Lebih 300 hidangan tradisi, Nasi Kandar Saddam & Nasi Mandy, early bird RM118. World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) kembali menyambut Ramadan dengan bufet istimewa bertemakan “Laman Tradisi”, menawarkan pengalaman berbuka puasa penuh nostalgia dan citarasa Malaysia yang asli. Bufet ini berlangsung dari 7 hingga 28 Mac 2025, setiap hari dari jam 6 petang hingga 10 malam, di Legar Putra, Aras 2, dengan suasana selesa untuk semua pengunjung.
Briged Kulinari WTCKL yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih menyediakan lebih 300 jenis hidangan tradisi, termasuk lima rotasi menu unik. Para tetamu boleh menikmati juadah seperti Ikan Patin Tempoyak, Gulai Udang, Daging Rendang Minang, Kambing Goreng Berempah, Ketam Masak Kam Heong, Lala & Kerang Masak Sambal, Kupang Goreng Lada Hitam dan Sotong Sambal Petai.
Bagi penggemar hidangan yang klasik, Nasi Kandar Saddam kembali atas permintaan ramai, lengkap dengan Ayam Goreng Bawang, Daging Masak Hitam, telur rebus dan sayur pilihan. Turut disediakan Nasi Mandy dan pencuci mulut istimewa seperti Kunafa dari Mandy Al Yemen, memastikan pengalaman berbuka yang lazat dan berbeza setiap hari.
Selain itu, bufet ini menampilkan 16 gerai yang menyajikan sup berempah, kerabu, kambing panggang, masakan Barat, rojak, apam balik, kudapan serta pelbagai minuman segar. Tidak ketinggalan, Bubur Lambuk Istimewa WTCKL menjadi pilihan setia para tetamu sepanjang Ramadan.
Harga Bufet & Promosi Early Bird
WTCKL menawarkan promosi Early Bird pada harga RM118 nett seorang. Harga asal bufet adalah RM148 nett bagi dewasa, dan RM85 nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun serta warga emas 60 tahun ke atas. Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung di Restoran Riverside atau melalui pautan: Easy Store WTCKL.
Pilihan Pakej Kumpulan & Kemudahan Solat
Bagi majlis berbuka korporat atau kumpulan besar, WTCKL menyediakan pakej “Get Together” bermula RM158 nett seorang dengan minimum tempahan 200 pax. Pakej termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system, skrin LED dan surau khas.
Ruang solat yang selesa di Surau Ar-Rahman lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta Imam yang mengetuai solat Maghrib, Isyak dan Tarawih memastikan pengalaman berbuka dan beribadah yang tenang.
Raikan Ramadan Lebih Lestari Dengan Tiffin Carrier
Eksklusif tahun ini, WTCKL memperkenalkan Tiffin Carrier edisi terhad Ramadan untuk membawa pulang makanan bufet, bermula RM59 (3 tingkat, 12cm) dan RM79 (16cm). Tersedia dalam tiga corak eksklusif: Generic Series, Ramadan Series dan Batik Series, ia menjadikan bersahur di rumah sama lazatnya dengan hidangan di WTCKL.
Maklumat Tempahan
📧 Buffet Ramadan: [email protected]
📧 Tempahan korporat: [email protected]
☎️ +603 2614 6999 / +603 2614 6173
📱 WhatsApp: +6019 2678 960