Assalammualaikum semua! Ella, Ratu Rock Malaysia, meraikan 30 tahun Ella USA di Arena of Stars pada 17 Mei 2025, jam 8:30 malam, dengan sebuah konsert yang mengagumkan bagi meraikan tiga dekad kejayaan album ikoniknya, Ella USA. Digelar “Ratu Rock Malaysia” kerana pengaruh besar dalam muzik rock tempatan sejak era 1980-an. Memulakan kerjaya muzik pada tahun 1983 dan masih aktif hingga kini. Buat anda yang merindui nostalgia zaman kegemilangan muzik rock dan suara unik Ella, inilah masanya untuk anda dapatkan tiket ke Konsert Ella USA!
KONSERT ELLA USA MERAIKAN 30 TAHUN RATU ROCK MALAYSIA
Ella USA, yang diterbitkan pada tahun 1994, merupakan pencapaian besar Ella dalam industri muzik Malaysia dan yang menjadikan Ella sebagai seorang penyanyi wanita tempatan dengan album terlaris dalam sejarah muzik Malaysia. Ia menampilkan kerjasama dengan pemain gitar lagenda iaitu pemain gitar Jepun, Kyoji Yamamoto, yang berperanan sebagai penerbit, penulis lagu, dan pemuzik. Penuh dengan lagu-lagu terkenal, album ini tetap menjadi salah satu karya utama dalam sejarah muzik tempatan.
Lebih 10 album dan ribuan tiket persembahan laris dijual di seluruh Asia, konsert istimewa ini akan menyaksikan Ella tampil di puncak kegemilangannya, mempersembahkan lagu-lagu ikonik dari Ella USA bersama koleksi lagu hit terbaiknya. Dikenali dengan auranya yang memukau dan karisma yang menawan, konsert pertama Ella pada tahun 2025 ini dijangka menjadi acara penuh makna, menghargai sumbangan kerjayanya dan legasi yang kekal.
Tiket untuk konsert penuh bersejarah ini dijual pada harga dari RM389 (VIP), RM349 (PS1), RM269 (PS2), RM189 (PS3) dan RM99 (PS4). Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja.
Dapatkan tiket anda dan maklumat lanjut di rwgenting.com.
إرسال تعليق
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.