AMBANK LANCAR ILUSTRASI LED UNTA TERBESAR DATO' LAT DI BANGUNAN AMBANK GROUP

Assalammualaikum semua! Ramai orang fikir bank hanya tempat simpan duit atau membuat pinjaman. Namun sebenarnya, institusi kewangan AmBank memainkan peranan besar dan ‘senyap’ dalam membina masa depan negara. AmBank berkembang seiring dengan Malaysia sejak 1975. 

Ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai Arab-Malaysian Development Bank. Peranan awal adalah dalam membiayai pembangunan infrastruktur negara. Kemudian berkembang kepada servis perbankan runcit, pelaburan, dan insurans. Perubahan jenama dan penyatuan pelbagai anak syarikat menjadikan AmBank Group pada hari ini. 

Kejayaan utama sepanjang lima dekad beroperasi adalah AmBank sentiasa mengeluarkan produk inovatif dan menerima banyak anugerah industri kerana perkhidmatan AmBank Group yang cemerlang. Bersempena ulang tahun ke-50 AmBank Group, tema “Malaysia Kita” telah dilancaran dan ia sangat bertepatan dengan semangat perpaduan dan perjalanan negara.





Oleh kerana AmBank sedang meraikan ulang tahun ke-50, Ruby nak berkongsi maklumat berkenaan "Kepentingan Institusi Kewangan AmBank Dalam Pembangunan Negara". Tahukah anda bahawa peranan bank sangat besar? 

AmBank membekalkan modal kepada individu, perniagaan kecil, dan syarikat besar. Setuju kalau kita gelarkan AmBank enjin pertumbuhan ekonomi negara? Usahawan boleh mula perniagaan dengan pinjaman mikro. Syarikat besar membiayai projek-projek infrastruktur melalui pinjaman korporat. Rakyat boleh membeli rumah, kereta, atau melanjutkan pelajaran melalui pembiayaan. Tanpa institusi kewangan yang stabil dan proaktif, ekonomi tidak dapat bergerak lancar. Setuju?

Bank berfungsi sebagai tempat menyimpan wang yang sangat selamat yang pada hakikatnya mereka lebih dari itu. Mereka mengurus transaksi harian, seperti gaji, bayaran bil, dan pemindahan wang. Memberi pulangan faedah melalui akaun simpanan, deposit tetap, dan pelaburan. Bank juga menggalakkan tabiat menyimpan dan perancangan kewangan untuk jangka masa panjang. Apa yang penting ia sangat membantu kestabilan keluarga dan negara. AmBank mengurus, menyimpan dana rakyat dengan selamat. 

Bank seperti AmBank juga memperkenalkan produk khas untuk golongan berpendapatan rendah, wanita, atau komuniti luar bandar seperti skim pembiayaan mikro, pembukaan akaun simpanan tanpa yuran. Malah memberi pendidikan kewangan kepada masyarakat secara tidak langsung. Ini membantu mengurangkan jurang ekonomi dan memastikan lebih ramai rakyat boleh menyertai arus ekonomi.

Sedarkah anda bahawa AmBank pelopor dalam teknologi kewangan (fintech). Contoh yang rakyat mungkin tak sedar adalah aplikasi perbankan mudah alih yang menjimatkan masa. E-dompet dan sistem pembayaran tanpa tunai yang memudahkan urusan harian. Automasi dalam proses permohonan pinjaman, pembukaan akaun dan pelaburan. Inovasi ini bukan saja memudahkan rakyat, tapi menjadikan ekonomi lebih moden dan efisien. Tanpa kita sedar, kemudahan yang kita gunakan yang disediakan oleh AmBank memberi 1001 kepercayaan dalam sekuriti walau inovasi dan teknologi sentiasa berkembang kan? 

Semasa pandemik COVID-19, bank memainkan peranan penting dalam menangguhkan bayaran pinjaman (moratorium), menyalurkan bantuan khas kerajaan, enyokong perniagaan yang terjejas untuk terus bertahan dan institusi kewangan adalah ‘buffer’ yang membantu rakyat dan ekonomi pulih. AmBank menyonkong negara ketika krisis. Masihkah anda ingat?

Peranan AmBank dalam menyokong komuniti PKS, bantuan ketika pandemik, tanggungjawab sosial korporat (CSR). AmBank bukan sekadar bank, tapi sebahagian daripada perjalanan negara yang sentiasa peka kepada perkembangan teknologi, kemampanan, dan inklusiviti kewangan. Komitmen AmBank adalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. 


AMBANK LANCAR ILUSTRASI LED UNTA TERBESAR DATO' LAT DI BANGUNAN AMBANK GROUP BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-50 


Bersempena sambutan Ulang Tahunnya yang ke-50, Kumpulan AmBank mempersembahkan muka depan bangunannya yang diperbaharui, di ibu pejabat korporatnya – Bangunan AmBank Group, kini memaparkan ilustrasi LED yang bertenaga bagi maskot kesayangan bank itu, unta yang ikonik hasil sentuhan Dato’ Lat yang turut merupakan ilustrasi terbesar beliau.

Penghormatan visual yang menarik ini menandakan kesinambungan kerjasama bersejarah antara AmBank dan Dato’ Lat, yang mana ilustrasi unta lucunya telah sinonim dengan identiti Bank selama beberapa dekad.

AMBANK LANCAR ILUSTRASI LED UNTA TERBESAR DATO' LAT DI BANGUNAN AMBANK GROUP


Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat, Kumpulan AmBank berkata, "Melihat unta yang diubah suai oleh Dato’Lat bersinar di muka depan kaca ibu pejabat kami membawa kembali begitu banyak kenangan terindah. Bangunan itu telah menjadi saksi kepada pertumbuhan bank selama ini, yang ditakrifkan oleh ketekunan, inovasi dan dedikasi kami untuk meraikan kecemerlangan kami. Di kala kami menyambut Jubli Emas bank, saya amat bersyukur melihattransformasi luar biasa bank itu menjadi salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia.”

Bangunan AmBank Group terletak di Jalan Raja Chulan dan berdiri megah setinggi 26 tingkat. Menara berbentuk trapezoid itu dilancarkan secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1987. Dengan keanggunan tersendiri, menara ini terletak di persimpangan yang sibuk menghubungkan Jalan Raja Chulan dan Jalan P.Ramlee, memberikan pemandangan yang tidak terganggu pada muka depan kacanya.

Dari segi sejarah, Dato’ LAT telah ditugaskan untuk menghasilkan ilustrasi untuk iklan produk AmBank dari 1984 hingga 1991. Karya seni tersebut memberi penghormatan kepada pelbagai personaliti Kumpulan dan peristiwa yang berlaku semasa bank itu dikenali sebagai Arab-Malaysian dengan pendekatan yang santai, lucu dan ringan. Diceritakan semula dengan tema Ulang Tahun ke-50 AmBank ‘Malaysia Kita’, ilustrasi kerjasama baharu telah dihasilkan oleh Dato’ Lat yang merangkumi nilai-nilai perpaduan, kebersamaan dan kepelbagaian. Karya-karya baharu ini akan diterbitkan dalam beberapa minggu akan datang untuk dihayati dan dihargai oleh rakyat Malaysia.

Ikuti AmBank dalam meneruskan perayaan Ulang Tahun ke-50nya, membawa inisiatif yang merangkul semangat sebenar "Malaysia Kita".

PERADUAN POSE YOUR OOTD BERLATARBELAKANGKAN BANGUNAN AMBANK GROUP

Selain dari pelancaran Ilustrasi LED Unta baru di Bangunan AmBank Group, peraduan Pose Your OOTD turut dilancarkan. Hadiah menarik menangi para pemenang. 

Bersempena ulang tahun ke-50 AmBank Group dengan tema "Malaysia Kita" dan pertukaran ilustrasi unta di Bangunan AmBank Group (BAG), Peraduan Pose Your OOTD di Bangunan AmBank Group (BAG) sedang diakan!

Tempoh Peraduan: 1 Mei 2025 - 31 Mei 2025
Lokasi: Bangunan AmBank Group (BAG), Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

CARA PENYERTAAN


AMBANK LANCAR ILUSTRASI LED UNTA TERBESAR DATO' LAT DI BANGUNAN AMBANK GROUP BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-50


1. Ambil gambar kreatif anda dengan berlatarbelakangkan ilustrasi LED Unta AmBank di Bangunan AmBank Group. Pastikan anda menjaga keselamatan semasa mengambil gambar. 
2. Muat naik di Instagram dan tag @AmBankMY serta hashtag #AmBank50 #AmBankCelebrates50th #MalaysiaKita #OOTDBAG #AmBankCamel

HADIAH PERADUAN POSE YOUR OOTD



✨ Hadiah Utama: RM550 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set
✨ Hadiah Tempat Kedua: RM350 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set
✨ Tempat Ketiga: RM 250 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set
✨ Hadiah Saguhati (x5): RM150 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set

Semak akaun Instagram AmBankMY untuk maklumat lanjut.


"AmBank bukan sekadar tempat simpan duit. Ia adalah rakan pembangunan negara yang menyokong impian rakyat, memberi nafas kepada perniagaan, dan menjadi tunjang kestabilan ekonomi. Ia bekerja di belakang tabir untuk memastikan masa depan Malaysia lebih cerah, stabil dan inklusif. Happy 50th Anniversary AmBank! 🐪🐪🐪"


Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

أحدث أقدم