket pada tiga-tiga hari terdahulu, kami mahu juga akan semua mendapatkan kepuasan MAKSIMA pada konsert hari terakhir itu kelak,” tambah Iman.
Masanya untuk menambah momen manis bersama KRU dan menjadi sebahagian dari sejarah yang bakal tercipta bukan sahaja buat KRU dan Icon Entertainment malah buat industri seni hiburan sendiri. Sebuah tanda bahawa karya dan usaha anak seni tempatan mendapat tempat yang paling Istimewa di hati para peminat mereka dan rakyat Malaysia umumnya.
Harga Tiket dan kategori:
Impak Maksima - RM 588
Gerenti Beres - RM 548
Balada Hati - RM 508
Wanita - RM 478
Cherrina - RM 358
Malam Kita - RM 258
Okay guys, ‘perang’ bermula sekarang!
1 Ulasan
Dari video yang orang share best nya..! tapi nasib baik tak beli tiket sebab kaki kita sakit tak boleh joget :)
BalasPadamPERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.