PUTRAJAYA, 7 Julai 2026 – Setiap kali tiba musim Piala Dunia, pasti ramai yang mula berbincang tentang pasukan pilihan masing-masing. Ada yang setia menyokong Brazil, Argentina, England atau Perancis. Saya pula? Jangan gelak ya… saya memang sokong Norway sebab seorang pemain sahaja – Erling Haaland! 😂🇳🇴
Walaupun bukan semua negara berjaya melangkah jauh dalam setiap kejohanan, aura bola sepak tetap berjaya menyatukan peminat dari seluruh dunia. Menariknya, kemeriahan itu kini bukan sahaja boleh dirasai ketika menonton perlawanan di televisyen, malah turut dibawakan ke pusat beli-belah menerusi pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.
Bersempena musim bola sepak yang paling dinanti-nantikan, Alamanda Shopping Centre tampil menganjurkan kempen Bola Bola Alamanda yang berlangsung dari 3 hingga 19 Julai 2026, menawarkan pengalaman bertemakan bola sepak yang menyeronokkan kepada semua lapisan masyarakat.
Antara aktiviti yang boleh dicuba ialah:
Bagi saya, konsep seperti ini memang menyeronokkan kerana ia bukan sekadar tempat membeli-belah. Sebaliknya, pengunjung dapat meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati pelbagai cabaran bertemakan bola sepak.
Pendekatan ini menjadikan Alamanda bukan sahaja destinasi membeli-belah, malah lokasi yang sesuai untuk ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak sepanjang hujung minggu atau musim cuti sekolah.
Dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit di kedai-kedai terpilih, pengunjung layak menerima satu Pas Bola Bola Experience.
Malah, mereka yang berbelanja RM500 (maksimum dua resit) akan menerima dua Pas Bola Bola Experience, peluang menyertai peraduan Teka Bola Bola, selain berpeluang memutar mesin Gashapon untuk memenangi jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.
Antara tarikan utama ialah 40 Mystery Boxes yang dihiasi dengan bendera negara-negara Piala Dunia. Pengunjung yang layak boleh memilih salah satu kotak misteri untuk mengetahui hadiah yang dimenangi secara serta-merta.
Turut diadakan ialah Penalty Shootout Challenge hasil kerjasama bersama Al-Ikhsan pada 10–11 Julai dan 17–18 Julai 2026. Peserta diberikan tiga percubaan untuk menjaringkan gol, dan mereka yang berjaya akan membawa pulang baucar membeli-belah Al-Ikhsan bernilai RM10.
Melalui Mesra Mall's Shoppers Rewards Programme, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam maksimum dua resit juga berpeluang memenangi hadiah harian termasuk Baucar RM30, Baucar RM500 dan hadiah utama Golden Ticket bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Membeli-belah Mesra Mall.
Sama ada melalui aktiviti sukan dan program keluarga di Alamanda ataupun pengalaman cabutan misteri di Mesra Mall, matlamat utama adalah menyediakan aktiviti yang mampu dinikmati oleh semua peringkat umur.
Kalau anda mempunyai anak-anak yang meminati bola sepak, atau sekadar ingin mencuba pelbagai permainan interaktif sambil membeli-belah, Bola Bola Alamanda dan The Golden Ticket Mesra Mall memang antara destinasi yang menarik untuk dikunjungi sepanjang Julai ini.
Dan kalau anda terserempak saya di Alamanda nanti... jangan lupa tegur ya! Mana tahu saya sedang sibuk mencuba cabaran bola sepak sambil berharap Norway dan Haaland terus mencipta kejutan di pentas dunia. 😆⚽🇳🇴
Kempen: Bola Bola Alamanda
Tarikh: 3 – 19 Julai 2026
Lokasi: Alamanda Shopping Centre, Putrajaya
Kempen: The Golden Ticket
Tarikh: 4 – 19 Julai 2026
Lokasi: Mesra Mall, Kemaman, Terengganu
Walaupun bukan semua negara berjaya melangkah jauh dalam setiap kejohanan, aura bola sepak tetap berjaya menyatukan peminat dari seluruh dunia. Menariknya, kemeriahan itu kini bukan sahaja boleh dirasai ketika menonton perlawanan di televisyen, malah turut dibawakan ke pusat beli-belah menerusi pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.
Bersempena musim bola sepak yang paling dinanti-nantikan, Alamanda Shopping Centre tampil menganjurkan kempen Bola Bola Alamanda yang berlangsung dari 3 hingga 19 Julai 2026, menawarkan pengalaman bertemakan bola sepak yang menyeronokkan kepada semua lapisan masyarakat.
Centre Court Bertukar Menjadi Arena Bola Sepak
Sebaik sahaja melangkah ke Centre Court Alamanda, pengunjung akan disambut dengan suasana yang diilhamkan daripada stadium bola sepak. Ruang utama pusat beli-belah ini telah diubah menjadi sebuah arena interaktif yang menggabungkan elemen sukan, hiburan dan pengalaman digital dalam satu lokasi.Antara aktiviti yang boleh dicuba ialah:
- PUMA Dribble Challenge
- E-Football Arena
- Shoot! Goal!
- Bench Battle
- 360° Celebration Cam untuk merakam aksi sambutan gol dalam video slow-motion yang cukup menarik untuk dikongsikan di media sosial.
Aktiviti VIKids Jadikan Alamanda Lebih Mesra Keluarga
Apa yang paling menarik perhatian saya ialah fokus Alamanda terhadap aktiviti kekeluargaan. Kanak-kanak turut diberikan ruang untuk merasai keseronokan bola sepak menerusi aktiviti mini VIKids yang disediakan khas sepanjang kempen berlangsung.Pendekatan ini menjadikan Alamanda bukan sahaja destinasi membeli-belah, malah lokasi yang sesuai untuk ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak sepanjang hujung minggu atau musim cuti sekolah.
Beli-belah Sambil Rebut Pelbagai Ganjaran
Selain aktiviti interaktif, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menerusi Alamanda's Shoppers Rewards Programme.Dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit di kedai-kedai terpilih, pengunjung layak menerima satu Pas Bola Bola Experience.
Malah, mereka yang berbelanja RM500 (maksimum dua resit) akan menerima dua Pas Bola Bola Experience, peluang menyertai peraduan Teka Bola Bola, selain berpeluang memutar mesin Gashapon untuk memenangi jersi bola sepak atau e-Baucar Alamanda.
Mesra Mall Kembali Dengan Kempen The Golden Ticket
Bukan Alamanda sahaja yang meraikan musim bola sepak tahun ini. Di Pantai Timur, Mesra Mall Kemaman turut memperkenalkan semula kempen popular The Golden Ticket yang berlangsung dari 4 hingga 19 Julai 2026 dengan konsep Piala Dunia yang lebih segar dan mengujakan.Antara tarikan utama ialah 40 Mystery Boxes yang dihiasi dengan bendera negara-negara Piala Dunia. Pengunjung yang layak boleh memilih salah satu kotak misteri untuk mengetahui hadiah yang dimenangi secara serta-merta.
Turut diadakan ialah Penalty Shootout Challenge hasil kerjasama bersama Al-Ikhsan pada 10–11 Julai dan 17–18 Julai 2026. Peserta diberikan tiga percubaan untuk menjaringkan gol, dan mereka yang berjaya akan membawa pulang baucar membeli-belah Al-Ikhsan bernilai RM10.
Melalui Mesra Mall's Shoppers Rewards Programme, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam maksimum dua resit juga berpeluang memenangi hadiah harian termasuk Baucar RM30, Baucar RM500 dan hadiah utama Golden Ticket bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Membeli-belah Mesra Mall.
Pengalaman Yang Menyatukan Komuniti
Menurut Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn. Bhd., kedua-dua kempen ini direka bagi memberikan pengalaman yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna kepada komuniti sepanjang musim bola sepak.Sama ada melalui aktiviti sukan dan program keluarga di Alamanda ataupun pengalaman cabutan misteri di Mesra Mall, matlamat utama adalah menyediakan aktiviti yang mampu dinikmati oleh semua peringkat umur.
Jom Rasai Demam Bola Sepak Bersama Keluarga
Secara peribadi, saya memang suka apabila pusat beli-belah menganjurkan kempen seperti ini. Ia bukan sekadar menawarkan promosi membeli-belah, tetapi turut menggalakkan aktiviti bersama keluarga dalam suasana yang menyeronokkan.Kalau anda mempunyai anak-anak yang meminati bola sepak, atau sekadar ingin mencuba pelbagai permainan interaktif sambil membeli-belah, Bola Bola Alamanda dan The Golden Ticket Mesra Mall memang antara destinasi yang menarik untuk dikunjungi sepanjang Julai ini.

.jpg)