KUALA LUMPUR, 22 September 2026 — Daripada hampir 26,000 penyertaan, 21 finalis dan akhirnya hanya satu kunci yang menentukan segalanya. Salamiyah binti Mohamad muncul sebagai pemenang utama Grand Finale Peraduan “Jom Balik Kampung bersama SOGO & Bank Islam” 2026, sekali gus membawa pulang sebuah Perodua Traz 1.5H 2T (D-CVT) bernilai RM82,000.
Memasuki tahun kedua kerjasama antara SOGO dan Bank Islam, kempen yang berlangsung dari 20 Februari hingga 31 Mei 2026 itu menerima hampir 26,000 penyertaan daripada empat cawangan SOGO iaitu SOGO Kuala Lumpur; SOGO Central i-City, Shah Alam; SOGO Mayang Mall, Kuala Terengganu; serta SOGO The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Untuk melayakkan diri, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM150 dalam satu resit. Ahli SOGO menerima satu penyertaan, manakala pemegang Bank Islam i-Card mendapat dua penyertaan.
Daripada ribuan penyertaan tersebut, seramai 21 finalis terpilih untuk berentap secara langsung pada acara Grand Finale yang berlangsung pada 22 September 2026 dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai lebih RM189,000.
Debaran bermula menerusi cabaran pertama, “Peel-2-Advance”.
Kesemua 21 finalis perlu menggores pelekat pada emblem berbentuk kereta bagi mendedahkan nombor tersembunyi. Enam peserta yang memperoleh nombor tertinggi berjaya mara ke pusingan akhir.
Baki 15 finalis pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima hadiah saguhati berupa baucar SOGO bernilai RM2,000.
Enam finalis seterusnya berdepan cabaran penentu, “Key-2-Victory”.
Mengikut turutan keputusan daripada pusingan pertama, setiap finalis perlu memilih satu kunci daripada papan permainan sebelum menariknya keluar bagi mendedahkan panjang sebenar kunci tersebut. Setelah dipilih, keputusan tidak boleh diubah.
Finalis yang memperoleh kunci paling panjang akan dinobatkan sebagai pemenang utama.
Detik penuh debaran itu akhirnya menjadi milik Salamiyah binti Mohamad, apabila beliau muncul sebagai pemenang Grand Prize dan membawa pulang Perodua Traz 1.5H 2T (D-CVT) bernilai RM82,000.
Lima finalis lain masing-masing memenangi Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i) bernilai RM15,000, iaitu:
Kempen “Jom Balik Kampung bersama SOGO & Bank Islam” turut meneruskan tradisi SOGO yang telah berlangsung lebih sedekad dalam menawarkan hadiah kenderaan kepada pelanggan sempena musim perayaan.
Kerjasama SOGO dan Bank Islam yang memasuki tahun kedua ini mencerminkan usaha kedua-dua organisasi untuk memberikan nilai tambah, ganjaran bermakna serta pengalaman membeli-belah yang lebih menarik kepada pelanggan di Malaysia.
SOGO turut komited untuk terus membawakan lebih banyak kempen dan pengalaman menarik buat pelanggan pada masa akan datang.

21 FINALIS BERENTAP DALAM “PEEL-2-ADVANCE”
Debaran bermula menerusi cabaran pertama, “Peel-2-Advance”.
Kesemua 21 finalis perlu menggores pelekat pada emblem berbentuk kereta bagi mendedahkan nombor tersembunyi. Enam peserta yang memperoleh nombor tertinggi berjaya mara ke pusingan akhir.
Baki 15 finalis pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima hadiah saguhati berupa baucar SOGO bernilai RM2,000.
SATU KUNCI TENTUKAN PEMENANG PERODUA TRAZ
Enam finalis seterusnya berdepan cabaran penentu, “Key-2-Victory”.
Mengikut turutan keputusan daripada pusingan pertama, setiap finalis perlu memilih satu kunci daripada papan permainan sebelum menariknya keluar bagi mendedahkan panjang sebenar kunci tersebut. Setelah dipilih, keputusan tidak boleh diubah.
Finalis yang memperoleh kunci paling panjang akan dinobatkan sebagai pemenang utama.
Detik penuh debaran itu akhirnya menjadi milik Salamiyah binti Mohamad, apabila beliau muncul sebagai pemenang Grand Prize dan membawa pulang Perodua Traz 1.5H 2T (D-CVT) bernilai RM82,000.
Lima finalis lain masing-masing memenangi Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i) bernilai RM15,000, iaitu:
- Mohd Safari bin Hamizan
- Noraini binti Ismail
- Nur Hidayah binti Shamsuddin
- Tan May Wah
- Tuan Mohd Alwafi