CTAH MINUMAN TENAGA FORMULASI DARI BAHAN ORGANIK

CTAH MINUMAN TENAGA FORMULASI DARI BAHAN ORGANIK

Ruby
0
CTAH MINUMAN TENAGA FORMULASI DARI BAHAN ORGANIK | Assalammualaikum semua! Gaya hidup pada hari ini memerlukan kita sentiasa kekal bertenaga sepanjang hari. Malah, kita perlu memulakan hari lebih awal dari biasa dan mengakhiri hari pada lewat malam. Begitulah kehidupan pada zaman ini. 

Namun, ia bukan pematah semangat untuk kita terus mencapai impian dengan fokus belajar, bekerja, enjoy gaya hidup masing-masing atau meluangkan masa bersama keluarga. Setuju? Kita mampu buat semua dengan merancang jadual dan penggalak dari CTAH iaitu Minuman Tenaga keluaran NASMIE Group Sdn. Bhd.

CTAH MINUMAN TENAGA FORMULASI DARI BAHAN ORGANIK


CTAH sebutan Cheetah merupakan Minuman Tenaga berperisa Citrus dengan formulasi dari bahan organik dan bawah 5% kurang gula. Hadir dengan satu saiz iaitu 250ml dalam tin dan di jual pada harga RM 3.50 dan kini RM 2.99 sahaja.

Nama CTAH di ambil dari nama haiwan terpantas di dunia iaitu Cheetah. Terinspirasi dengan fokus dan keputusan pantas haiwan tersebut, tindakan kita pada hari ini juga perlu laju. Ini kerana yang laju akan maju. 

Dari idea untuk mengeluarkan minuman tenaga jenama tempatan, permulaan perniagaan Minuman Tenaga CTAH melalui keunikan fasa penubuhan di mana Pengasas NASMIE Group Sdn Bhd,  Muhammad Nasyriq Bin Haji Nawawi, 32 Tahun yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini mula merancang perniagaan semasa Pandemik COVID-19 melanda dunia.

"Saya mula memikirkan hala tuju perniagaan pada ketika itu. Saya sangat suka berniaga dan sudah memiliki beberapa perniagaan sejak 2010 lagi. Saya lakukan Research & Development (R&D) semasa kita semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara dalam talian di Zoom dan Google Meet."


"Ramuan dan formulasi tersendiri ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pelanggan boleh minum CTAH untuk menambah tenaga dan fokus semasa memandu perjalanan jauh. Malah, pelajar universiti, pekerja buruh dan mereka yang memerlukan tenaga untuk terus kekal fokus juga boleh minum. CTAH sangat sedap apabila minum semasa sejuk." 

"Minuman Tenaga CTAH juga memiliki Pensijilan Halal dan merupakan jenama tempatan (Malaysia) baharu yang diformulasikan menggunakan bahan organik, tidak berbahaya dan mempunyai paras kalori & gula yang paling rendah di pasaran."

Vitamin B3

Digunakan untuk merawat gangguan mood, kemurungan dan kebimbangan. Vitamin B3 menjalankan tugas penting untuk menukar KARBOHIDRAT, PROTEIN dan LEMAK kepada tenaga.


Vitamin B6

Menyokong fungsi otak utama, sistem imun dan pengangkutan oksigen ke seluruh badan.


Vitamin B12

Peranan penting dalam banyak aspek kesihatan dan boleh menyokong kesihatan tulang, pembentukan sel darah merah, tahap tenaga dan mood.


Senarai Isi Kandungan Minuman:

Water, Sugar, Contain Acidity Regulatory (Citric Acid E300), Taurine, Permitted Food Conditioner (Sodium Citrate E331), Glucono-Delta-Lactose, Sodium Gluconate, Permitted Food Flavour, Permitted Stabilizer, Inositol, Caffeine, Preservative (Sodium Benzoate E211), Sucralose, Contain non-nutritive sweetener (Acesulfame Potassium), Vitamin B3, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12 and Colouring Substances (Sunset Yellow E110 and Tartrazine E102).


CTAH PADA MASA AKAN DATANG


Melalui sambutan yang amat menggalakkan, minuman ini telah membuka peluang untuk NASMIE Group Sdn Bhd mengeluarkan minuman tenaga CTAH Wanita yang formulasinya dari herba dan campuran madu. Sudah semestinya kurang gula.  

NASMIE Group Sdn Bhd juga dalam perancangan memudahkan pelanggan mengamalkan minuman tenaga melalui penghasilan CTAH Effervescent yang hanya perlu rendam di dalam air dan boleh terus minum. Mudah untuk di bawa kemana-mana. 

CTAH DI PASARAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA


Pengarah muda daripada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan juga penerbit telemovie, Muhammad Nasyriq Nawawi, 32, melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan apabila melancarkan produk minuman di sebuah pusat beli-belah di sini baru baru ini.

Produk inovatif dikenali sebagai minuman bertenaga Ctah adalah keluaran pertama syarikatnya Nasmie Group Sdn Bhd kini sudah berada di beberapa premis termasuk pasaran dalam talian untuk pasaran domestik dan antarabangsa.


Jenama minuman tersebut adalah ilham daripada Cheetah yang merupakan haiwan darat terpantas di dunia memiliki keunikan tersendiri dibandingkan dengan produk pesaing.

Berperisa buah-buahan citrus masam manis bagi memenuhi permintaan pasaran.

“Banyak pelaburan yang lakukan termasuk tenaga, masa, peruntukan kewangan bagi menghasilkan produk minuman bertenaga yang lebih sihat seiring kesedaran masyarakat terhadap perubahan hidup ke arah lebih bermanfaat,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis.


Merealisasikan hasrat tersebut dan bagi memperolehi kualiti produk beliau telah menjalankan kajian hampir dua tahun termasuk tempoh pandemik dan membelanjakan hampir RM100,000 untuk tujuan pembangunan produk sebelum berjaya mencipta formula yang memenuhi kriteria yang dikehendaki.

“Saya lakukan kajian sendiri dengan menguji kelebihan ratusan botol air minuman bertenaga bukan sahaja di pasaran lokal tetapi turut mencuba produk dari negara jiran termasuk Thailand dan Indonesia.  

“Disebabkan keterujaan mendapatkan air minuman bercirikan perisa kegemaran rakyat di negara ini, tidak bergantung kepada sumber gula sebagai kelebihan tubuh lebih bertenaga dan kurang caffein saya menguji kesannya ke atas diri sendiri. Akibatnya pernah satu ketika saya terlena beberapa jam kesan daripada minum sebotol air minuman dari negara luar,” katanya.


Usahawan berasal dari Kelantan ini yang mesra disapa Nasriq ditemui di majlis pelancaran berkata, melihat sambutan daripada orang ramai dan menerima testimoni yang baik beliau yakin produknya mampu pergi lebih jauh.

“Saya sanggup mengambil masa dalam tempoh agak lama untuk mencari idea kerana di awal operasi syarikat, tumpuan diberikan untuk membuat kajian, mendapatkan formula terbaik dan melabur modal.

“Kini adalah mengadakan promosi jualan ke seluruh negara (road show) termasuk menjalankan aktiviti pemasaran secara besar-besaran termasuk hebahan di media sosial , platform e -dagang dan premis serbanika.

“Saya menyasarkan jualan sehingga 5,000 karton sebulan yang setiap karton mengandungi enam tin minuman sehingga hujung tahun ini dapat dicapai. Pelawaan kini dibuka kepada mereka yang berminat untuk mencari pengedar yang akan dilantik sehingga 1,000 orang di seluruh negara.

“Tujuannya untuk melonjakkan jualan di samping membantu orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan. Sempena pelancaran kami mengadakan harga promosi jualan runcit sebanyak RM2.99 setiap tin sehingga bulan Disember,” ujarnya. 


Tambahnya berdasarkan pengalaman beliau yang telah memulakan perniagaan dalam usia muda termasuk meniaga di pasar-pasar malam banyak membantunya membuat keputusan lebih matang.

“Saya bermula dengan menjual produk syarikat keluaran orang lain dan berhempas-pulas meningkatkan jualan untuk memperoleh sumber pendapatan. Apabila mempunyai modal terkumpul saya mencuba meniaga sendiri bagaimana pun mengalami beberapa siri kegagalan. Termasuklah mengalami kerugian apabila berhadapan lambakan stok dengan nilaian ratusan ribu ringgit,” ujarnya

Pengalaman perit itu terus dihadapinya dengan kental dan berani dan tidak serik untuk mencuba lagi. “Telah perbagai halangan dan ujian saya hadapi dengan pelbagai cabang dan jenis perniagaan tetapi saya tidak akan sesekali menoleh kebelakang sehinggalah lahirnya minuman Ctah, “Apa yang membanggakan, walaupun masih baharu diperkenalkan saya menerima sokongan pelanggan dan sahabat handai dan rakan niaga termasuk dari luar negara yang berjanji akan mengeskport produk minuman ini ke Indonesia, Afrika dan Asia Barat,” ujarnya.

MENGENAI NASMIE GROUP SDN. BHD.


Merupakan syarikat baru yang berteraskan fokus kepada pelbagai aktiviti pemasaran & pengeksportan produk minuman bertenaga berjenama CTAH. Syarikat milik penuh Bumiputera yang beroperasi sejak tahun 2022. 

Ibu pejabat beroperasi di Kota Bharu, Kelantan dan mempunyai gudang operasi di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor untuk permulaan serta lain-lain negeri pada masa akan datang. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !