PANASONIC MELANCARKAN 3 VAKUM TANPA WAYAR BEBAS KEKUSUTAN

PANASONIC MELANCARKAN 3 VAKUM TANPA WAYAR BEBAS KEKUSUTAN

Ruby
9
PANASONIC MELANCARKAN 3 VAKUM TANPA WAYAR BEBAS KEKUSUTAN | Assalammualaikum semua! Apa yang paling kita tidak suka semasa membersihkan rumah menggunakan vakum adalah wayar yang berselirat panjang. Ada kala kita tidak boleh mencapai bahagian ceiling rumah sebab wayar dah tegang! Stress betul nak membersih sawang. 

Kemudian ketika ingin membersihkan sisa makanan di dalam kereta, vakum mesti ada berlainan yang perlu menggunakan bateri kereta dari tempat pencucuh rokok tu kan? Hurmmmmm. Wayar pun berselirat. Ini baru masalah wayar, belum masalah hasil vakum yang tersangkut di muncung vakum.

Kebiasaannya pasti Ruby bawa gunting sekali untuk meleraikan kekusutan. Tengah syok vakum, tiba-tiba bunyi seperti sedutan tidak lancar. Maknanya ada la rambut dan habuk menahan dari vakum menjalankan tugasan. Betul kan?


PANASONIC MELANCARKAN 3 VAKUM TANPA WAYAR BEBAS KEKUSUTAN


Pada 9 Mac yang lalu, Panasonic telah melancarkan vakum pembersihan tanpa wayar yang mempunyai teknologi bebas dari kekusutan di bahagian muncung dan mampu membasmi bakteria! Ia adalah produk yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. 
  • Muncung kuasa baharu memastikan bebas kusut helaian rambut yang disedut

  • Muncung disalut plat ion meneutralkan bakteria untuk meningkatkan tahap kebersihan 

  • Sensor habuk rumah unik mengesan habuk dan melaraskan tahap sedutan secara automatik 

  • Sistem penapis antisumbat pengadang tahan karat untuk memudahkan penyenggaraan 

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dan juga haiwan peliharaan kesayangan memang mengakui cabaran yang dihadapi untuk memastikan ruang kediaman kekal bersih lebih-lebih lagi dalam suasana semasa, dengan lebih banyak masa dihabiskan di dalam rumah. 

Dengan memperkenalkan Tangle-Free Hair Cordless Stick Vacuum Cleaner (MC-SB85) (Pembersih Vakum Pegang Tanpa Wayar Bebas Kekusutan Rambut), Panasonic memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa kerana dengan menekan hanya satu butang, mereka boleh membersihkan helaian rambut dan habuk daripada lantai dan permaidani.  

Disediakan dalam tiga pilihan, pembersih vakum serba baharu Panasonic sedia menjadi alat pembersihan terulung bagi kediaman yang dihuni anak kecil dan haiwan peliharaan.

“Kanak-kanak dan haiwan peliharaan pasti menceriakan mana-mana rumah tangga, tetapi ibu bapa sentiasa bimbang sama ada persekitaran cukup bersih dan selamat untuk mereka yang tersayang. 

Di Panasonic, kami memahami kerisauan ibu bapa yang sentiasa mahu memberikan perlindungan terbaik kepada keluarga mereka, sebab itulah kami telah mereka cipta alat yang bukan sahaja menjamin kebersihan, tetapi juga menjadikan proses pembersihan begitu mudah. 

Ibu bapa pasti tidak keberatan untuk melakukan kerja pembersihan apabila melihat betapa cekap dan menyenangkan rangkaian produk pembersih vakum kami,” kata Keisuke Nishida, Timbalan Pengarah Urusan, Panasonic Malaysia. 

Dalam bab mengemas dan membersih rumah, rambut sering menjadi masalah besar – bukan sahaja ada pada lantai, permaidani dan sofa, malah menyekat kepala pembersih vakum dan menyebabkan penapis tersumbat, lantas menjejaskan kuasa penyedutan. 

Masalah umum ini memang menjadi rungutan ramai pengguna, terutamanya yang mempunyai haiwan peliharaan. Untuk menangani masalah tersebut, Panasonic telah membangunkan teknologi baharu, dalam berus berbentuk kon, untuk mengumpul dan memindahkan rambut ke bahagian tengah kepala vakum yang lebih nipis sebelum rambut disedut masuk sepenuhnya. 

Teknologi berpaten unik ini menjadikan muncung kuasa bebas kekusutan satu ciri eksklusif bagi jenama dan membantu pengguna menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga apabila membersihkan muncungnya. 

Muncung kuasa bebas kekusutan ini juga disalut dengan plat ion yang turut melakukan kerja tambahan membasmi bakteria daripada lantai. 

Ciri ini berguna untuk membersihkan bulu haiwan peliharaan yang bergerak bebas di dalam dan luar rumah kerana plat ion meneutralkan mikron yang dibawa dari luar rumah. 

Ibu bapa dengan anak kecil yang juga mempunyai haiwan peliharaan di rumah mendapat jaminan bahawa si manja mereka boleh merangkak di atas permukaan lantai yang lebih bersih dengan hanya memvakum lantai. 

Pembersih vakum pegang tanpa wayar baharu Panasonic juga memastikan ruang kediaman bebas habuk dengan sensor habuk rumah sedia terbina khas untuk mengesan dan melaraskan kuasa sedutan secara automatik berasaskan jumlah habuk yang dikesan. 

Penggunaan tenaga yang cekap in melanjutkan masa pengendalian pembersih vakum dan mengurangkan bunyi ke paras yang boleh diterima jika kuasa sedutan lebih tinggi tidak diperlukan. 

Selepas menyedut, habuk dan kotoran mengalir ke dalam sistem penapis antisumbat pengadang tanpa karat, dan diperangkap untuk memudahkan pembersihan selepas itu. 

Dari segi kuasa, pembersih vakum ini menggunakan kuasa sedutan 150W yang mampu bertahan sehingga 85 minit, memberikan cukup masa untuk pengguna membersihkan seisi rumah. 

Tidak perlu lagi melaraskan tahap kuasa hanya untuk melihat pembersih vakum tanpa wayar kehabisan bateri dan mengganggu kerja pembersihan. 

MODEL MC-SB85

Dari sudut penyenggaraan pula, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 baharu direka bentuk untuk menyenangkan kerja membersih tanpa kerenah. Pembuangan habuk dan kotoran boleh dikendalikan dengan hanya menekan satu butang tanpa perlu mengotorkan tangan manakala kotak habuk boleh dicuci sepenuhnya tanpa perlu bimbang tentang hama habuk yang berterbangan. 


Ciri ini berguna terutamanya bagi ibu bapa yang perlu menguruskan pelbagai kerja rumah. Pembersih vakum seberat hanya 2.0kg ini adalah ringan, mudah dikendalikan dan boleh dipanjangkan untuk membersihkan tempat-tempat lebih tinggi. Reka bentuk minimalis dan bergaya alat ini sesuai diletakkan mana-mana bahagian dalam rumah apabila sedang digunakan atau apabila disimpan. 

MODEL MC-SB30

Pembersih vakum pegang tanpa wayar Panasonic juga disediakan dalam dua lagi pilihan dengan pelbagai ciri untuk memenuhi keperluan berbeza. Model MC-SB30 yang seberat 1.6kg, ialah versi ringan yang berfungsi dengan sangat baik dalam ruang yang tinggi dan sempit, meringankan kerja membersihkan tangga dan di bawah perabot. 


Badan yang ringan ini menempatkan motor kompak kecekapan tinggi dan sistem pacuan yang membekalkan kuasa tinggi 100W, dan berus unik berbentuk V yang mengumpulkan habuk dengan cekap dan memindahkannya kepada saluran sedutan pusat di dalamnya untuk pembersihan yang rapi. Dengan dua jenis hujung bulu, berus ini melenyapkan zarah habuk halus dari lantai, permaidani dan permukaan lain. 

MODEL MC-SBV01

Manakala model MC-SBV01 pula adalah untuk kegunaan lebih berat dengan kapasiti besar 0.6 liter dan kuasa 20W untuk pembersihan lebih menyeluruh. Muncung kuasanya dipacu sendiri untuk pembersihan lebih pantas dan dengan lampu LED yang dipasang untuk membantu pengguna menyedut setiap zarah habuk di ruang yang sukar dilihat. 

Pembersih vakum tanpa wayar seringan 2.3kg ini mengagihkan 1.5kg berat daripada unit utama ke bahagian pemegang untuk mewujudkan pusat graviti lebih tinggi  –  ini melanjutkan ciri serba guna pembersih vakum supaya boleh dipakai dari lantai ke siling. 

Kedua-dua model MC-SBV01 dan MC-SB30 dilengkapi dengan sensor habuk rumah, sistem penapis antisumbat dan ciri-ciri pembersihan mudah. 

Kini boleh didapati di kedai-kedai wakil penjual sah di seluruh negara dan juga gedung dalam talian Panasonic, pembersih vakum pegang tanpa wayar bebas kekusutan MC-SB85 dijual pada harga runcit RM2,799. MB-SC30 boleh didapati pada harga runcit RM1,199 dan MC-SBV01 pula dijual pada harga RM699.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Panasonic Malaysia.

Kategori Pembersih Vakum Utama: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner.html

SB85: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner/stick-type/mc-sb85kh047.html

SB30: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner/stick-type/mc-sb30jw147.html

SBV01: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaner/stick-type/mc-sbv01w147.html

Mengenai Muncung Bebas Kekusutan: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaners-learn/article/say-good-bye-to-tangling-of-long-hair-and-pet-hair.html

Mengenai Sensor Habuk Rumah: https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/vacuum-cleaners-learn/article/what-is-house-dust-how-to-reduce-dust-in-your-house.html

MENGENAI PANASONIC

Panasonic Corporation ialah pemimpin global yang membangunkan teknologi dan penyelesaian inovatif untuk pelbagai aplikasi dalam sektor elektronik pengguna, perumahan, automotif dan B2B. 

Syarikat ini, yang meraikan ulang tahun ke-100 pada 2018, mempunyai 522 anak syarikat dan 69 syarikat bersekutu di seluruh dunia dan melaporkan jualan bersih disatukan berjumlah 6,698.8 bilion yen untuk tahun berakhir 31 Mac 2021. Bertekad untuk menjana nilai baharu menerusi inovasi berasaskan kerjasama, syarikat memanfaatkan teknologinya untuk membina kehidupan lebih baik dan dunia lebih menarik bagi pelanggan. 

Layari https://www.panasonic.com/global untuk maklumat lanjut tentang Panasonic.

MENGENAI PANASONIC MALAYSIA 

Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran bagi produk elektrik dan elektronik jenama Panasonic, termasuk produk audiovisual, perkakas rumah, pendingin udara, kualiti udara dalaman, perniagaan solar, kamera digital & video, kelengkapan penyiaran profesional, penyelesaian sistem, telekomunikasi, kesihatan penjagaan kecantikan, bateri dan lampu. 

Semua produk Panasonic boleh didapati menerusi wakil-wakil penjual sah kami di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang jenama dan produk, kunjungi laman web kami di www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-7953 7600.

Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Rawlins baru lepas beli a new vacuum, wired plak tu. Kalau tau pasal ni awal, boleh beli sebab wireless dan senang nak bersihkan bulu-bulu anak bulus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kita tahu lambat sikit je. Hahahahhaa

      Padam
  2. Waaa yang model ni lagi kuat sedutan dia yaa.. Sis ada juga tapi kalau bezakan spesikasi, yang ni lebih bagus sikit ni.. nak survey gak laaa, beli satu lagi buat spare..

    BalasPadam
  3. i love everything about this vacuum! from the beautiful white colour to all the amazing features. cant wait to get one for my home to ease my cleaning process!

    BalasPadam
  4. Senangkan bila pakai cordless vacuum, my favourite juga bila kemas rumah guna vacuum macam ni... semua tempat boleh reach! This is an upgrade version ya! Boleh usha la since the one yang I ada pun dah ada problem sikit..

    BalasPadam
  5. teknologi jepun jarang menghampakan.. teringin nak dapatkan satu.. skrg usim covid kena ec=xtra jaga kebersihan rumah

    BalasPadam
  6. Tini pun suka guna pembersih vakum tanpa wayar macam ni. Mudah lagi memudahkan. Tini suka betul part berus unik berbentuk V yang mengumpulkan habuk dengan cekap sebab selalu ada habuk kat area yang terpencil, terperosok ke dalam. Boleh la check it out nanti.

    BalasPadam
  7. Selalunya kalau vacum cordless macam ni mesti ada masalah sedutan tak cukuo kuat, yg ni tengok 100W okay la kot kan.

    BalasPadam
  8. Suka laaa tengok design nya yang simple, ringan dan mudah digunakan. Sure my kids boleh handle dan bantu kemas rumah. Anak-anak dok request vacuum yang ringan cordless macam ni. Save save masuk wishlist!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !