SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI

Assalammualaikum semua! Kempen Suria KLCC The Golden Ticket kembali lagi! Tahun ini merupakan tahun keenam kempen dan menampilkan kelainan cara penebusan tiket "The Golden Ticket". Pastinya ia menggamit memori bagaimana seronoknya kita bermain permainan "Ular dan Tangga" pada suatu masa dahulu kan? Nostalgia yang dirindui ketika mempunyai kawan sekolah yang bermain demi keseronokan dan adakalanya untuk menghabiskan sesia persekolahan. 

Suria KLCC, merupakan destinasi membeli-belah yang memberi pengalaman ikonik di tengah kota Kuala Lumpur. Ia merangkumi intipati kecemerlangan runcit, dengan slogan ‘Always Something New’. Kompleks berkeluasan 1 juta kaki persegi, menempatkan lebih 360 kedai terpilih yang menampilkan jenama eksklusif dan trend terkini. Di sebalik tawaran runcitnya yang pelbagai, Suria KLCC menawarkan pilihan kulinari yang meriah, menjemput anda untuk menerokai pelbagai pilihan tempat makan berlatar belakangkan taman yang tenang dan air pancut simfoni. 

Daripada kafe bergaya kepada pelbagai restoran dan medan selera yang menawarkan pelbagai masakan. Destinasi ini memastikan pengalaman kulinari yang menarik untuk semua peringkat usia. Suria KLCC mewujudkan suasana kekeluargaan dan ketenangan, menggabungkan beli belah, makan dan bersantai dengan cara tersendiri. Berfungis sebagai bukti pengalaman indah, di mana setiap lawatan menjanjikan detik-detik yang tidak dapat dilupakan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Inilah lokasi Ruby membesar, bekerja separuh masa, membeli barang dapur dan menyambut hari istimewa. Suria KLCC di hati! 

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI

Nak menang besar? Jom plan membeli-belah di Suria KLCC dalam tempoh yang ditetapkan dan berpeluang memenangi RM10,000! Destinasi beli-belah ikonik Malaysia, Suria KLCC, membawa ganjaran kepada pembeli ke tahap yang lebih tinggi dengan kembalinya kempen yang dinanti nantikan; The Golden Ticket! Berlangsung dari 9 Mei 2025 hingga 25 Mei 2025, edisi keenam ini adalah yang paling menarik setakat ini, di mana seorang pembeli belah berpeluang memenangi RM10,000 dalam e-Baucar Beli-belah Suria KLCC setiap hari selama 17 hari ini! 

Menampilkan teknik baharu yang lebih memukau dan skala yang lebih besar, kempen tahun ini mengubah Centre Court Suria KLCC menjadi taman permainan neon bersaiz sebenar yang diilhamkan daripada permainan klasik ’snakes and ladders’ lengkap dengan panel bercahaya dan replika dadu gergasi. 

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI


Para pembeli boleh menantikan empat peringkat tiket menarik: Golden Ticket, Ruby Ticket, Emerald Ticket, dan Purple Ticket. Untuk menyertai, pembeli hanya perlu membelanjakan RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Setiap pembeli yang layak boleh melontar dadu gergasi dan melangkah ke papan interaktif bertema ’snakes and ladders’ untuk memenangi samada:

  • Purple Ticket (e-Baucar bernilai RM50) 
  • Emerald Ticket (e-Baucar bernilai RM100) 
  • Ruby Ticket (e-Baucar bernilai RM5,000) 
  • Golden Ticket (e-Baucar bernilai RM10,000) 

Jika Golden Ticket atau Ruby Ticket yang dimenangi, suasana akan berubah menjadi meriah dengan muzik perayaan dan lampu neon yang berkelipan untuk mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Pembeli yang memenangi dua peringkat tiket teratas akan dipaparkan di Wall of Winners, di mana mereka boleh bergambar dengan replika tiket besar dan dadu, dan gambar serta video mereka akan dipaparkan pada skrin berputar di Centre Court.

Menambah keceriaan suasana adalah arcade photobooth serta claw machine dengan hadiah menarik, dan hidangan hujung minggu seperti gula-gula kapas dan neon glow sticks untuk pembeli dari semua peringkat umur.

"Kempen The Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh pelanggan setia kami. Untuk edisi tahun ini, pihak Suria KLCC benar-benar menggandakan kemeriahan ke tahap seterusnya, memastikan semua yang menyertai pulang dengan senyuman," ujar Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.



SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET
Suria KLCC The Golden Ticket 2023

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET
Suria KLCC The Golden Ticket 2022

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET
Suria KLCC The Golden Ticket 2021

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET
Suria KLCC The Golden Ticket 2020

Bagi mereka yang mengikuti dalam talian, The Golden Ticket juga berlangsung dalam bentuk digital melalui platform media sosial Suria KLCC dengan hadiah wang tunai tambahan menanti. 

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA PUTRAJAYA 


Alamanda Putrajaya membawa kembali kempen The Golden Ticket untuk tahun kelima berturut-turut atas permintaan ramai. Bermula dari 23 Mei hingga 8 Jun, kempen di Alamanda juga mengangkat tema yang menyeronokkan yang diilhamkan daripada permainan ular dan tangga klasik. 

Pentas Centre Court akan dihias dengan tema flora dan fauna, dipenuhi dengan animasi ’snakes and ladders’. Pembeli yang berbelanja RM500 atau lebih dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih boleh melontar dadu berwarna enam untuk peluang memenangi e-Baucar Alamanda bernilai sehingga RM1,000. Sebanyak 50 hadiah disediakan setiap hari, dan setiap peserta dijamin memenangi sesuatu dalam bentuk e-Baucar Beli-belah Alamanda, iaitu: 

  • Golden Ticket (RM1,000) 
  • Yellow Ticket (RM500) 
  • Blue Ticket (RM50) 

Tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya, menambah keterujaan setiap kali kunjungan. Setiap hari, seorang pembeli bertuah akan memenangi Golden Ticket dan diraikan dengan cahaya berkelip, muzik ceria, serta sesi foto segera dengan cek replika. 

MESRA MALL 


Di Pantai Timur, The Golden Ticket kembali ke Mesra Mall dari 9 hingga 25 Mei. Mengangkat tema serupa, pusat beli-belah di Terengganu ini menghidupkan nostalgia permainan zaman kanak-kanak dengan paparan ’snakes and ladders’ yang meriah di Centre Court. Pembeli yang berbelanja RM300 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih boleh melontar replika dadu berwarna-warni untuk membuka kotak misteri dan berpeluang memenangi baucar beli-belah bernilai sehingga RM1,000. Sebanyak 51 peluang disediakan setiap hari, iaitu: 

  • Golden Ticket (RM1,000) 
  • Silver Ticket (RM500) 
  • Blue Ticket (RM30) 

Pentas Centre Court menampilkan latar belakang ’snakes and ladders’, lengkap dengan hiasan yang menarik — sempurna untuk bergambar bagi pemenang bertuah dengan cek replika mereka. Tiket yang tidak dituntut setiap hari akan dibawa ke hari berikutnya, meningkatkan peluang menang dengan setiap lawatan. 

SURIA KLCC THE GOLDEN TICKET KEMBALI DENGAN BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI



Semoga Kita Semua Ada Rezeki Untuk Menang Di Suria KLCC, Alamanda & Mesra Mall The Golden Ticket!

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama