KOLEKSI LEBARAN 1001 TALES OF ARIANI MENAWARKAN PERSALINAN SEISI KELUARGA

KOLEKSI LEBARAN 1001 TALES OF ARIANI MENAWARKAN PERSALINAN SEISI KELUARGA

Ruby
6
KOLEKSI LEBARAN 1001 TALES OF ARIANI MENAWARKAN PERSALINAN SEISI KELUARGA | Assalammualaikum semua, Hari Raya Aidilfitri pasti tidak lengkap jika tiada koleksi Ariani. Sebagai pencinta hijab Ariani, Ruby berkesempatan menjadi yang terawal melihat koleksi Ariani untuk lebaran pada tahun ini. Sememangnya rambang mata untuk memilih.

Jika tahun lepas kami sekeluarga memilih warna Salmon, Sky Blue dan Hitam sebagai tema. Tahun ini kami sekeluarga sebulat suara memilih Dusty Green. Warna hijau begini sangat menyerlah dengan material fabrik Premium Pearl Skin di Ariani. Dari Baju Melayu Cekak Musang suami dan anak-anak hingga ke persalinan Baju Kurung Kedah ibu, semuanya ada di Ariani. 

Di Ariani, pakaian nampak eksklusif kerana Ariani sangat komited dalam memilih fabrik bercorak dan kosong. Kemudian, menghiaskannya dengan batu-batu permata dan renda yang sepadan. Ia tidak nampak sarat, malah boleh dipakai pada bila-bila masa selepas Hari Raya. Pakaian Ariani boleh digayakan untuk ke pejabat atau hadir mana-mana acara! Pasti penampilan nampak versatil dan sopan. Berbaloi-baloi kan?

KOLEKSI LEBARAN 1001 TALES OF ARIANI MENAWARKAN PERSALINAN SEISI KELUARGA


ARIANI, jenama fesyen terkemuka Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbarunya, '1001 Tales of Ariani', dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. 

Acara ini tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024 tetapi juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.


Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., dalam ucapan pembukaannya, menyatakan kegembiraan dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia ARIANI. 

Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif.

Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam. 


Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna, menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal.

Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE. ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif. 


Kesemua koleksi tudung ARIANI LEBARAN 2024 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia. 

Menjangkau tahun kedua penubuhan, koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa.

Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.


Pertunjukan fesyen ‘1001 Tales of Ariani’ pada tahun ini masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.


Segmen ARIANI RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibran yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan pada tahun ini antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’. 

Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan. Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.

Malah pada tahun ini dan tahun tahun sebelumnya, ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.


Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. 

Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.

Datin Seri Farah Haryani mengakhiri ucapan beliau dengan mengajak semua yang hadir untuk berkunjung ke House of ARIANI di Kuala Lumpur dan cawangan-cawangan ARIANI lainnya, untuk mendapatkan koleksi lengkap Aidilfitri. 

Istimewanya lagi pada tahun ini, flagship store Ariani yang terbaharu ‘House of Ariani’ akan ditransformasi dan diperindahkan dengan tema Arabic hasil sentuhan magic perunding acara terkemuka REKA TEEMOR khas kepada pelanggan Ariani.

Majlis pada petang itu turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Zizi Kirana yang mendendangkan semula lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Arab, ‘Sabry Aleel’ sebagai tema khas kepada keseluruhan majlis pertunjukkan fesyen yang membawa tema Arab serta duet khas penyanyi tersohor negara Jamal Abdillah bersama-sama anak beliau, Zaki Yamani yang mendendangkan lagu ‘Ghazal untuk Rabiah’.


Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat, selebriti, jemputan KOLs dan influencers, rakan niaga serta pelanggan-pelanggan setia Ariani.

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Tahniah Ariani untuk koleksi terbaru ni! Cantik-cantik betul semua pakaian yang diperagakan. Okay, nanti bolehlah saya bawa mak saya ke Ariani :)

    BalasPadam
  2. Wah! Bila baca pasal koleksi raya dari Ariani ni, terus rasa nak shopping! Baju-baju dia cantik gila, warna pun semua lawa-lawa. Yang bestnya, lepas raya pun boleh pakai lagi. Tudung ada, baju lelaki pun ada. Senang, boleh beli semua sekali harung.

    BalasPadam
  3. lawa-lawa collection Ariani kali ini, mesti ramai berpusu-pusu nak dapatkan collection terbaru Ariani tu,Anyway majlis perlancaran meriah betul ya ada abang Jamal.haha

    BalasPadam
  4. koleksi tahun ini lbh ceria dan cantik.. koleksi ariani mmg x mengecewakan

    BalasPadam
  5. Oh wow!!! Gorgeous gorgeous belaka koleksi raya Ariani. My best friend is a big fan of this brand. Nanti I share this post dgn dia. Tq.

    BalasPadam
  6. Lawa lah koleksi lebaran tahun ni, nanti sis nak ke their boutique to check out

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !