Dari jauh sayup-sayup dengar Muaz Textiles, Textiles, Textiles, Textiles. Hahaha. Jadi terngiang-ngiang tau. Inilah jingle zaman kita dulu. Zaman kami nak menutup aurat, mula belajar pakai tudung, kemudian pakaian raya dan pakaian ke universiti. Seterusnya pakaian kerja di pejabat. Semua dari Muaz. Tak sangka ya, Ruby pun sebahagian dari sejarah Muaz. Bila tengok Muaz Emporium lancar Muaz Exclusive. Siap ada duta! Perasaan bangga dan gembira semua bercampur. Tahniah pasukan Muaz!
Terima kasih banyak-banyak! Masih segar melangkah ke kedai Muaz di Jalan TAR yang masuk underground tu. Menyelam pakaian, ikut trend nak tudung stail apa pun ada di Muaz Textile. Menyelam kami dulu, barang-barang tak bersepah di atas lantai. Kami letak balik dekat longgokan yang sama tau. Paling best, staff tak kacau pun masa mencari pakaian. Lepas tu juruwang Muaz ni super laju! Tekan tekan mesin, bagi tahu harga dan kami bayar. Laju! Kenangan dengan Muaz Emporium ni InsyaAllah diteruskan sampai akhir hayat Ruby. Tuan Muaz janji takkan naik harga. Walau kedai dah bertukar wajah. Lebih selesa dan lebih luas.
Muaz Exclusive: Permulaan Era Baharu
Jenama Muaz Exclusive diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang tidak putus menyokong sejak tiga dekad lalu. Lebih 100 koleksi pakaian eksklusif dengan lebih 30 pilihan warna ditampilkan, merangkumi Baju Melayu, Baju Kurung dan Abaya dengan sentuhan manik serta kerawang mewah.
Menariknya, harga sepasang Baju Melayu bermula serendah RM97.80 membuktikan bahawa “Eksklusif Tak Semestinya Mahal”.
Duta Rasmi: Wajah Baharu Muaz Exclusive
Buat julung kalinya, Muaz melantik duta rasmi jenama. Dato’ Aaron Aziz dan Siti Saleha dipilih sebagai wajah Muaz Exclusive.
Dato’ Aaron Aziz menyifatkan Baju Melayu koleksi ini sangat selesa dan berkualiti, selain gembira dapat bekerjasama dengan Tuan Muaz yang fleksibel. Siti Saleha, yang menerima tawaran duta ketika hamil, tertarik dengan material yang selesa, cantik dan tampak mewah.
Acara Pelancaran Penuh Meriah
Falsafah Perniagaan Muaz
Menurut Tuan Muaz, Muaz Exclusive bukanlah tentang persaingan. Sebaliknya, ia adalah cara meraikan industri fesyen tempatan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati fesyen premium pada harga mampu milik.
Muaz Exclusive — “Eksklusif Tak Semestinya Mahal”
0 Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.