RAIN TETAMU ISTIMEWA AIFFA 2023

RAIN TETAMU ISTIMEWA AIFFA 2023

Ruby
0
RAIN TETAMU ISTIMEWA AIFFA 2023 | Assalammualaikum semua! Pada 20 Julai 2023 telah berlangsung Tayangan Perdana Filem Sumpahan Jerunei yang merupakan filem genre seram budaya tempatan kaum Melanau di Sarawak. 

Seiring dengan tontonan tayangan perdana filem tersebut, pengumuman tentang figura yang bakal hadir ke ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA) 2023 telah diumumkan oleh YB Dato Haji Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Creative Industry and Performing Arts Sarawak.

RAIN TETAMU ISTIMEWA AIFFA 2023



Lagi beberapa hari akan tiba ke acara yang dinantikan iaitu AIFFA 2023. Selebriti Rain dari Korea Selatan diumumkan sebagai Tetamu Istimewa AIFFA 2023 dan Rain juga telah mengesahkan bahawa beliau akan hadir pada AIFFA 2023 yang bakal berlangsung 2 hingga 4 Ogos 2023 di Kuching, Sarawak.

ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA) 2023 berbesar hati menampilkan Ikon K-Pop dan Bintang Filem Korea Selatan, Rain. Berita gembira itu diumumkan kepada semua tetamu yang hadir di tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang merupakan salah satu Opening Film untuk AIFFA 2023.

 
Selepas pertimbangan yang teliti, keputusan Pengurusan AIFFA untuk menjemput Rain sebagai Tetamu Istimewa AIFFA 2023 adalah berdasarkan bakat fenomenalnya melalui Industri Kreatif & Seni Persembahan. 

Beliau juga turut membantu menarik jutaan pengunjung mengenali dan melancong ke Korea Selatan. Malah memperoleh pengikut secara global melalui laman media sosial beliau. Secara tidak langsung menarik pengikutnya menyukai semua perkara berkenaan Korea Selatan.

Bakat luar biasa beliau merangkumi muzik dan industri perfileman kerana Rain seorang penyanyi-penulis lagu, pelakon dan penerbit muzik. Beliau juga telah berlakon dalam filem di Korea Selatan dan juga di peringkat antarabangsa Hollywood. 


Selain itu,  beliau juga terkenal sebagai dermawan yang telah mengadakan banyak acara dan konsert untuk pelbagai tujuan amal. Peminat Rain dijemput untuk Meet & Greet bersama beliau pada jam 3:30 petang di Old Courthouse Gardens pada 4 Ogos 2023. 

MALAM GALA AIFFA 2023


Mereka yang ingin melihat Rain juga boleh menghadiri Malam Gala AIFFA 2023. Tiket dijual melalui Facebook, laman web rasmi AIFFA, hubungi Ros di talian 017-6306851, email [email protected] atau beli secara terus di AIFFA BOOTH di Old Courthouse bermula dari 2 hingga 4 Ogos.


Malam Gala AIFFA 2023
Hari: Jumaat
Tarikh: 4 Ogos 2023 
Lokasi: Colosseum, Pullman Hotel Kuching 
Harga: RM300 per pax.
✅️ 4 Hidangan Makanan Barat
✅️ Persembahan Hiburan
✅️ Hari Anugerah
✅️ Kehadiran Ramai Selebriti

TONTON FILEM PERCUMA DI OLD COURTHOUSE


Dalam ucapannya, YB Menteri turut menjemput penduduk setempat menghadiri festival selama 3 hari itu bagi menikmati pelbagai acara dan tayangan filem PERCUMA di Old Courthouse.


Terdahulu, dalam ucapannya, Pengarah Festival, Livan Tajang berkata bahawa ramai bintang filem ASEAN dan pengarah filem juga akan hadir kerana mereka bersaing untuk anugerah AIFFA. Dia mengajak mereka yang berminat dengan filem untuk menghadiri festival tersebut dan kerana kebanyakan aktiviti terbuka awam dan adalah percuma. 

Dia berkata bahawa filem-filem yang disenarai pendek kini sedang dinilai oleh Juri AIFFA dari pelbagai negara yang kemudiannya akan berada di Kuching untuk memilih pemenang daripada kalangan calon.

SUMPAHAN JERUNEI


Filem Sumpahan Jerunei merupakan filem pertama AIFFA sebagai filem kandungan Sarawak ditayangkan sebagai filem pembukaan dan akan dimainkan semula untuk perwakilan ASEAN pada Opening Night


Produksi Seni Duapuluh Dua Puluh Sdn. Bhd., diketuai oleh Dato Nancie Foo dan Datin Dr. Wendy Wong serta beberapa pelakon dan krew turut hadir di tayangan perdana ini malam. Mereka termasuk Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Nawip, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah, Ali Mohamad, Tommy Black, dan Uncle Sil. Filem ini akan mula ditayangkan pada 27 Julai di pawagam GSC di seluruh Malaysia.

MENGENAI AIFFA


ASEAN International Film Festival and Awards (AIFFA) merupakan pertandingan dwitahunan untuk pembikin filem daripada 10 negara ASEAN. Festival dan Anugerah Filem ini dibenarkan oleh Sekretariat ASEAN sebagai salah satu aktiviti bersama serantau. 

Ia pertama kali dianjurkan pada tahun 2013 dan kini dalam edisi keenam. Dikenali sebagai AIFFA, ia diadakan di Kuching, Sarawak, Malaysia. Ia dinilai oleh juri antarabangsa ASEAN dan menawarkan anugerah dalam 17 kategori meliputi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal pembikinan filem. 

Ia berlangsung dengan acara tiga hari di Kuching dan dihadiri oleh pembikin filem dari seluruh dunia.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !