ACAR IKAN MASIN TALANG PRODUK INDUSTRI KECIL SEDERHANA KUALA KURAU PENCETUS SELERA HIDANGAN

ACAR IKAN MASIN TALANG PRODUK INDUSTRI KECIL SEDERHANA KUALA KURAU PENCETUS SELERA HIDANGAN

Ruby
0
ACAR IKAN MASIN TALANG PRODUK INDUSTRI KECIL SEDERHANA KUALA KURAU PENCETUS SELERA HIDANGAN | Assalammualaikum semua! Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 pada 12-14 Julai 2023 anjuran Tourism Malaysia telah memberi Ruby pengalaman yang luar biasa. Dari kembara alam semulajadi kepada menikmati makanan enak di negeri Perak. Sememangnya masih banyak lagi belum habis Ruby terokai. Makin lama, makin seronok.

Kali ini Ruby ingin berkongsi tentang menu makanan Acar. Pada kebiasaannya Ruby hanya tahu Acar Buah sahaja. Itu pun jarang beli di mana-mana. Mak Ruby akan masak setiap minggu. Hehe. Namun, Acar Ikan Masin Talang adalah sesuatu yang baru bagi Ruby. Ada kebimbangan ketika membeli, mungkin bau ikan terlalu kuat ke. Ikan masin kurang ke? Banyak persoalan ya? Al maklumlah pembeli kan. Hahaha. 

ACAR IKAN MASIN TALANG PRODUK INDUSTRI KECIL SEDERHANA KUALA KURAU PENCETUS SELERA HIDANGAN


Destinasi kami seterusnya ke Projek Acar Ikan Masin Talang dan Sos Cili yang diusahakan oleh Puan Siti Rohani Binti Mohd Zaini, 55 tahun. Beliau lebih mesra di panggil Puan Ani. Cuaca agak panas, tetapi kami nak tengok perniagaan Industri Kecil Sederhana (IKS) sebelum kami berangkat ke Taiping. 

Setibanya ke destinasi, kami di sambut oleh Puan Ani sendiri. Malah, kami dihidangkan Bubur Panas, Acar Ikan Masin Talang, Kuih Muih dan Minuman. Tengoklah cantiknya merah Acar Ikan Masin Talang ni. Ruby cuba semua masakan Puan Ani. Memang sedap. Acar Ikan Masin Talang manis-manis pedas manja. Tak pedas langsung pun kalau ikut tahap kepedasan yang subjektif.


Menurut Puan Ani, setiap bungkusan 200 gram Acar Ikan Masin Talang mengandungi 10 ketul ikan masin talang. Ikan Masin Talang dalam Acar ini tidak lembik, rasa puas ketebalannya. Memang best. Nyummmmssss. Lepas rasa, terus Ruby beli dua kotak. Hahaha.

Puan Ani mengusahakan perniagaan Acar Ikan Masin Talang melalui dorongan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kurau dibawah Lembaga Pertubuhan Peladang (Peladang). Peladang merupakan agensi kerajaan yang mempunyai objektif untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil, pendapatan, membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu.


Pada mulanya Puan Ani memulakan perniagaan sebagai tukang jahit. Kemudian pada bulan Ramadan beliau masak Acar Ikan Masin Talang dan memberi kepada kenalan. Mendapat maklum balas positif, malah galakan untuk berniaga Acar Ikan Masin Talang. 

Seterusnya, beliau menghantar sampel kepada Peladang untuk mereka cuba. Pada 2016, Puan Ani memulakan perniagaan makanan di bawah bantuan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Kurau. Sehingga hari ini, permintaan kepada produk yang dihasilkan oleh Puan Ani terus mendapat sambutan.
 

PRODUK-PRODUK PUAN ROHANI


Dari Acar Ikan Masin Talang, Puan Ani terus menghasilkan produk makanan lain iaitu Pes Ikan Bakar, Sos Char Kuey Teow, Rempah Sup, Sos Cili dan Madu Kelulut. Harga jualan sangat berpatutan dan mendapat kelulusan MESTI. Puan Ani juga dalam proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal JAKIM agar produk lebih diyakini oleh semua pelanggan. 

Puan Ani juga menyertai expo yang dianjurkan oleh Peladang dan FAMA. Sebulan Puan Ani akan menghasilkan Acar Ikan Masin Talang sebanyak 3 kali dan setiap masakan mampu menghasilkan 300 pek Acar Ikan Masin Talang.
 
Acar Ikan Masin Talang (220 gram) - RM 15
Sos Cili - RM 3
Madu Kelulut (50ml) - RM 20
Rempah Sup - RM 1.90

Puan Ani juga sedang dalam proses permohonan mesin teknologi Retort yang mampu memberi jangka hayat produk beliau sehingga 2 tahun berbanding teknik pembungkusan sekarang yang hanya bertahan selama 6 bulan. 

ANUGERAH USAHAWAN


Puan Ani telah menerima pelbagai anugerah dan juga telah menyertai banyak program untuk meningkatkan perniagaan beliau. Anda boleh lihat semua sijil dam trofi seperti di bawah ini.

INTAI DAPUR PUAN ANI


Melalui perniagaan yang diusahakan oleh Puan Ani, beliau secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Penyediaan makanan pastinya pilihan pekerjaan sambilan atau sepenuh masa bagi suri rumah yang ingin pendapatan bulanan. 

Anda boleh dapatkan produk Puan Ani di ibu pejabat iaitu rumah Puan Ani sendiri atau hubungi terus Puan Ani. 

Alamat: No 111 Batu 12 1/2, Jalan Pantai, Parit Tok Hin, 34350 Kuala Kurau, Perak
Hubungi: +60194095928

Penulisan ini ditulis bersempena Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 pada 12-14 Julai 2023 anjuran Tourism Malaysia.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !