SIME DARBY MOTORS MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PEMILIK BYD DI MALAYSIA DENGAN MELANCARKAN PAKEJ PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN SERBA BAHARU

SIME DARBY MOTORS MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PEMILIK BYD DI MALAYSIA DENGAN MELANCARKAN PAKEJ PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN SERBA BAHARU

Ruby
0
SIME DARBY MOTORS MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PEMILIK BYD DI MALAYSIA DENGAN MELANCARKAN PAKEJ PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN SERBA BAHARU | Assalammualaikum semua! Sejak, kemunculan kenderaan sedan elektrik semakin diterima di pasaran tempatan. Kecanggihan teknologi dan bagaimana kenderaan elektrik mampu menjaga alam sekitar menjadi tarikan utama untuk masyarakat memilikinya. 

Namun, mencari ilmu sebelum membeli amat penting apabila ia melibatkan produk yang kita akan gunakan setiap hari. Adakah infrastuktur tersedia untuk mengecas kenderaan elektrik dan bagaimana servis berkala selepas jualan? 

Bagi bakal pemilik atau pemilik BYD ATTO 3, anda tidak perlu bimbang. Sime Darby Motors bersedia melayani anda dan menjawab semua persoalan. Pusat Servis BYD juga terdapat di banyak lokasi. Bukan hanya bilik pameran sahaja. Semoga bermanfaat!

SIME DARBY MOTORS MENAMBAH BAIK PENGALAMAN PEMILIK BYD DI MALAYSIA DENGAN MELANCARKAN PAKEJ PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN SERBA BAHARU


Berbekalkan permintaan pasaran yang semakin berkembang bagi kenderaan elektrik (EV) inovatif BYD, Sime Darby Motors telah menaik taraf perkhidmatan selepas jualan yang disediakannya dengan matlamat untuk menambah baik pengalaman pelanggan.  

Perkhidmatan selepas jualan serba lengkap yang menyeluruh daripada Sime Darby Motors, termasuk pusat servis terkini, perkhidmatan membaiki & mengecat badan kenderaan dan pusat pengedaran alat ganti, bertujuan memberikan layanan mesra dan pengalaman yang menyenangkan bagi pemilik BYD di Malaysia. 

Susulan daripada usaha ini, Sime Darby Motors baru-baru ini telah melancarkan pelbagai pakej perkhidmatan selepas jualan untuk memenuhi keperluan para pemilik BYD. 

Dengan tumpuan tidak berbelah bagi terhadap pelanggan, BYD memastikan bahawa setiap aspek perkhidmatan selepas jualan memenuhi piawaian antarabangsa. Juruteknik yang terlatih mempunyai kemahiran khusus untuk menyediakan khidmat rundingan pakar dan penjagaan servis untuk memastikan para pemilik EV dapat menggunakan kenderaan mereka tanpa rasa bimbang. 

Sime Darby Motors mengendalikan 3 Pusat Membaiki & Mengecat Badan Kenderaan berlesen yangterletak secara strategik di Pulau Pinang, Bukit Jelutong-Lembah Klang, dan Johor Bahru. Pusat-pusat ini menawarkan perkhidmatan khusus iaitu pembaikan badan kereta yang kecil dan besar serta dilengkapi bengkel cat dan ruang mekanikal lanjutan. 

Ketiga-tiga Pusat Membaiki & Mengecat Badan Kenderaan ini merupakan kemudahan baik pulih sah bagi panel insurans untuk memastikan pemilik BYD boleh memanfaatkan kerja pembaikan badan yang profesional. 

Kemudahan tersebut disokong oleh inisiatif digital BYD untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan yang disediakan, termasuk servis diagnostik oleh juruteknik dan juga kemudahan mencari pusat servis menerusi aplikasi mudah alih mesra pengguna BYD. 

Dengan memanfaatkan sistem penjejakan digital, pusat pengedaran alat ganti ini memastikan ketersediaan bekalan stok dan penghantaran tepat pada masanya kepada lokasi BYD di seluruh negara, lantas mencerminkan komitmen BYD untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. 

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong, dan Macau, berkata, “Perkhidmatan selepas jualan ialah komponen penting di rantaian nilai kami. Sime Darby Motors mempunyai pusat membaiki & mengecat badan kenderaan dengan piawaian tertinggi yang diluluskan oleh panel insurans. Pusat-pusat tersebut terletak secara strategik di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru. 

Kami juga sukacita untuk mengumumkan pelancaran pakej servis baharu sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang memberikan ketenangan fikiran dalam seluruh aspek kepada semua pemilik BYD di Malaysia.”

Untuk terus menambah baik pengalaman yang dapat dinikmati pemilik BYD di Malaysia, Sime Darby Motors sebagai syarikat pengedar kini menawarkan Pakej Servis Standard dan Pakej Servis Tambahan. Pakej Servis Standard disediakan untuk tempoh tiga, enam dan lapan tahun atau pada jarak 60,000 kilometer (KM), 120,000KM atau 160,000KM masing-masing, pada harga daripada RM1,688 hingga RM4,888*. 

Perkhidmatan yang disediakan termasuk servis minyak reducer, penggantian penapis penyaman udara, servis cecair brek, servis pendingin pemacu motor dan servis pendingin sistem penyaman udara. Sementara itu, pakej servis tambahan disediakan pada tempoh enam tahun atau 120,00KM dan lapan tahun atau 160,000KM, pada harga daripada RM7,888 hingga RM12,888*. 

Perkhidmatan tambahan termasuk penggantian cecair pencuci cermin depan, penggantian bilah pengelap cermin (depan dan belakang), penggantian bateri alat kawalan jauh, penggantian bateri 12V, penggantian pad brek (depan dan belakang), penggantian cakera brek (depan dan belakang). Tertakluk kepada terma dan syarat. 


Sime Darby Motors berbangga untuk menawarkan pakej perkhidmatan selepas jualan untuk menambah baik pengalaman pemilikan para pelanggan BYD di Malaysia. Dengan infrastruktur yang mantap, sistem pengurusan digital yang canggih dan pasukan yang berdedikasi, Sime Darby Motors komited untuk menyediakan khidmat penjagaan dan sokongan terbaik untuk memastikan kepuasan dan keseronokan jangka panjang bagi pemilik BYD.

Bilik Pameran dan Pusat Servis
Buat masa ini, anda boleh mengunjungi bilik pameran dan pusat servis di bawah yang sedia untuk berkhidmat untuk anda: 

BYD Ara Damansara (3S) – Sime Darby Beyond Auto 
Alamat: Blok 1, Sime Darby Motors City, 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Perniagaan: Isnin – Sabtu: 8:30 PG – 5:30 PTG
Ahad & Cuti Umum: 10:00 PG – 5:00 PTG

Pusat Servis BYD Ara Damansara – Sime Darby Beyond Auto
Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PTG
Sabtu: 8:00 PG – 12:30 TGH HARI
Ahad: Tutup
Nombor Janji Temu Servis: 03-7623 8838

BYD Kuala Lumpur @ TREC (1S) – Sime Darby Beyond Auto 
Alamat: E-G-16, E-G-17, E-1-15 & E-1-16 Electric Boulevard, TREC, 438, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan: Isnin – Sabtu: 8:30 PG – 5:30 PTG
Ahad & Cuti Umum: 10:00 PG – 5:00 PTG

BYD Gurney Plaza Pulau Pinang (1S) – Sime Darby Beyond Auto 
Alamat: 170-G-40, Plaza Gurney, Gurney Dr, 10250 George Town, Pulau Pinang
Waktu Perniagaan: Isnin – Ahad 10:00 PG – 10:00 MLM

Pusat Servis BYD Pulau Pinang – Sime Darby Beyond Auto 
Alamat: 191A, Jalan Sungai Pinang, Sungai Pinang, 10510 
George Town, Pulau Pinang.
Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PTG
Sabtu: 8:00 PG – 12:30 TGH HARI
Ahad: Tutup
Nombor Janji Temu Servis: 04-2020 388

Pusat Servis BYD Johor Bahru (2S)- Sime Darby Beyond Auto
Alamat: No. 197-199, Jalan Skudai Kiri, Batu 4 ½, 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PTG
Sabtu: 8:00 PG – 12:30 TGH HARI
Ahad: Tutup
Nombor Janji Temu Servis: +60 19-300 5949

BYD Mid Valley Southkey Johor Bahru (1S) - Sime Darby Beyond Auto
Alamat: G-018A, Persiaran Southkey 1, Southkey, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Perniagaan: Isnin – Ahad: 10:00 PG – 10:00 MLM

BYD Sisma Auto (3S) - Glenmarie
Alamat: 19, Jalan Perintis U1/52, Section U1 Temasya, 40150
Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-5569 2260
Waktu Perniagaan: Isnin - Jumaat: 9:00 PG hingga 6:00 PTG
Sabtu: 10:00 PG hingga 5:00 PTG
Ahad: 10:00 PG hingga 5:00 PTG
Laman web: https://byd.sismaauto.com/

BYD Millenium Autobeyond (3S) - Cheras
Alamat: No 691, Batu 5, Jln Cheras, Taman Mutiara Barat, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-9133 7228
Waktu Perniagaan: Isnin - Sabtu: 8:30 PG hingga 5:30 PTG
Ahad: 10:00 PG hingga 5:00 PTG

BYD Lee Motors(i) Sdn Bhd – Sg Petani
Alamat: No. 53-55, Jalan Ncity 1/3, N-city, Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
No. Telefon: 03-5569 2260
Waktu Perniagaan: Isnin - Jumaat: 9:00 PG hingga 6:00 PTG
Sabtu: 10:00 PG hingga 5:00 PTG
Ahad: 10:00 PG hingga 5:00 PTG

Meja Bantuan Pelanggan BYD – Pertanyaan Am
No. Telefon: 1300-38-1888
Alamat E-mel: [email protected]
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PTG
Laman web: https://byd.simedarbymotors.my/

MENGENAI SIME DARBY MOTORS


Sime Darby Motors adalah salah satu daripada kumpulan automotif utama di Asia Pasifik, mewakili jenama-jenama mewah seperti BMW, Rolls-Royce, Jaguar, Land Rover dan Porsche; jenama pasaran umum seperti Ford, Hyundai dan BYD, dan juga kenderaan komersial. 

Sime Darby Motors terlibat secara aktif dalam perniagaan automotif dari segenap sudut – daripada import dan pemasangan, kepada pengedaran, peruncitan dan sewa. Operasi runcitnya menyediakan antara kemudahan terbaik dan terkini di rantau ini. Di Malaysia, Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors mewakili 10 jenama, memegang 4 hak pengedaran dengan lebih 89 pengedar dan 26 pusat runcit francais milik penuh.

MENGENAI BYD 


BYD ialah sebuah syarikat teknologi tinggi yang mengkhusus dalam usaha memanfaatkan inovasi teknologi untuk menambah baik kehidupan. Diasaskan pada bulan Februari 1995 sebagai sebuah syarikat pembuat bateri boleh cas semula, BYD kini terlibat dalam pelbagai perniagaan meliputi kenderaan, transit rel, tenaga baharu dan elektronik, dengan lebih daripada 30 taman perindustrian di China, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Brazil, Hungary, dan India. 

Daripada penjanaan dan simpanan tenaga kepada aplikasinya, BYD berusaha gigih menyediakan penyelesaian tenaga emisi sifar yang mengurangkan kebergantungan global kepada bahan api fosil. Perniagaan kenderaan tenaga baharunya kini meliputi enam benua, lebih 70 negara dan rantau, dan lebih 400 bandar. Tersenarai di Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen, BYD dikenali sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Fortune Global 500, yang mempelopori inovasi dalam usaha membina dunia yang lebih hijau.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !