Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Ramadan bukan sekadar tentang hidangan berbuka, tetapi juga tentang ruang untuk berehat, menyusun rutin ibadah dan meluangkan masa bersama keluarga tanpa tergesa-gesa. Bagi mereka yang inginkan pengalaman Ramadan yang lebih tenang dan tersusun, Pakej Penginapan Ramadan di Mercure Living Putrajaya menawarkan alternatif yang praktikal dan selesa.

Sebagai penginapan berkonsep serviced apartment yang masih baharu (mula beroperasi sekitar 2024), Mercure Living Putrajaya sesuai untuk pasangan mahupun keluarga kecil yang menghargai ruang, privasi dan keselesaan.

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Apa Itu Pakej Iftar Staycation Ramadan Di Mercure Living Putrajaya?


Pakej ini dikenali sebagai “Iftar Staycation @ Mercure – Pakej Bilik Ramadan” dan ditawarkan pada harga bermula RM400+ per bilik / malam.

Pakej Ini Termasuk:
🏡 Penginapan di Apartment 1-Bilik
🍽 Bufet Berbuka Puasa (Iftar) untuk 2 tetamu
🌙 Bufet Sahur untuk 2 tetamu


Semua kemudahan ini dinikmati di bawah satu bumbung — tanpa perlu keluar mencari makanan atau berkejar dengan masa berbuka.

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Flow Penginapan: Bagaimana Pakej Ini Digunakan Dalam Kehidupan Sebenar


Berdasarkan pengalaman menginap di Mercure Living Putrajaya, flow pakej ini sangat mudah dan sesuai untuk Ramadan.

Check-in 3 Petang

Selepas daftar masuk, tetamu boleh terus berehat di bilik. Konsep apartment memberikan ruang yang lebih luas berbanding bilik hotel biasa, menjadikan suasana lebih selesa dan tidak sempit. 

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Waktu Berbuka

Menjelang waktu berbuka, tetamu hanya perlu turun ke restoran Volcano Shabu Shabu & Grill by Mercure Living Putrajaya di tingkat UP untuk menikmati bufet Ramadan. Tiada keperluan untuk memandu keluar atau mencari parkir. Ia satu kelegaan terutamanya selepas hari yang panjang. 

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa
 

Malam Ramadan

Selesai berbuka, tetamu boleh kembali ke bilik untuk berehat. Suasana yang tenang membantu badan dan minda ‘slow down’, sesuai untuk keluarga atau pasangan yang ingin berehat awal.

Sahur Tanpa Tekanan

Waktu sahur menjadi lebih mudah. Tetamu hanya perlu bangun dan turun ke restoran untuk menikmati bufet sahur sebelum kembali berehat. Flow ini menjadikan Ramadan lebih teratur, tanpa tekanan dan tanpa keletihan yang berlebihan. 

Check-out 12 Tengahari

Selesai Iftar Staycation pada hari yang anda inginkan. Anda pastu merindui kenangan ini 

Kenapa Konsep Apartment Sangat Sesuai Untuk Ramadan?


Berbanding penginapan hotel biasa, konsep apartment memberikan beberapa kelebihan:

  • Ruang tamu berasingan 
  • Meja makan 
  • Susun atur lebih lapang 
  • Suasana lebih ‘homey’ 
Ini menjadikan pengalaman Ramadan lebih selesa, terutama untuk mereka yang menghargai ruang dan ketenangan.

Pakej Iftar Staycation @ Mercure ditawarkan untuk Apartment 1-Bilik. Pengalaman Ruby menginap di unit yang lebih besar membantu memberi gambaran tentang keselesaan, susun atur ruang dan suasana penginapan yang turut boleh dinikmati oleh tetamu.
  • Pasangan yang ingin Ramadan lebih tenang 
  • Keluarga kecil yang tidak mahu berkejar waktu berbuka 
  • Mereka yang bekerja dan mahu berbuka tanpa stress 
  • Penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Klang 

Ia sesuai untuk mereka yang ingin menikmati Ramadan dengan lebih perlahan, tersusun dan bermakna.

Pakej Iftar Staycation Di Mercure Living Putrajaya: Penginapan Tenang Untuk Sahur & Berbuka Puasa

Tempoh Tempahan & Penginapan

Tempoh Tempahan:
🗓 15 November 2025 – 19 Mac 2026
Tempoh Penginapan:
🗓 21 Februari 2026 – 19 Mac 2026

📞 Tempahan Bilik: +603 8861 9299

Tertakluk kepada terma & syarat. Harga tidak termasuk servis caj dan lain-lain cukai.

Jika anda mencari pengalaman Ramadan yang lebih tenang, tanpa perlu keluar mencari makanan, tanpa tergesa-gesa dan dengan ruang untuk benar-benar berehat. Pakej Iftar Staycation di Mercure Living Putrajaya adalah satu pilihan yang wajar dipertimbangkan. 

ruby.my Editorial Team

ruby.my ialah portal media bebas berbahasa Melayu, melaporkan Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Libur, Halal, Komuniti dan Korporat di Malaysia. Kami menekankan fakta, keseimbangan, dan storytelling sopan untuk pembaca Malaysia.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال