Assalammualaikum semua! Wahhh rakyat Malaysia sememangnya terbaik! Fenomena terkini sedang berlaku! Jualan tiket Konsert GenKRU SOLD OUT! Baru beberapa hari pengumuman dan para peminat dah buat kerja awal-awal. Di saat Ticket2U buka untuk pembelian dalam talian. Zaaaaa SOLD OUT! Pastinya ini berita gembira dan mengujakan buat Norman, Yusry dan Edry. Tak sabar nak tonton Konsert GenKRU pada Mei 2025!
TIKET KONSERT GENKRU HARI KEDUA SOLD OUT DALAM MASA 45 MINIT
Icon Entertainment sekali lagi ingin mengucapkan jutaan dan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU hari kedua habis dijual dalam durasi 45 minit!
"Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’ , ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.
“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket hari pertama dan kedua akan mendapatkan kepuasan MAKSIMA pada dua-dua hari konsert itu kelak, ” tambah Iman.
Atas permintaan ramai , ICON ENTERTAINMENT telah mengumumkan tentang konsert hari kedua yang akan berlangsung pada 4 Mei 2025 dan tiket mula dijual pada 23 Disember 2024 mulai pukul 3 petang.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.