TINJAU SELIDIK GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA SELEPAS COVID-19

TINJAU SELIDIK GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA SELEPAS COVID-19

Ruby
0

TINJAU SELIDIK GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA SELEPAS COVID-19 | Assalammualaikum semua, setelah kita melalui tempoh pandemik COVID-19, banyak perkara kita mula ambil perhatian. Dari segi gaya hidup, kita lebih mengutamakan kesihatan, makan makanan berkhasiat, lebih tenang menangani pelbagai masalah agar kesihatan mental lebih sihat. 

Faktor-faktor lain yang kita mula fikirkan setelah pandemik adalah bagaimana ingin meneruskan kehidupan dengan lebih holistik bersama insan tersayang. Duduk di rumah dalam tempoh yang lama mengajar rakyat Malaysia menyediakan makanan sendiri, bekerja di rumah dengan penuh efektif dengan penyediaan ruang kerja khas dan komitmen guru serta disiplin pelajar untuk meneruskan pembelajaran dari rumah. 

TINJAU SELIDIK GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA SELEPAS COVID-19

Pada 7 Ogos 2023, Herbalife telah melakukan tinjau selidik dan melalui tinjauan tersebut telah menunjukkan tiga matlamat utama rakyat Malaysia dalam peningkatan penjagaan kesihatan secara keseluruhan, tabiat makan dan kesejahteraan mental. 

Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, baru-baru ini mendedahkan hasil penemuan Asia Pacific Health Priority Survey (Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Asia Pasifik) yang mendedahkan bahawa sebahagian besar (79%) daripada responden Malaysia kini lebih menitikberatkan soal kesihatan disebabkan kesan pandemik Covid-19. 

Menurut tinjau selidik itu, sehingga 75% responden Malaysia telah mengubah keutamaan kesihatan mereka selepas pandemik, dengan meningkatkan tumpuan untuk menjalani gaya hidup sihat dan aktif, dan mengambil pendekatan menyeluruh terhadap kesihatan. Responden Malaysia juga menyatakan bahawa menambah baik kesihatan keseluruhan (60%), memupuk tabiat makan yang sihat (52%) dan menambah baik kesihatan mental (50%) adalah tiga matlamat kesihatan utama yang ingin mereka capai, diikuti dengan meningkatkan kecergasan (50%) dan menguatkan keimunan (49%). 

Tinjau selidik itu seterusnya mendedahkan bahawa generasi berlainan mempunyai keutamaan yang berbeza dari segi usaha meningkatkan kesihatan mereka. Di seluruh Asia Pasifik, responden yang lebih berumur seperti Generasi X dan Boomers lebih fokus dalam aspek menguatkan keimunan atau daya tahan mereka terhadap penyakit (50%) berbanding dengan Generasi Z dan Milenial (42%) yang lebih muda. Sebaliknya, 46% generasi muda menganggap usaha meningkatkan kesihatan mental sebagai sebahagian penting daripada matlamat kesihatan mereka, sedangkan hanya 34% generasi lebih tua berkongsi pandangan yang sama. 

Di samping itu, walaupun 92% pengguna Malaysia yang ditinjau mengambil langkah untuk mencapai matlamat kesihatan mereka, kekurangan wang (49%) dan ketiadaan masa (48%) merupakan cabaran utama yang menghalang mereka daripada berusaha mencapai matlamat masing-masing. Untuk mengatasi cabaran tersebut, kebanyakan (61%) responden Malaysia menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai kumpulan sokongan dalam usaha mereka menambah baik kesihatan dan kesejahteraan.  

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura berkata, "Menyedari rakyat Malaysia kini semakin mengutamakan matlamat kesihatan dan  kesejahteraan mereka, Herbalife komited untuk menyokong usaha ini melalui rangkaian produk pemakanan yang luas dan pengedar berdedikasi kami yang memberikan bimbingan khusus serta komuniti sokongan yang mendorong orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif."

"Kami juga menjalankan pelbagai program seperti Bulan Herbalife pada Mac dan Larian Herbalife yang akan berlangsung tidak lama lagi, untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif yang sihat sambil memupuk sokongan masyarakat untuk mencapai matlamat mereka." tambah Steven.

KESANGGUPAN BERBELANJA UNTUK KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

Memandangkan pengguna di Malaysia semakin menitikberatkan soal kesihatan, tidak hairanlah ramai daripada mereka (75%) sanggup meningkatkan perbelanjaan berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Secara purata, sehingga 39% responden Malaysia menyatakan bahawa mereka sanggup meningkatkan perbelanjaan 6% hingga 10% untuk tujuan ini. 

Menyedari kepentingan melabur dalam kesihatan, responden Malaysia juga berkongsi cara mereka akan menggunakan perbelanjaan mereka yang lebih besar untuk:  

  • membuat pilihan makanan yang lebih sihat (61%)

  • membeli / mengambil makanan tambahan (56%)

  • menjalani pemeriksaan kesihatan berkala (46%)

  • mendapatkan rundingan kesihatan mental (26%) 

  • mendapatkan nasihat pakar (24%) 

Jelas daripada hasil tinjau selidik ini, rakyat Malaysia menghargai peranan utama yang dimainkan oleh pemakanan untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan kecergasan dalam jangka panjang.

MANFAAT KUMPULAN SOKONGAN

Apabila berbicara tentang matlamat kesihatan atau membuat perubahan gaya hidup yang positif, adalah amat mencabar untuk mengekalkan komitmen dan motivasi sepanjang masa. Pada hakikat ini, kumpulan sokongan memainkan peranan penting dalam usaha mengatasi cabaran bagi meningkatkan kemungkinan mencapai matlamat, satu sentimen yang diluahkan oleh responden Malaysia (61%). Manfaat yang dianggap boleh didapati daripada kumpulan sokongan termasuk:

  • memberi bimbingan dan galakan (58%) 

  • berkongsi pengalaman dan ilmu berharga (54%)

  • mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan (53%) 

  • mewujudkan kebertanggungjawaban dalam usaha meningkatkan kesihatan (43%)



Tinjau Selidik Keutamaan Kesihatan Herbalife yang dikendalikan pada April 2023, mendapatkan maklumat balas 5,504 pengguna berusia 18 hingga 78 tahun di 11 pasaran Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. 

MENGENAI HERBALIFE

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan menarik bagi pengedar bebasnya sejak 1980. 

Syarikat ini menawarkan produk-produk berlandaskan sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran menerusi pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif untuk menikmati kehidupan terbaik mereka. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !