Lebih 300 juadah tradisi, Nasi Kandar Saddam kembali, baucar early bird serendah RM108. World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menyambut kedatangan Ramadan dengan bufet istimewa bertemakan Selera Warisan Kampung, menampilkan lebih 300 hidangan tradisional Malaysia yang disediakan oleh Briged Kulinari WTCKL di bawah pimpinan Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih.
Mengangkat semangat kebersamaan dan perkongsian rezeki di bulan mulia, bufet ini menawarkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana selesa di Legar Putra, Aras 2, setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam bermula 13 Mac hingga 8 April 2024.
Antara tarikan utama yang kembali atas permintaan ramai ialah Nasi Kandar Saddam, lengkap bersama Ayam Goreng Bawang, Daging Masak Hitam, telur rebus serta pilihan sayur-sayuran — antara hidangan paling digemari pengunjung WTCKL saban tahun.
Selain itu, tetamu turut disajikan dengan lima rotasi menu berbeza termasuk Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ketam Masak Kam Heong, Daging Tetel Masak Kalio serta pelbagai hidangan kampung lain yang membangkitkan nostalgia.
Tidak ketinggalan menu popular seperti Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu serta Kambing Panggang bersama Sos Lada Hitam yang sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan setia.
Harga Bufet Ramadan WTCKL 2024
WTCKL menawarkan promosi pembelian awal (early bird) pada harga RM108 nett seorang. Harga asal bufet pula ialah:
RM128 nett (dewasa)
RM73 nett (kanak-kanak bawah 12 tahun & warga emas 60 tahun ke atas)
Baucar early bird boleh dibeli terus di Restoran Riverside atau secara dalam talian menerusi Easy Store WTCKL.
Kemudahan Lengkap Untuk Tetamu
Bagi keselesaan pengunjung Muslim, WTCKL menyediakan ruang solat khas di Surau Ar Rahman lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk serta imam bagi solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
Sepanjang Ramadan, kadar parkir juga ditawarkan secara rata iaitu RM12 untuk kemasukan waktu pagi dan RM5 bagi kemasukan selepas jam 5 petang.
Pakej “Get Together” Untuk Majlis Berbuka Kumpulan
Bagi syarikat atau keluarga besar yang ingin berbuka puasa secara berkumpulan, WTCKL turut menyediakan pakej Get Together Selera Warisan Kampung bermula RM138 nett seorang dengan minimum tempahan 250 orang.
Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, parkir VIP, pentas, sistem audio, skrin LED serta surau khas — sesuai untuk jamuan korporat atau majlis persendirian.
Raikan Ramadan Lebih Hijau
Sebagai inisiatif mesra alam, WTCKL memperkenalkan Tiffin Carrier edisi terhad Ramadan bermula RM59 (saiz 12cm) dan RM79 (saiz 16cm). Tetamu boleh membawa pulang makanan lebihan bufet untuk dinikmati ketika sahur di rumah.
Terdapat tiga rekaan eksklusif ditawarkan: Generic Series, Ramadan Series dan Batik Series.
Maklumat Tempahan
📧 Buffet Ramadan: [email protected]
📧 Tempahan korporat: [email protected]
☎️ +603 2614 6999 / +603 2614 6173
📱 WhatsApp: +6019 2678 960