PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER PENAPIS PINTAR DENGAN HEPA H13 UNTUK UDARA LEBIH BERSIH

PRISM+ Aura Smart Air Purifier adalah penyelamat buat kita semua! Kos efektif untuk jangka panjang. Dalam sedar tidak sedar, anda sudah kurang ke klinik. Tidur malam lebih nyenyak. Malah, produktiviti seisi keluarga meningkat.
PRISM+ Aura Smart Air Purifier tersedia dalam dua warna eksklusif iaitu Alpine White dan Space Grey. Dimensi saiz 225mm panjang, 225 lebar dan 459mm tinggi. Berat Bersih 2.35kg dan Berat Kasar 2.87kg. Menggunakan kuasa 23W dengan Input 100-240V dan Output DC 24V 1.2A. Sangat efektif dalam ruang bersaiz 182 kaki persegi. Penapisan HEPA H13 dengan 3 fungsi iaitu Pra-Penapis, Penapis HEPA Gred Perubatan dan Penapis Karbon Teraktif. Waranti 1 tahun tersedia. Saiz yang comel untuk udara yang bersih. Setuju?
Kebanyakan pembersih udara di pasaran menggunakan terlalu banyak tenaga untuk rumah yang menyebabkan penggunaan elektrik yang berlebihan dan mengakibatkan penapis perlu di tukar tidak sampai 1 tahun. Dengan liputan kawasan seluas 182 kaki², PRISM+ Aura Smart Air Purifier dioptimumkan untuk kebanyakan ruang di dalam rumah. Sama ada di ruang tamu, bilik belajar atau bilik tidur. Semua lokasi ini sangat sesuai.
Dunia hari ini penuh dengan pencemaran, habuk halus dan alergen. Penulen udara bukan lagi satu kemewahan, ia satu keperluan, terutamanya untuk ibu bapa yang mahu menyediakan ruang selamat buat anak-anak. Salah satu pilihan terbaik di pasaran sekarang ialah PRISM+ Aura Smart Air Purifier, yang dilengkapi dengan penapis HEPA H13, teknologi pintar dan reka bentuk moden.
KELEBIHAN PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER
Kelebihan PRISM+ Aura Smart Air Purifier dengan HEPA H13 adalah pelaburan bijak untuk kesihatan seisi keluarga. Dengan penapis bertaraf hospital, fungsi pintar dan reka bentuk bergaya, ia bukan sahaja berkesan tetapi juga mudah digunakan. Penapis HEPA H13 memang sangat istimewa dan digunakan secara meluas dalam persekitaran yang memerlukan tahap kebersihan udara yang tinggi seperti hospital, makmal, dan bilik pembedahan.Kalau anda sedang mencari penulen udara yang bijak dan bergaya, PRISM+ Aura Smart Air Purifier adalah jawapannya. Udara bersih, hidup lebih sihat, semua dalam satu alat. Sama ada anda berkeluarga dengan anak kecil, tinggal bersama warga emas, ahli keluarga yang mengalami alahan atau asma, anda yang tinggal di kawasan bandar dengan pencemaran udara tinggi, para pemilik haiwan peliharaan atau anda yang meminati teknologi rumah pintar. Jom kita lihat kelebihan PRISM+ Aura Smart Air Purifier dengan lebih terperinci.
- Bayi dan anak kecil - Udara lebih bersih untuk paru-paru yang sedang membesar.
- Ibu Bapa Warga emas – Sistem imun lebih lemah, jadi perlindungan udara sangat penting.
- Penghidap asma atau alahan – Kurang pendedahan kepada pencetus serangan.
- Pemilik haiwan peliharaan – Kurangkan bulu dan bau.
1. Penapis HEPA H13 – Tahap Hospital
HEPA H13 adalah antara gred penapisan tertinggi untuk penulen udara pengguna. Ia menapis sehingga 99.97% partikel halus bersaiz sekecil 0.3 mikron – termasuk habuk, debunga, spora kulat, bulu haiwan peliharaan dan juga bakteria. Ini sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah alahan, asma, atau keluarga dengan anak kecil.
2. Reka Bentuk Moden dan Minimalis
PRISM+ terkenal dengan rekaan bergaya, dan PRISM+ Aura Smart Air Purifier tidak terkecuali. Reka bentuk silinder dengan paparan digital menjadikannya sesuai diletakkan di mana-mana ruang rumah. Sama ada ruang tamu, bilik tidur atau pejabat rumah.
3. Sambungan Pintar dan Aplikasi Mudah Alih
Dengan sambungan WiFi dan aplikasi PRISM+, anda boleh mengawal penulen udara dari telefon pintar. Sama ada untuk hidupkan atau matikan, tukar mod atau semak status penapis. Ia juga serasi dengan Google Assistant dan Alexa untuk kawalan suara.
4. Sensor Kualiti Udara Masa Sebenar
PRISM+ Aura Smart Air Purifier dilengkapi dengan sensor pintar yang mengesan tahap kualiti udara dan akan melaraskan kelajuan kipas secara automatik berdasarkan tahap pencemaran. Paparan digital akan menunjukkan warna yang mewakili tahap udara: biru (bersih), kuning (sederhana), merah (tercemar).
5. Senang Dijaga
Penapis boleh diganti dengan mudah, dan aplikasi akan memaklumkan apabila sudah sampai masa untuk tukar penapis tiada lagi teka-teki atau terlupa!
BAGAIMANA HEPA H13 BERFUNGSI?
HEPA bermaksud High Efficiency Particulate Air. Penapis jenis ini direka khas untuk memerangkap zarah udara yang sangat kecil. Dalam klasifikasi penapis HEPA, terdapat beberapa gred dari H10 hingga H14. Semakin tinggi nombornya, semakin efektif penapisan.
Kecekapan Penapisan Tinggi: HEPA H13 mampu menapis 99.97% zarah yang bersaiz 0.3 mikron. Ini termasuk:
- Debunga (pollen)
- Spora kulat
- Bulu haiwan peliharaan
- Debu halus (PM2.5)
- Bakteria & beberapa jenis virus
Bertaraf Hospital: Oleh kerana kecekapan yang tinggi, penapis ini juga digunakan dalam sistem pengudaraan hospital, termasuk bilik ICU dan bilik bersalin.
3 LAPISAN PERLINDUNGAN DALAM SISTEM PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER
PRISM+ Aura Smart Air Purifier dengan penapis HEPA H13 ini adalah sebahagian daripada sistem berlapis-lapis, contohnya:
- Penapis Pra (Pre-filter) – Menapis habuk kasar, rambut, dan bulu haiwan.
- Penapis Karbon Aktif – Menyerap bau busuk, asap rokok, dan bahan kimia (VOC).
- HEPA H13 – Menapis zarah halus dan mikroorganisma.
Penapis HEPA H13 tidak sekadar “menapis macam jaring biasa”, ia menggunakan kombinasi mekanisme fizikal untuk memerangkap zarah halus:
1. Intersepsi (Interception)
Zarah yang bergerak dalam udara akan bersentuh dengan serat dalam penapis dan “melekat” di situ.
2. Impakan Inersia (Impaction)
Zarah yang besar (seperti habuk dan debunga) terlalu berat untuk mengikut arus udara yang membelok, jadi ia terus menghentam serat penapis.
3. Penyebaran (Diffusion)
Zarah yang sangat kecil (seperti asap rokok, bakteria, PM2.5) bergerak secara rawak, lalu tersangkut pada serat akibat pergerakan yang tidak menentu.
TANDA-TANDA PENAPIS HEPA H13 DI PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER SUDAH PERLU DITUKAR
Bila Perlu Tukar Penapis HEPA H13? Secara am, penapis HEPA H13 perlu ditukar setiap 6 hingga 12 bulan. Jika anda mengalami perkara yang berisiko kepada kualiti udaranya tercemar. Tempoh pertukaran akan menjadi lebih cepat. Anda boleh beli Penapis HEPA H13 dari PRISM+. Anda boleh tukar jika ada tanda-tanda seperti berikut:- Bau pelik semasa menggunakan PRISM+ Aura Smart Air Purifier.
- Prestasi merosot kerana udara masih berdebu.
- Bunyi kipas lebih kuat kerana laluan udara tersumbat.
- Indikator penapis menyala atau amaean dari aplikasi PRISM+
- Kekerapan penggunaan selama 24 jam setiap hari, penapis akan cepat penuh.
- Kualiti udara sekeliling rumah berdekatan jalan besar, kawasan pembinaan, atau kawasan berdebu akan mempercepatkan kehausan penapis.
- Memiliki haiwan peliharaan atau perokok juga menambah beban penapisan.
PRISM+ AURA Smart Air Purifier sangat mudah diselenggara. Untuk menggantikan Penapis HEPA H13 anda hanya perlu pusing bahagian tapak dan menggantikan penapis. Tiada alat khas yang diperlukan sepanjang proses ini.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.