KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Assalammualaikum semua! Pada 18 Mei 2025 telah berlangsung acara larian 5KM Keluang Man WONDA Fun Run di Datararan DBKL. Acara ini julung kali diadakan di Kuala Lumpur bersama barisan pelakon filem Keluang Man. Seawal 4 pagi kami sekeluarga bersiap dan terus memandu ke lokasi acara.

Sejak pengumuman tentang Keluang Man WONDA Fun Run pada 23 April 2025, pendaftaran dari para peserta mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara Larian sejauh 5 kilometer ini bermula seawal 5.00 pagi dan dijayakan bersama program Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) anjuran DBKL. 

Menariknya, peserta larian boleh tampil dengan gaya tersendiri bertemakan Keluang Man. Nak lagi best, 1,000 peserta terawal yang telah mendaftar akan menerima jersi eksklusif dan merchandise Keluang Man secara PERCUMA! 

KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT


KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Acara larian ini adalah PERCUMA sepenuhnya. Walaupun percuma, acara dilaksanakan secara terkawal seperti acara larian berbayar. Booth untuk pemberian pakaian jersey ditambah kepada 2000 peserta terawal. Seawal 3 pagi peserta sudah mula beratur. Selain jersey, kami menerima lapel pin Keluang Man Wonda, topeng kertas dan borang cabutan bertuah. Persediaan lokasi yang luas dan selesa. Ada ruang untuk bergambar bersama backdrop Keluang Man.  

Sepanjang 5KM larian, kami sekeluarga sangat gembira berlari di kawasan Kuala Lumpur. Walaupun ini merupakan tahun ke-12 penganjuran Car Free Morning oleh DBKL. Ini adalah kali pertama Ruby hadir bersama seisi keluarga. Bila lagi nak berlari di Kuala Lumpur kan? Semasa Flag-Off, kami dihiburkan oleh Pancaragam DBKL, siap ada gendang! Kemudian kami dapat tengok Unit Berkuda DBKL juga! Teruja betul! 

KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Gaya hidup aktif perlu diteruskan agar kesihatan kita lebih terjaga. Laluan Jalan Raja Laut. laluan kami ulang alik pergi kerja dan laluan meriah dengan kesesakan trafik semasa bulan Ramadan. Hari ini, kami boleh berjalan dan berlari dengan tenang. 5KM ni agak mencabar untuk pelari pasif macam kami. Bawa anak-anak sebagai pembakar semangat untuk terus berlari. Hehehe. 

KELUANG MAN WONDA FUN RUN


KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Bagi menambahkan lagi keterujaan penonton sebelum filem live-action Keluang Man ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, Astro Shaw membawakan pengalaman filem tersebut menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, larian superhero Original Pertama Malaysia. Acara itu menandakan kerjasama pertama Keluang Man dan Wonda Kopi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena program Car Free Morning.

‘Keluang Man WONDA Fun Run’ yang julung kali diadakan di Kuala Lumpur bermula di Dataran DBKL dengan penyertaan lebih 7000 peserta yang meliputi semua lapisan peringkat umur. Larian sejauh 5 km bermula 6.45 pagi dengan sesi memanaskan badan dan kemudiannya berlangsung pelepasan flag-off pada jam 7.00 pagi yang disempurnakan oleh Karakter Keluang Man, Maskot BeBe, dan wakil dari DBKL, YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif Datuk Bandar Kuala Lumpur. 

KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Bersempena Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM) edisi 18 Mei 2025, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluangkan masa bagi melepaskan peserta-peserta KLCFM pada pagi ini.

Pelepasan telah dilaksanakan melibatkan penyertaan daripada peserta Keluang Man Wonda Fun Run. Penganjuran edisi kali ini turut menyerlahkan semangat kolaborasi antara pelbagai pihak merangkumi sektor awam, pihak swasta, masyarakat sivil dan komuniti tempatan. Pendekatan 4P – Public, Private, People, Partnership yang diterapkan membuktikan bahawa kejayaan sesuatu inisiatif bandar raya bergantung kepada penglibatan menyeluruh semua pihak.

KLCFM bukan sekadar aktiviti riadah dan fizikal, malah menjadi medium advokasi penting ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang sihat, mesra alam, lestari dan berdaya huni untuk semua.

Uniknya larian ini menyaksikan peserta tampil dengan memakai topeng Keluang Man dan mereka yang bertuah turut mendapat jersi eksklusif edisi terhad. Tambah mengujakan, ia turut disertai barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Sham Sunder, Razzuan Rosli, penyanyi lagu tema Keluang Man, Krisya dan kumpulan S.O.G.

Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Kami amat berterima kasih atas sokongan teguh peminat Keluang Man serta para peserta larian, dan juga rakan kerjasama Wonda Kopi dan DBKL yang telah merealisasikan acara larian ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ hari ini. Acara ini bukan sekadar meraikan kemunculan filem Keluang Man di pawagam pada 29 Mei nanti, tetapi satu usaha membawa dunia Keluang Man lebih dekat kepada masyarakat. Keluang Man mencerminkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan, jadi kami mahu nilai dan semangat tersebut mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas, sekali gus percaya bahawa setiap daripada kita mampu menjadi superhero dalam kehidupan seharian.”

KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINATKELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Terdapat juga aktiviti-aktiviti di booth untuk disertai para peserta seperti sesi bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon Keluang Man dan maskot watak BeBe, persembahan oleh penyanyi Krisya dan S.O.G, cabutan bertuah, jualan ‘merchandise’ Keluang Man, siaran luar oleh radio nombor 1 paling legit di Malaysia, ERA dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menikmati sampel Wonda Kopi Kluang, Wonda-ful Keluang Man burger, dan tawaran menarik daripada Iconic Animation Studio, Fung Keong dan Abstrax.

Dalam pada itu, Keluang Man melangkaui layar perak apabila kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’ berjaya mencatat jualan luar biasa melebihi 2 juta tin dalam tempoh lapan bulan.

Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.

Bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini, treler rasmi terakhir telah pun dilancarkan semalam selepas trailer rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform Tik Tok @astroshawofficial. Keluang Man mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit psikiatri, sering melarikan diri dari hospital di malam hari. 

Apabila sejarah lamanya kian menghantuinya, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula menuju ke arah dendam, dan tanpa sengaja, dalam proses ini Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. 

KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT
KELUANG MAN WONDA FUN RUN MENGHIMPUNKAN LEBIH 7,000 PEMINAT

Terima kasih Astro Shaw, Keluang Man, Wonda dan Decathlon!

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama