Assalammualaikum semua! Berita gembira buat semua generasi yang mendengar, menghafal dan mengikuti KRU! KRU kembali beraksi di pentas berprestij! Konsert KRU sendiri dan berskala besar! 2 hari berturut-turut di Axiata Arena, Bukit Jalil! Ruby teruja apabila mendengar pengumuman ini! Rindunya zaman remaja! Zaman kaset dan radio yang simple tetapi penuh dengan memori indah!
KRU bukan sahaja membawa muzik, tetapi mereka membawa legasi. Muzik, lirik, bahasa, fesyen dan mereka sangat ikonik. Kalau dapat jumpa 3 adik-beradik ni, Ruby memang akan tergamam. Starstrucks! KRU adalah jenama besar dalam industri hiburan tempatan. Perjalanan seni mereka amat membanggakan. Malah mereka juga melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi selepas tamat sekolah menengah.
Selain aktif di dalam industri seni, mereka telah menunjukkan bahawa pendidikan formal dan pengalaman praktikal boleh digabungkan untuk mencapai kejayaan dalam industri kreatif. Mereka bukan sahaja berjaya sebagai artis, tetapi juga sebagai usahawan dan peneraju dalam industri hiburan Malaysia.
KONSERT GENKRU BAKAL JADI SEBUAH LAGI SEJARAH EPIK MUZIK TEMPATAN
KRU, trio tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim mula menularkan virus dan revolusi sebuah kumpulan muzik dengan irama pop dan hip hop di Malaysia pada tahun 1992. Lebih dua dekad, pada saat banyak trio dan kugiran memasuki pasaran tempatan, KRU tidak pernah dilupakan. KRU adalah legenda sepanjang zaman.
Karya-karya KRU dari Mengerti, Apa Saja, Fanatik, Generasiku, Awas, Gadis Jelita, Terhangat Di Pasaran, Janji Tinggal Janji, Oh La La sehingga Di Dalam Dilema sentiasa lancar dinyanyikan.
Dan kini daripada hanya menyanyikan karya-karya KRU di bilik karaoke atau kamar mandi, buat julung kalinya ICON ENTERTAINMENT mencetak sejarah membawa KRU kembali menakluk semua peminat dengan sebuah konsert mega yang diluar jangka!
“Adalah menjadi penghormatan buat ICON ENTERTAINMENT mempersembahan KONSERT GENKRU kerana kredibiliti dan sejarah demi sejarah yang telah dicetak KRU sejak tahun 90-an sehingga membentuk gelombang muzik yang cukup berpengaruh kepada semua generasi sehingga kini. Saya sebenarnya telah merisik mereka dari 1 November 2022 lagi dan akhirnya pada September 2024, mereka bersetuju dengan pinangan saya.
“Tidak ada banyak janji yang ingin saya berikan kecuali anda akan rugi besar jika tidak menghadiri KONSERT GENKRU di AXIATA ARENA pada 3 MEI 2025 kerana ini merupakan penampilan sulung Norman, Yusry dan Edry selepas sudah sangat ranum dalam semua aspek industri hiburan selepas menebarkan virus ‘fanatik’ terhadap muzik tempatan yang punya kualiti hebat setaraf muzik dunia,” ujar Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang.
Sementara itu, KRU menyambut baik penganjuran GENKRU sesuai dengan kembalinya mereka ke ranah hiburan nusantara selepas 33 tahun berada dalam idnsurti.
Memasarkan karya dengan judul Kaset yang mempunyai nostalgia tersendiri buat KRU dan generasi yang membesar bersama karya-karya hebat mereka, KRU siap mempamerkan sebuah konsert mega selepas kali terakhir membuat persembahan di Istana Budaya menerusi Konsert GenerasiKRU25 pada Mei 2018.
“Selepas lebih enam tahun tidak membuat konsert berskala besar bersama KRU, kami menerima cadangan ICON ENTERTAINMENT menganjurkan KONSERT GENKRU kerana mempunyai misi dan visi yang sama dengan kami.
“KONSERT GENKRU bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi akan menjadi sebuah sejarah perjalanan lebih 30 tahun KRU dalam merevolusikan muzik tempatan setaraf dengan muzik Nusantara dan antarabangsa.
“Konsert ini akan menjadi medan peminat melihat transisi KRU dari generasi 90-an sehingga berkembang dan membina empayar kami pada masa kini,” ujar KRU.
Enggan berkongsi butiran lanjut mengenai konsep dan persembahan yang dipamerkan pada KONSERT GENKRU, trio ini berikrar ia akan menjadi sebuah konsert epik di tahun 2025 buat seluruh peminat muzik tempatan.
Dan untuk menjadi salah seorang saksi mata, telinga serta jiwa dalam sejarah penganjuran konsert paling epik 2025, jangan terlepas membeli tiket-tiket mengikuti kategori harga yang ditetapkan.
Dapatkan tiket di www.ticket2u.com.my/genkru mulai 20 Disember 2024, 11 pagi.
KOD PAKAIAN KONSERT GENKRU, TEMA ERA 90-AN
Apabila pengumuman Konsert GenKRU dilancarkan, pastinya para peminat ingin mengikut tema pakaian yang bersesuaian agar dapat rasa "vibes" atau nostalgia zaman kegemilangan KRU. Nah ini adalah tema pakaian yang anda boleh plan dari sekarang.
‘Awas’, jika anda ‘Fanatik’ KRU, jangan sampai terlepas KONSERT GENKRU di Axiata Arena pada 3 MEI 2025. Jika tidak, hidup anda akan terus berada ‘DI DALAM DILEMA’ kerana terlepas sejarah hiburan terhebat di Malaysia.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.