Assalammualaikum semua! Sejak pengumuman konsert genKRU pada Disember 2024 yang lalu. Sehinggalah hari konsert sebenar pada 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025. Banyak maklum balas tentang betapa ramai generasi 90-an merindui muzik KRU. Ia telah menjadi memori teras dalam kehidupan kami semua. Ada sesuatu tentang zaman 90-an yang sentiasa hidup dalam ingatan kita. Kalau pasang lagu KRU, secara automatik muscle memory, core memory terus ingat lirik dan tarian hip hop pada zaman itu. Boleh shuffle dan breakdance!
Paling seronok apabila berkumpul dengan sepupu. Kami akan ‘cop’ KRU, seorang suka Norman, seorang minat Yusry, dan seorang lagi pilih Edry. Kononnya masing-masing ‘berkaitan’ dengan idola masing-masing! Bila lagu seperti Fanatik, Bebas, atau Awas berkumandang, kami akan nyanyi sama-sama, siap dengan gerak tari sendiri. Kami membawa watak Norman, Yusry dan Edry! Comel kan!
Rindu sangat waktu remaja. Kita lebih berani mencuba. Seronoknya zaman 90's lebih-lebih lagi apabila kita bercakap tentang muzik. Dulu, hiburan tak semudah satu klik di telefon. Spotify kita dulu adalah radio, kaset, dan pasar malam untuk tahu perkembangan penyanyi kegemaran. Kita tidak tahu pun ada lagu baru kalau tiada DJ radio mainkan lagu mereka atau pakcik jual kaset pasang lagu. Lama belek kaset, nak beli ke tak? Mestilah beli. Siap sedia untuk dkmainkan dekat radio di rumah. Sediakan pensel untuk pusing balik kaset. Boleh ulang dengar. Hehehehehe. Nostalgia sungguh!
KONSERT GENKRU HARI KEEMPAT “APABILA MUZIK MENJADI MEMORI, KONSERT GENKRU ADALAH PERJALANAN EMOSI”
KRU trio adik-beradik pujaan ramai, bukan setakat penampilan menarik, tetapi berbakat besar. Waktu remaja Ruby dipenuhi dengan melodi dari walkman dan radio mini. Setiap kali singgah ke pasar malam, mesti cari kaset baru. Pada ketika itu, kaset dijual terbuka dan kekal original, tiada cetak rompak, dan harganya sangat berpatutan.
Bila kaset KRU yang baru keluar, rasa macam dapat hadiah besar! Lagu-lagu mereka menjadi ‘soundtrack’ kehidupan kami. Dari cinta monyet, persahabatan, ke cita-cita. Tidak dinafikan KRU adalah selebriti yang memiliki taraf pendidikan tinggi yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kami untuk belajar bersungguh-sungguh.
Paling seronok apabila berkumpul dengan sepupu. Kami akan ‘cop’ KRU, seorang suka Norman, seorang minat Yusry, dan seorang lagi pilih Edry. Kononnya masing-masing ‘berkaitan’ dengan idola masing-masing! Bila lagu seperti Fanatik, Bebas, atau Awas berkumandang, kami akan nyanyi sama-sama, siap dengan gerak tari sendiri. Kami membawa watak Norman, Yusry dan Edry! Comel kan!
KRU bermaksud Kumpulan Rap Utama – antara kumpulan pertama yang membawa irama urban ke arus perdana Malaysia. Ditubuhkan oleh tiga adik-beradik: Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim pada tahun 1992. Album pertama mereka, “Canggih”, memperkenalkan bunyi elektronik dan rap yang unik untuk zamannya.
Lagu “Awas” jadi fenomena budaya. Kalau ada pertandingan, lagu ini wajib ada. Sama ada pertandingan di sekolah atau di pusat membeli-belah.
KRU juga menubuhkan KRU Studios yang menghasilkan filem seperti Cicakman, Magika & Hikayat Merong Mahawangsa dengan efek khas hebat. Mereka cipta peluang pekerjaan dalam industri muzik, filem dan animasi tempatan.

KRU Studios, diasaskan oleh tiga beradik KRU Norman, Yusry, dan Edry Abdul Halim. Merupakan peneraju dalam industri hiburan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1992. Dengan kepakaran dalam mencipta lirik, menyusun muzik, menerbitkan filem, animasi, dan kandungan digital, KRU Studios telah menghasilkan pelbagai karya yang memenangi anugerah dan mencapai pengiktirafan antarabangsa.
Pengaruh KRU bukan hanya pada muzik. Fesyen mereka iaitu jaket kulit, cermin mata hitam, rambut gaya ‘spiky’ menjadi ikutan. Bahasa dalam lirik lagu mereka pun catchy, buatkan kita mudah hafal lirik sepenuhnya. Lebih dari itu, lagu mereka bawa mesej tentang identiti, keberanian dan impian. Lagu Awas, misalnya, jadi lagu motivasi ramai pelajar masa tu!
Konsert GenKRU bukan sekadar persembahan, tetapi satu perjalanan emosi. Ia mengembalikan kita ke era di mana setiap lirik dan melodi menyimpan kenangan tentang cinta remaja, semangat persahabatan, dan zaman penuh cita-cita. Dalam sorakan penonton dan cahaya pentas yang berkilauan, kita seakan dibawa pulang ke masa lampau.

Konsert ini bukan hanya meraikan legasi KRU, tetapi juga seluruh generasi yang membesar bersama lagu-lagu mereka. Ia menjadi bukti bahawa muzik, bila datang dari jiwa, akan terus hidup walau zaman berubah.
Zaman remaja kami mungkin tiada media sosial atau Spotify, tapi kami ada sesuatu yang lebih bernilai iaitu kenangan yang jujur dan bermakna. Muzik KRU jadi pengikat antara sahabat, keluarga, dan kenangan manis. Bila lagu lama KRU kedengaran pada hari ini, hati rasa bergetar. Rindu zaman simple, tapi penuh jiwa.

SENARAI LAGU KONSERT GENKRU HARI KEEMPAT
- Fanatik
- Di Dalam Dilema
- Oh! La La
- Balada Hati
- The Way We Jam
- KRU & Feminin - Untuk Mu
- KRU & Adam AF - Terhangat Di Pasaran
- Babe
- Malam Kita
- Semuanya OK
- Voodoo
- Bidadari
- Hingga Ke Jannah
- Dekat Padamu
- Wanita
- Apa Saja
- Penjunjung Namaku
- Negatif
- KRU & Elite - Di Pintu Syurga
- KRU Medley Separuh Masa (The Lima) / Sedetik Lebih (Anuar Zain) / Romancinta (Mojo)
- '2'
- KRU & 4U2C - Hanya Kau
- Mengerti
- Perpisahan Terasing (Sudirman Arshad)
- Janji Tinggal Janji
- Jangan Lafazkan
- Awas
Sepanjang konsert genKRU ni, Ruby terkesima dengan tenaga yang diberikan oleh Norman, Yusry dan Edry. Tiada yang tercicir, tiada yang tak menari. Mereka bertiga memberi sepenuh komitmen dalam konsert genKRU. Patutlah ramai ulang ke Konsert genKRU setiap minggu. Memang terbaik persembahan mereka, susunan lagu, sistem bunyi best sangat, vokal trio KRU pun mantap, penari penuh pentas dan ada breakdance! Ikonik! Terkenang zaman remaja. MasyaAllah!
Penampilan istimewa Feminin, Adam AF, ELITE dan 4U2C menambahkan lagi rasa teruja kami. Ternyata zaman muzik mereka kami membesar dengan penuh memori indah. Masa berlalu begitu pantas. Ruby pun dah menginjak usia. Paling tidak sangka, kumpulan yang sudah bubar dahulu. Kini kembali bersatu untuk peminat dan menembalikan memori masa lalu yang sentiasa menjadi sebahagian sejarah kehidupan kita. Bersyukur dengan apa yang kita pernah lalui untuk berada di tahap sekarang.
Sambil menyanyi, air mata juga mengalir apabila melihat kumpulan KRU menua bersama kami dan masih kekal bertenaga. Idola kami dari masa kecil, dari crush dan cop siapa peminat Norman, siapa suka Yusry, siapa nak Edry. Kemudian mereka melanjutkan pelajaran. Mereka meneruskan kehidupan dengan mengikut perkembangan teknologi dan wujudnya KRU Studios. Memberi peluang pekerjaan kepada anak muda dan rakan selebriti. Perjalan karier seni mereka tidak pernah berhenti. Inilah Idola kami. Yang tidak kenal erti rehat.
Terima Kasih KRU!
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.