TEMU MESRA AZIRA SHAFINAZ DUTA JENAMA BOH PURE GREEN TEA

TEMU MESRA AZIRA SHAFINAZ DUTA JENAMA BOH PURE GREEN TEA

Ruby
0
TEMU MESRA AZIRA SHAFINAZ DUTA JENAMA BOH PURE GREEN TEA | Assalammualaikum semua. Ruby masih tersenyum gembira apabila dapat bergambar dan melihat senyuman manis Azira Shafinaz secara dekat. Beliau mempunyai personaliti yang lemah lembut, manja dan manis. Jika sesiapa berada disekeliling, pasti akan berasa selesa. Personaliti Azira Shafinaz sememangnya natural. 

TEMU MESRA AZIRA SHAFINAZ DUTA JENAMA BOH PURE GREEN TEA



Ruby memang meminati Azira Shafinaz sejak video Youtube Black Widow yang memperkenalkan De Fam. Awal-awal dah suka tengok Azira Shafinaz. Lepas tu lagu Supergirl dilancarkan. Lagi lah bertambah minat. 

Selama hari ni tengok dekat Youtube, televisyen dan media sosial sahaja. Paling terkini Ruby tengok drama One Cent Thief dan filem Talbis Iblis. Ternyata bakat lakonan juga menyerlah buat Azira Shafinaz. Ruby tidak dapat bersembang sangat dengan Azira Shafinaz sebab peminat lain dah beratur panjang untuk bergambar. Terima kasih BOH merealisasikan impian Ruby dapat jumpa Azira Shafinaz yang berbakat besar. 

Menurut Azira Shafinaz, Duta Jenama BOH Pure Green Tea,  “No matter what my day demands, I know I can count on my Wellness in a Cup. 5 tips kesejahteraan gaya hidup yang saya amalkan adalah minum BOH Pure Green Tea, minum air secukupnya, tidur yang mencukupi, lakukan senaman mudah secara harian seperti menari atau bermain badminton. Saya suka main badminton."


BOH PURE GREEN TEA BERWAJAH BAHARU, NAMUN KEKAL MANFAAT WELLNESS IN A CUP



Encik Jason Foo, CEO of BOH Plantations berkata, "Kami gembira  Azira Shafinaz dilantik sebagai duta jenama untuk rangkaian BOH Pure Green Tea. Wellness in a Cup memberi banyak maksud kepada setiap individu. Tetapi apakah maksudnya? 

Hari ini, kesibukan gaya hidup kita semua memberi impak kepada kesejahteraan kesihatan. Secara tidak langsung, kita minum hanya untuk minum. Pengambilan minuman manis dan viral menjadi pilihan. 

Namun, melalui BOH Pure Green Tea, kualiti dan nikmatnya berbeza. Setiap tegukan memberi anda ketenangan, duduk dan enjoy secawan BOH Pure Green Tea selepas kesibukan hari pasti memberi anda pengecasan bateri yang optimum untuk meneruskan rutin harian yang lain. 

Ya, sangat bagus jika kita boleh 'melarikan diri' untuk menikmati kesihatan.

Tetapi….  realitinya ialah kita perlu mencari masa yang sihat di tengah-tengah tuntutan kehidupan seharian.

Kita mesti mencari detik-detik kecil dan tindakan kesejahteraan kecil di sepanjang jalan untuk membantu kita mengecas semula bateri kita."



TEMU MESRA AZIRA SHAFINAZ DUTA JENAMA BOH PURE GREEN TEA

KOTAK LAMA

KOTAK BAHARU

Pembungkusan baharu dengan warna yang lebih segar, bersih dan elemen reka bentuk moden. Diperkemas dengan sumber bahan yang mampan - Forest Stewardship Council (FSC).

BOH Pure Green Tea dihasilkan dari 100% teh hijau untuk rasa teh hijau asli yang lazat. Sesuau untuk pelanggan yang inginkan minuman alternatif yang lebih sihat. Menyegarkan dan mencergaskan minda dan badan.

Teh hijau mempunyai antioksidan polifenol, termasuk catechin yang dipanggil epigallocatechin-3-gallate (EGCG).  Antioksidan ini boleh memberi pelbagai kesan yang baik kepada kesihatan.

Teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak dalam jangka pendek, walaupun tidak semua kajian bersetuju. Keupayaan teh hijau untuk meningkatkan pembakaran lemak bertambah baik apabila dipasangkan dengan senaman.

Nantikan kemunculan BOH Pure Green Tea Truck di kawasan terpilih pada Ogos ini dan berkongsi Wellness in a Cup bersama-sama.

MINUMAN ISTIMEWA "PASSION OF BUNGA RAYA" 


Bersesuaian dengan bulan Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 66 tahun. Minuman yang dicipta oleh Chef Chris dari Jin Gastrobar dan Azira Shafinaz. Isi kandungan minuman ini sangat unik dan campuran bersama BOH Pure Green Tea. 

🍃 BOH green tea
🍃 Passion fruit 
🍃 Assam Boi
🍃 Lemonade
🍃 Ais



TONTON FILEM MEG 2: THE TRENCH DI GETHA LUX SUITES AURUM THEATRE


Sebenarnya, Ruby teringin nak tonton filem di Aurum Theatre ni. Ruby dan suami merupakan pelanggan GSC Gold Class stail old school tu. Tahun 2019 mereka perkenal Aurum Theater, kami berkenan dengan Getha Hall iaitu Getha Lux Suite.  

Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman crème de la crème, dua Suite Getha Lux adalah mewah seperti yang terdapat di sini. Jangkakan kerusi malas mewah dua motor yang dibuat dengan tanda dagangan Getha 100% kusyen busa lateks asli tulen, sarung antibakteria nano-perak, bantal empuk, selipar pakai buang dan semua kemudahan lain yang disebutkan untuk Comfort Cabin di atas.

Semua sarung untuk kerusi malas dan bantal mewah disegarkan dengan set baharu selepas setiap sesi filem, jadi kebersihan juga dijaga dengan baik.

Setiap suite juga mempunyai meja sisi dengan ruang storan yang mencukupi dan port USB untuk mengecas peranti anda. Tiket berharga RM150 setiap tempat duduk.

TEMU MESRA AZIRA SHAFINAZ DUTA JENAMA BOH PURE GREEN TEATEMU MESRA AZIRA SHAFINAZ DUTA JENAMA BOH PURE GREEN TEA
Ebi Furai

Flash's Inferno Buffalo Wings


Direka untuk mereka yang mencari pengalaman terbaik dalam keselesaan pawagam yang mewah, Getha Lux Suites menampilkan kerusi malas mewah dua motor yang dibuat dengan kusyen mewah premium Getha. 

Direka secara eksklusif oleh arkitek Itali terkenal, Marco Fumagalli, Getha Lux Suites mempunyai sarung antibakteria nano-perak dan bantal mewah yang memberikan sokongan yang sangat baik. Sarung untuk kerusi malas, bantal dan selimut mewah ditukar kepada set baharu selepas setiap tayangan filem.

MEG 2: THE TRENCH PADAT DENGAN KESAN VISUAL JELAS DAN AKSI


Kemunculan filem The Meg pada tahun 2018 telah membuatkan Ruby tidak sabar menantikan kesinambungan filem lakonan Jason Statham dan pelakon cilik comel Shuya Sophia Cai. Menariknya filem ini adalah seni kesan visual di dalam laut dalam. Kemudian aksi dan kelajuan setiap babak. Memang mendebarkan.

Tambahan pula kita sedia maklum Jason Statham merupakan Britain's National Swimming Squad @ British Swimming dan bertanding untuk England dalam Sukan Komanwel 1990. Lagilah nak tengok skill berenang yang tahan nafas lama tu.

Bersedialah untuk adrenalin terhebat pada musim panas ini dalam "Meg 2: The Trench," sebuah filem yang berganda debaran menggantikan filem blockbuster 2018 yang membawa aksi akuatik ke tahap yang lebih tinggi.

Filem ini menampilkan bagaimana wujudnya Meg dan zaman Dinasour juga diangkat dalam filem ini. Pasukan penyelidik Mana One melancarkan ekspedisi ke dalam dasar laut dengan peralatan dan pakaian yang telah di upgrade agar boleh menembusi kedalaman maksimum. Pelbagai Megs yang besar dan banyak hidupan dasar laut telah ditemui. 

Mereka menyelam ke perairan yang belum dipetakan bersama Jason Statham dan ikon aksi global Wu Jing. Mereka mengetuai pasukan penyelidik yang berani dalam menyelam penerokaan ke dalam lautan yang paling dalam. Pelayaran mereka berubah menjadi huru-hara apabila operasi perlombongan yang mengancam misi mereka dan memaksa mereka terlibat dalam pertempuran berisiko tinggi untuk terus hidup. 

Risiko nyawa perlu memyelamatkan diri dari Megs yang besar, haiwan purba dan perompak alam sekitar. Selami pengalaman sinematik akuatik yang paling hebat tahun ini dengan "Meg 2: The Trench", di mana kedalaman lautan dan aksi padat di paparkan selama 2 jam.

Terima kasih BOH Tea Malaysia sudi jemput Ruby ke sesi temu mesra bersama Azira Shafinaz, menyediakan makanan sedap dan belanja tonton filem di dalam Getha Lix Suites, Aurumn Theater. Terima kasih banyak-banyak
Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !