SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK

Ruby
8
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK | Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby nak berkongsi pengalaman kami Picnic In The Park di Taman KLCC yang diuruskan oleh Suria KLCC. Ruby sebagai pengunjung Suria KLCC sejak tahun 2000 sangat teringin mengadakan aktiviti di Taman KLCC seperti piknik, bentang tikar, makan-makan, chill di bawah sinar mentari dan berasa selamat semasa melakukan aktiviti begini. 

Taman KLCC adalah lokasi tumpuan untuk pengunjung healing, bersenam, beriadah bersama keluarga, lokasi musim perayaan dan sambutan ambang Tahun Baru. Tidak lengkap kehidupan jika ke Suria KLCC  tanpa berjalan-jalan di Taman KLCC. Setuju?

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK



Ruby sekeluarga tiba di Taman KLCC sekitar jam 5.00 petang. Parking banyak di basement Suria KLCC dan kami dah ada spot parking kegemaran. Jadi selok belok dalam Suria KLCC sudah Ruby kunci rapi dalam ingatan. Hahaha. 

Kami teruja nak penuhkan masa hujung minggu bersama seisi keluarga di Taman KLCC. Sebab Picnic in The Park bermula dari 5 petang sampai 8.30 malam. Hehehe. Ruby juga rancang pakaian kami serba putih dan kuning. Kontra dengan kehijauan alam di Taman KLCC. Alhamdulillah gambar kami cantik sangat dari waktu siang sampai malam. 

Sewaktu tiba di Taman KLCC, anda akan melalui satu checkpoint untuk tunjuk e-mail jemputan dari Suria KLCC. Kemudian berjalan ke dalam lagi ke kaunter pendaftaran. Di kaunter pendaftaran kami dapat 4 wristband sebagai tanda tetamu Picnic in The Park. 

Pemakaian wristband adalah wajib sepanjang join Picnic in The Park, ia sebagai langkah keselamatan dan keselesaan untuk tetamu keluar masuk dari kawasan ini. Contohnya nak pergi tandas, Solat atau shopping di dalam Suria KLCC. Mungkin nak beli kek untuk sambutan Hari Ulang Tahun? Ehhhh Ruby bagi idea pula ya. Hehehe.

BELANJA RM 1000 DI SURIA KLCC


Ramai bertanya, bagaimana untuk menyertai Suria KLCC Picnic in The Park. Kawan-kawan dan saudara mara Ruby juga bertanya. Pengunjung Suria KLCC pun bertanya kepada kami macam mana dapat basket dan macam mana boleh masuk kawasan Picnic in The Park. Kami senang hati menerangkan kepada mereka.


Hanya berbelanja RM 1,000 dalam dua resit di kedai-kedai Suria KLCC yang terpilih. Ia adalah kedai-kedai di dalam Suria KLCC selain Isetan, Marks & Spencer, Cold Storage, TGV Cinemas, Petrosains, Twin Towers Medical Centre, ruang promosi, kedai serbaneka, ejen berita, pembayaran bil, kad tambah nilai, pengurup wang berlesen, perbankan dan servis perkhidmatan.

Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif ini untuk para pelanggan Suria KLCC. Ia diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023. Para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti berkelah “Picnic in the Park” yang terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan untuk setiap tebusan.

Paling mudah, cara Ruby adalah shopping di UNIQLO. Untuk cuaca panas melekit dekat Malaysia ni, kami sekeluarga sesuai dengan material Airsm dari UNIQLO. Jika berbelanja pakaian sekeluarga memang boleh cecah lebih RM 1,000 dan dapat dalam kuantiti banyak. Value Buy di UNIQLO tu berhantu. Hahaha. 

RM 600 NILAI HADIAH SURIA KLCC BERI


Pada pendapat Ruby, berbelanja RM 1,000 untuk join Suria KLCC Picnic in The Park sangat berbaloi. Sebab sebagai pulangan dan tanda penghargaan kepada pelanggan yang berbelanja, Suria KLCC menyediakan semua keperluan piknik kita.


✅️ Pengalaman Berkelah di Taman Eksklusif untuk empat (4) orang di Taman KLCC sama ada pada 8, 9, 15, atau 16 Julai 2023.
✅️ Pemberian bakul berkelah yang mengandungi keperluan berkelah seperti minuman air mineral, Guardian sunscreen, Guardian mosquito repellent, produk dari Bath & Body Works, sanitiser Suria KLCC, kipas genggam Remax dan bubble sabun buih untuk anak-anak. Selain itu ada baucar Burger & Lobster untuk anda tebus di kaunter. Kemudian baucar Toys”R”Us bernilai RM 20 dan baucar diskaun Remax 20% yang hanya boleh digunakan di Suria KLCC. 
✅️ Pengalaman berkelah yang indah termasuk penyediaan khemah teepee peribadi, tikar berkelah, bantal untuk duduk, lampu fairy, meja, pokok hiasan dan lampu meja.
✅️ Makanan dihidangkan oleh Burger & Lobster
✅️ Persembahan secara langsung oleh ahli Malaysian Philharmonic Orchestra.
✅️ Dapat menonton Persembahan KLCC Lake Symphony Light and Sound Water Fountain secara eksklusif.
✅️ Free-flow teh ais percuma oleh Whittard of Chelsea Malaysia.
✅️ Free-flow Popcorn & Cotton Candy
✅️ Percuma Foto Polaraid di Belon Udara Panas
✅️ Motion-sensor dancing yellow flower.

Seronok kan? Rasa macam lebih dari RM 600 yang Suria KLCC beri. Memang berbaloi-baloi campur dengan pengalaman outdoor seisi keluarga. Kenangan terindah buat kami semua. 

PERSEMBAHAN TASIK SYMPHONY YANG INDAH


Pelancong asing pun turut bertanya. Mereka teruja nak menyertai. Sebab pada waktu malam sangat cantik dan eksklusif permandangan Menara Berkembar Petronas dengan persembahan Tasik Symphony.


Tasik Symphony terletak di kawasan Taman KLCC iaitu di esplanade di luar pintu masuk Suria KLCC. Tasik Symphony adalah buatan manusia berkeluasan 10,000 kaki persegi. Dua air pancut muzik memaparkan lebih 150 animasi terprogram yang unik dalam persembahan bunyi dan air yang ajaib. 

Waktu tayangan KLCC Lake Symphony Light and Sound Water Fountain ialah 8 malam, 9 malam dan 10 malam setiap hari. Bagaimanapun, waktu tayangan KLCC Lake Symphony Water Fountain (Cahaya sahaja) ialah 7:30 malam, 8:30 malam dan 9:30 malam setiap hari.

HUJUNG MINGGU DIMANFAATKAN BERSAMA KELUARGA


Sesi “Picnic in the Park” yang eksklusif ini terhad untuk 50 kumpulan bagi setiap 4 pelanggan untuk hujung minggu 8 & 9 Julai dan 15 & 16 Julai 2023. Para tetamu “Picnic in the Park” akan dihiburkan oleh ahli okestra dari “Malaysian Philharmonic Orchestra”.


Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” akan menyediakan persediaan perkelahan mewah yang dilengkapi dengan khemah, tikar dan dekorasi unik. 

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK

Setiap kumpulan akan dihidangkan dengan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh “Burger & Lobster”

Hidangan dari Burger & Lobster adalah THE SURF & TURF Combo yang mengandungi dua versi mini The Original Lobster Roll & The Mayfair Burger yang dihidangkan bersama B&L signature iaitu roti brioche, lemon dan garlic butter: RM 70
Truffle & Mushroom Croquettes ( bersama hirisan keju parmesan dan truffle mayo): RM40
B&L Salad: RM 10
Sprite / Coca Cola: RM12

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK

Para tetamu juga berpeluang untuk menikmati air minuman “Whittard of Chelsea iced tea” yang menyegarkan selain dari hidangan “Cotton Candy” atau gula-gula kapas dan juga “popcorn” yang boleh didapati di kios yang yang akan disediakan.

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK

Tidak kurang dari santapan rekreasi yang enak, para tetamu juga berpeluang untuk menikmati haruman yang mempesonakan di kios “Bath & Body Works”. 

Selain daripada itu, para tetamu berpeluang untuk merakam memori terindah melalui sesi fotografi di kios “Hot Air Balloon” yang juga bakal membuat penampilan istimewa sepanjang tempoh “Picnic in the
Park”. 

Tambahan pula, peluang untuk beriadah disekitar “Motion-Sensor Dancing Flower” juga tersedia untuk para tetamu menyingkap pengalaman yang lebih bermakna. Para tetamu juga akan menerima pelbagai barangan perkelahan yang lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matari dan peniup buih.

Bagi memastikan kemeriahan yang berganda, para pembeli yang berdaftar berpeluang untuk menyertai sesi cabutan bertuah. Hadiah istimewa seperti baucar tunai “Burger & Lobster” yang bernilai RM600 untuk setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”, hamper barangan “Whittard of Chelsea” serta alat perkakas rumah daripada Remax.


Sesi perkelahan ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama dari rakan kongsi Suria KLCC iaitu, Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan juga Toys "R" Us. 


Ini menjadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna buat kami kerana dapat memanfaatkan masa bersama seisi keluarga. Zaman sekarang dengan teknologi di hujung jari, aktiviti outdoor amat diperlukan agar dapat menjaga kesihatan dan kekal aktif. 

Ini merupakan contoh yang bagus kepada generasi baru yang terdedah dengan permainan dalam talian serta gadget. Memang sukar untuk melepaskan telefon pintar. Namun, kita harus cuba untuk letak ketepi semua gadget dan beri perhatian kepada keluarga melalui alam semulajadi. 

Rehatkan mata melihat kehijauan alam semesta dan berkomunikasi secara jelas. Bersembanglah, ketawalah dan hargailah insan tersayang. Terima kasih Suria KLCC. Picnic in The Park bukan sahaja ganjaran untuk pelanggan setia. Ia membelai jiwa kami yang sememangnya setia dengan pusat membeli-belah Suria KLCC. 


“Kami amat teruja untuk melancarkan aktiviti perkelahan “Picnic in the Park” Suria KLCC yang julung kali diadakan, ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

“Aktiviti berkelah ini diusahakan dengan tujuan untuk menghargai keindahan semula jadi disekitar Esplanade dan Taman KLCC. 

Seiring  dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan untuk setiap kunjungan para pelanggan kami, aktiviti riadah ini juga sejajar dengan tanda penghargaan ikhlas dari kami yang sentiasa bekerja untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan. 

Oleh yang demikian, aktiviti berkelah “Picnic in the Park” kali ini yang sememangnya suatu pengalaman yang perlu dirasai oleh setiap pelanggan kami.”


Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. it is awesome experience kat Picnic in the Park @ Suria KLCC! We love the B&L THE SURF & TURF Combo a lot too. wanna go again!

    ردحذف
  2. Tengok ni buat Nell teruja pulak, unique experience bah ni kan! Interesting and worth it bah! Spend RM 1000, then dapat pengalaman ni siap ada gifts worth RM600 lagi from KLCC... apa nih apa nih? Berbaloi sgt2..

    ردحذف
  3. seronok yer tengok Ruby dan family spend family quality time kat sini. untung lah, lepas shopping boleh enjoy klcc park sambil makan2 picnic sampai ke malam.

    ردحذف
  4. Syok gila dapat camping, picnic kat park KLCC. Biasa duduk2 je. Ni siap ada layanan sekali. Best gila

    ردحذف
  5. Menariknya boleh picnic in the park bersama family and rerakan. Next time I wanna go too!

    ردحذف
  6. wah bestnya picnic dekat Suria KLCC park ni, cantik sangat view, baru plan nk buat birthday anak buah kat sini sambil picnic.. sampai 12 july je ke ;(

    ردحذف
  7. menarik picnic berlatar belakangkan view KLCC. sangat cantik. nak nak time malam, memang meriah suasana dgn muzik dan kerdipan lampu2. AM suka!

    ردحذف
  8. Very beautiful way to enjoy picnic with family at klcc ni, love the night view there . Cheers SiennyLovesDrawing

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !