MADAM CROFFLE PASTRI KEK GABUNGAN CROISSANT DAN WAFFLE DARI KOREA SELATAN MENAWAN HATI RAKYAT MALAYSIA

MADAM CROFFLE PASTRI KEK GABUNGAN CROISSANT DAN WAFFLE DARI KOREA SELATAN MENAWAN HATI RAKYAT MALAYSIA

Ruby
0
MADAM CROFFLE PASTRI KEK GABUNGAN CROISSANT DAN WAFFLE DARI KOREA SELATAN MENAWAN HATI RAKYAT MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Ruby nak berkongsi dengan anda semua satu jenama yang menampilkan Gastronomi hebat. Jika anda ke Korea Selatan dan tertarik dengan street food mereka, anda pasti bimbang tentang faktor Halal kan? 

Kini, anda tidak perlu beduka lara sebab tidak dapat makan street food di sana. Anda boleh nikmati salah satu street food kegemaran iaitu Croffle. Gabungan di antara Croissant dan Waffle. Jom ikut Ruby mencari kafe Madam Croffle. 

MADAM CROFFLE PASTRI KEK GABUNGAN CROISSANT DAN WAFFLE DARI KOREA SELATAN MENAWAN HATI RAKYAT MALAYSIA



Madam Croffle menawarkan bukan sahaja croffle terbaik tetapi juga Bingsu terbaik di Malaysia. Menggunakan semua bahan berkualiti tinggi untuk memastikan rasa dan piawaian kualiti yang terbaik. Pencuci mulut yang ditawarkan adalah perisa DIY croffle yang berbeza, serta bingsu cawan DIY.

Puan Han Soo Rin, Pengasas Madam Croffle memulakan ideanya yang ingin menyajikan Makanan Korea dengan harga berpatutan dan Halal dengan meneruskan perniagaan restoran keluarganya dari Korea ke Malaysia. Beliau memulakan perniagaan pertamanya dengan membuka Authentic Korean Restaurant, EID dan berkembang ke empat cawangan di Malaysia. Dengan banyak pengalaman dalam tangan dan minat dalam perniagaan Makanan dan Minuman, Madam Croffle dicipta untuk memberi rakyat Malaysia rasa sebenar pencuci mulut Korea yang popular dan paling lazat.

Madam Croffle sentiasa memberi tumpuan kepada permintaan semua pelanggan dengan membina gaya perkhidmatan menjual pencuci mulut  dengan membenarkan pelanggan memilih sendiri. 

Madam Croffle menawarkan sejumlah besar topping dan bahan lain untuk dimasukkan ke dalam produk bagi mencipta rasa yang diingini pelanggan. Topping ini dan bahan lain adalah perisa susu, karamel, krim putar, pelbagai topping dan sirap, ekstrak vanila, kayu manis, biscotti dihancurkan, oreo dihancurkan, buah-buahan dan bahan tambahan lain yang serupa.

Semua croffle akan dibuat dengan mesin croffle khusus dan pelanggan bebas memilih topping yang diingini. Begitu juga untuk bingsu snowflake, pelanggan boleh memilih perisa bingsu dan topping sendiri. Kesemua perisa adalah resipi yang dibuat sendiri oleh pengasas Madam Croffle yang meninggalkan rasa yang kuat dan tidak dapat melupakannya. 

Simple tapi sedap.

KETAGIH PREMIUM MADAM CROFFLE

Sejujurnya kami menyukai Madam Croffle harga yang berpatutan, kualiti croffle yang rangup dan topping yang banyak. Madam Croffle sangat generous beri topping banyak. Terima kasih banyak-banyak! Dah la harga marhain, sedap pula tu. 

Konsep Ruby mencuba sesuatu makanan, mesti terus ke menu Premium. 


MENCUBA BINGSU TEH TARIK

Pertama kali mencuba Bingsu Teh Tarik. Ruby tanya kepada staf Madam Croffle. Kalau makan Bingsu ni, apa pasangan topping yang sedap? Boleh rekemen?

Rekemen dari mereka memang terbaik. Mereka tahu apa yang sedap. Pada awalnya Ruby skeptikal nak cuba Bingsu bersama granola, strawberry dan coklat putih. Namun, sekali suapan sahaja. Perghhhh ngam! Memang ngam! Padu!


TOPPING DI MADAM CROFFLE

MENU MADAM CROFFLE

Di Madam Croffle terdapat pelbagai menu Croffle. Anda boleh pilih ingin Croffle Original tiada topping atau Croffle Special dan Croffle Premium. Selain itu ada Bingsu, Ice Blended dan Yogurt untuk anda enjoy.

Ruby suka menu dan persekitaran Madam Croffle yang selesa dan ceria. Warna-warna ini memberi mood kita happy. Lagi satu harga makanan dan minuman di Madam Croffle sangat berbaloi-baloi. Rakyat Malaysia mampu menikmati Madam Croffle walau di mana anda  berada.

Madam Croffle straighforward papar harga, kualiti dan kuantiti setiap cawangan adalah sama mengikut piawaian HQ Madam Croffle. Ruby cakap begini sebab sudah pergi dua cawangan dan memerhati saiz hidangan. Ternyata sama dan puas hati dengan kuantiti. Terima kasih Madam Croffle. 

CAWANGAN MADAM CROFFLE

1. IOI City Mall
2. MytownKL
3. Central i-City
4. Tropicana Gardens Mall
5. Setia Ecohill Mall
6. AEON Mall Nilai
7. Setia City Mall
8. Mahkota Parade
9. PKNS Shah Alam
10. Melawati Mall
11. AEON Mall Shah Alam
12. DPULZE Cyberjaya
13. KL East Mall
14. The Curve
15. Aman Central, Alor Setar
16. Pavilion KL 
17. Sunway Carnival Mall Pulau Pinang
18. Setapak Central Mall
19. East Coast Mall Kuantan
20. KTCC Kuala Terengganu (Akan Dibuka)
21. KB Mall Kota Bharu (Akan Dibuka)
22. AEON Seri Manjung (Akan Dibuka)

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !