Kunafa Aiwahhh Penaja Utama Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Perkukuh Perancangan Di Tiga Lokasi

Kuala Lumpur, 23 Februari 2026 – Festival raya ikonik tanah air, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali untuk tahun kelima dengan skala lebih besar dan perancangan yang semakin tersusun. Tahun ini menyaksikan Kunafa Aiwahhh tampil sebagai Penaja Utama bagi ketiga-tiga lokasi penganjuran iaitu Brunei, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai Expo Festival Raya terbesar di Malaysia pada 2024, ABxFGR terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama usahawan tempatan serta destinasi persiapan raya pilihan ramai. 

Kunafa Aiwahhh Penaja Utama Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Perkukuh Perancangan Di Tiga Lokasi

Jelajah Tiga Lokasi, Skala Semakin Besar


ABxFGR 2026 akan membuka tirai di:

  • BRIDEX Convention Centre, Brunei (27 Februari – 1 Mac 2026) 
  • PICCA Convention Centre, Pulau Pinang (6 Mac – 8 Mac 2026) 
  • Kemuncak 66 jam tanpa henti di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur (13 Mac – 16 Mac 2026) 

Acara di MITEC dijangka menghimpunkan 750 tapak reruai, lebih 70 vendor F&B serta anggaran 2.95 juta pengunjung sepanjang 66 jam penganjuran tanpa henti bermula jam 12.00 tengah hari pada 13 Mac 2026 sehingga jam 6.00 pagi pada 16 Mac 2026 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

“Skala penganjuran ABxFGR 2026 ini telah diperluaskan ke Brunei dan Pulau Pinang dan turut diperbesarkan dengan penambahan ruang pameran bagi menempatkan lebih banyak tapak reruai di acara kemuncak di MITEC, KL nanti. Jadi, kami amat menghargai sokongan barisan penganjur pada tahun ini dalam merealisasikan impian kami untuk menembusi pasaran baru di peringkat antarabangsa serta bahagian utara Malaysia.” kata Encik Nur Ali Nadzwan, Pengarah Urusan Absolut Events & Management.

Perancangan Teliti: Keselamatan, Logistik & Keselesaan Diutamakan


Sesi Partners Introduction & Exhibitor Briefing yang berlangsung di MITEC jelas kelihatan perancangan acara disusun dengan sangat terperinci oleh pihak penganjur bersama My Events International dan Absolut Events & Management. Masuk tahun kelima penganjuran, aspek keselamatan, pengurusan logistik serta keselesaan pengunjung terus menjadi keutamaan. 

Antara penambahbaikan utama termasuk: 
  • Pembukaan ruang tambahan di Level 2 khusus untuk kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan OKU
  • Penyediaan Kids Activity Zone dan reruai barangan kanak-kanak 
  • Penambahan sokongan telco dan WiFi bagi mengelakkan gangguan transaksi waktu puncak 

Langkah ini diambil susulan pengalaman transaksi tergendala sekitar tengah malam pada edisi terdahulu akibat jumlah pengunjung yang terlalu ramai.

Penglibatan SME Semakin Meningkat


ABxFGR terus menjadi platform penting kepada usahawan kecil dan perniagaan dalam talian. Dengan kadar penyertaan bermula sekitar RM4,500 satu reruai, peluang terbuka luas kepada SME untuk berkembang dalam ekosistem festival berskala besar.

Sejak 2022, ABxFGR telah merekodkan:

  • RM61.5 juta hasil jualan terkumpul 
  • 2,432 tapak rerurai
  • 7.96 juta pengunjung 
  • 334 vendor F&B
  • Lebih 400 selebriti terlibat
  • 125 rakan penaja
  • Lebih 3,500 usahawan dan 700 jenama tempatan 
“Pencapaian-pencapaian yang dicapai sepanjang penganjuran ini telah mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai Festival Raya yang paling ikonik dan pilihan utama pengunjung di Malaysia, di samping memberi impak positif kepada ekonomi negara serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME). 

Di samping itu, sebagai hentian antarabangsa pertama bagi acara ini, Brunei Darussalam menjadi fokus strategik bagi memperluaskan capaian jenama acara ABxFGR serta meraih potensi pasaran baharu di negara tersebut.” kata Datin Wira Sabrina, Pengarah dan Pengasas My Events International

Tarikan Interaktif & Kaedah Pembayaran Fleksibel


Selain jualan persiapan raya, pengunjung turut disajikan pengalaman interaktif seperti Human Claw Machine atau Cengkaman Lebaran di Kuala Lumpur.

Bagi memudahkan urusan pembelian, ABxFGR 2026 turut menampilkan kemudahan Buy Now, Pay Later menerusi SPayLater sebagai kaedah pembayaran rasmi BNPL. Inisiatif ini memberi fleksibiliti kepada pengunjung untuk mengurus aliran tunai dengan lebih terancang menjelang Aidilfitri.

Sokongan Padu Rakan Penaja


Pihak penganjur turut memperkenalkan barisan rakan penaja di mana ABxFGR akan dimaniskan oleh Kunafa Aiwahhh, diikuti SPayLater sebagai Kaedah Pembayaran BNPL Rasmi, Bank Rakyat sebagai Bank Rasmi, Power Root sebagai Minuman Eksklusif, Cik B Salmon Skin sebagai Rangupan Rasmi, Sugar Bomb sebagai Wangian Rasmi, REV Media Group sebagai Media Rasmi dan Ombak Exclusive selaku Percetakan Rasmi bagi acara ini.

ABxFGR 2026 juga diserikan dengan rakan penaja yang lain seperti Beauboss, Wardah, Kahf, Siti Khadijah, NIMS, Varisha Collection, Keyes Bakehouse, Seri Bako, Opai Fragrance, HABIB, Cheetah dan Pure Lab.

Kunafa Aiwahhh Penaja Utama Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Perkukuh Perancangan Di Tiga Lokasi
Kunafa Aiwahhh Penaja Utama Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Perkukuh Perancangan Di Tiga Lokasi

Kunafa Aiwahhh Penaja Utama Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Perkukuh Perancangan Di Tiga Lokasi
Dari kiri, Wakil Habib Ya Salam, Wakil Shopee SPayLater, Puan Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab @ Nadiyah Shahab; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd, Encik Nur Ali Nadzwan @ Ben Ali; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd, Encik Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli @ Ojenn Aiwahhh; Pengasas Kunafa Aiwahhh dan Encik Ahmad Azhari Rosli @ Boss A; Pengasas SugarBomb


Menurut Ojenn Aiwahhh, Pengasas Kunafa Aiwahhh“Keyakinan terhadap jenama ABxFGR dibina melalui laporan pencapaian tahunan serta komitmen penganjur dalam memastikan kelancaran acara berskala besar. Tahun ini, Kunafa Aiwahhh bakal membuka beberapa reruai bagi mengurangkan kesesakan serta memperkenalkan perisa baharu kepada pengunjung. Perisa baharu merupakan perisa ke sepuluh Kunafa Aiwahhh selepas Original, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Red Velvet, Biscoff, Coklat Oreo, Hazelnut Nutella, Madu 3 dan Mangga 5. 

Sebagai Penaja Utama, Kunafa Aiwahhh bukanlah jenama yang muncul dalam sekelip mata. Ditubuhkan pada tahun 2022 sebagai perniagaan kecil yang bermula dengan jualan kunafa secara dalam talian, jenama ini berkembang hasil konsistensi kualiti, strategi pemasaran digital yang agresif serta sokongan pelanggan yang setia. 

Dari hanya sebuah operasi berskala kecil, Kunafa Aiwahhh kini mempunyai rangkaian cawangan dan kapasiti produksi yang lebih tersusun, sekali gus membolehkan mereka melangkah sebagai penaja utama festival berskala besar. Perjalanan ini mencerminkan realiti dunia keusahawanan bahawa pertumbuhan jenama memerlukan masa, risiko dan pelaburan semula keuntungan sebelum mampu berada di tahap sekarang.

Kukuhkan Jenama, Perluas Capaian


Peluasan ke Brunei sebagai hentian antarabangsa pertama dan ke Pulau Pinang sebagai destinasi utara Malaysia membuktikan ABxFGR kini berkembang melangkaui pasaran tradisi Kuala Lumpur.

Dengan perancangan teliti, sokongan penaja kukuh dan penambahbaikan menyeluruh setiap tahun, ABxFGR 2026 dilihat bukan sekadar festival raya, tetapi sebuah ekosistem perniagaan dan pengalaman membeli-belah yang semakin matang.


Terbaru Lebih lama