EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN

Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda yang suka travel tetapi ada kebimbangan jika ada perkara berlaku semasa tarikh percutian menghampiri. Kita tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa akan datang kan? 

Easy Cancel oleh AirAsia MOVE adalah satu penambahan fungsi yang direka untuk beri lebih fleksibiliti kepada penumpang. Terutamanya untuk mereka yang berkeluarga seperti Ruby yang mungkin tak selalu batalkan penerbangan, tetapi tetap perlukan pelan sokongan kalau berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti perubahan jadual kerja suami atau hal persekolahan anak-anak. 

EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN


EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN


Merancang perjalanan kini menjadi lebih mudah dengan pengenalan Easy Cancel oleh AirAsia MOVE, ciri tambahan baharu yang membolehkan pengguna membatalkan penerbangan AirAsia mereka dalam masa 48 jam sebelum berlepas dan menerima pemulangan wang dalam tempoh sepuluh hari.

Ditawarkan secara eksklusif di aplikasi AirAsia MOVE, Fungsi Easy Cancel memberikan jaminan kepada pengembara untuk membuat tempahan, dengan kebebasan untuk membatalkan tempahan penerbangan tanpa perlu menjelaskan sebab. Sama ada disebabkan perubahan jadual secara tiba-tiba atau sekadar berubah fikiran, ciri baharu ini memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi, menjadikan perancangan perjalanan lebih mudah dan selari dengan keperluan pelanggan.


EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN

EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN


Dengan Easy Cancel, para pengembara boleh memilih antara pilihan pemulangan wang sebanyak 80% atau 100%, termasuk untuk pembelian tambahan seperti bagasi, makanan, dan caj lain. Easy Cancel mesti dibeli semasa proses tempahan dan tidak boleh ditambah kemudian melalui bahagian Manage Booking.

EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN

Untuk menambah pilihan Easy Cancel ke dalam tempahan, selepas memilih penerbangan dan mengisi butiran penumpang, tetamu hanya perlu klik ‘Continue to Add-Ons’, teruskan dengan klik ‘Continue’ sekali lagi, dan pilih pilihan Easy Cancel yang tersedia.

Ciri tambahan baharu ini tersedia untuk semua laluan AirAsia, kecuali penerbangan ke Korea Selatan dan laluan domestik Indonesia. Bagi penerbangan AirAsia X (D7) seperti dari Kuala Lumpur ke Almaty dan Sydney, Easy Cancel akan tersedia menjelang akhir bulan Mei.

EASY CANCEL OLEH AIRASIA MOVE MENAWARKAN FUNGSI PEMBATALAN EFISEN UNTUK SEBARANG ALASAN


Penumpang boleh batalkan penerbangan dan mendapat pulangan dalam bentuk tunai dengan syarat ia dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan jiwa semasa menempah tiket awal, terutama bagi perjalanan yang melibatkan ramai ahli keluarga.

Apabila anda memilih Easy Cancel. Bayaran balik akan dikembalikan kepada anda dalam bentuk pembayaran asal semasa anda membuat tempahan di platform AirAsia MOVE. Sama ada melalui akaun bank atau Paypal.

Kalau anda tempah tiket jauh lebih awal (contohnya semasa promosi) dan tahu ada kemungkinan jadual berubah kerana kerja suami atau peperiksaan anak-anak, Easy Cancel adalah pelindung yang wajar. Jika kebimbangan utama anda hanya pada “mungkin tak jadi pergi”, Easy Cancel lebih mudah dan terus dalam aplikasi AirAsia MOVE. 


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Terbaru Lebih lama