FILEM POLIS EVO 3 KITA LAGI KUAT BOH 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT

FILEM POLIS EVO 3 KITA LAGI KUAT BOH 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT

Ruby
8
FILEM POLIS EVO 3 KITA LAGI KUAT BOH 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Teruja Ruby ingin berkongsi ulasan dan perkongsian filem yang Ruby nantikan iaitu sequel filem Polis Evo Polis. 2015, 2018 dan sekarang 2023 barulah ditayangkan Polis Evo 3. 

Ternyata Pandemik Covid-19 memberi impak kepada para penggiat seni untuk terus berkarya.  Namun, ia juga memberi impak segar dengan terhasilnya perkembangan watak yang mantap dari Inspektor Sani dan Inspektor Khai. 

Inspektor Sani dah berani wei, dah tak takut-takut nak kombat lawan penjenayah. Benar lah bak kata pickup line Polis Evo 3, Kita Lagi Kuat Boh!

FILEM POLIS EVO 3 KITA LAGI KUAT BOH 2 JAM PADAT DENGAN AKSI KOMBAT



Polis Evo 3 menampilkan garapan arahan dari Pengarah Syafiq Yusof yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Selepas setiap filem yang diarahkan oleh beliau sering mendapat sambutan. 

Kini, ramai mencari filem melalui nama pengarah. Jika ada nama pengarah ini, mereka akan ke panggung wayang untuk menonton naskah seni beliau. 

Merupakan filem yang paling dinantikan selepas beberapa tahun berjaya menambat hati penonton. Ramai dahagakan filem dari badan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Apabila penonton menonton filem melibatkan Anggota PDRM dan dari pasukan khas. Kita secara automatik akan terbit perasaan patriotik dan berasa teruja serta kagum dengan pengorbanan mereka. 

Melalui sekuel Polis Evo bermula pada tahun 2015 arahan Encik Ghaz Abu Bakar yang membanteras jenayah penghasilan dan pengedaran Syabu Naga bertempat di Negeri Terengganu Darul Iman. 

Merupakan titik permulaan SuperCop Inspektor Khai dan Inspektor Sani bekerjasama sebagai pasukan. Bajet penggambaran RM 2.7 juta dan berjaya mendapat kutipan pawagam sehingga RM 18 juta. 

Seterusnya Polis Evo 2 arahan Encik Joel Soh ditayangkan pada tahun 2018. Polis Evo 2 menampilkan peningkatan tanggungjawab Inspektor Sani dan Inspektor Khai dalam pasukan Narcotics Crime Investigation Division (NCID) / Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. 

Polis Evo 2 menampilkan jalan cerita tentang pengedaran Syabu, Puak Pengganas Al Minas, kerjasama Polis dua negara di antara Malaysia dan Indonesia. Polis Evo 2 memasuki pasaran Indonesia. Dengan bajet penggambaran sebanyak RM 7.8 juta. Sequel filem Polis Evo 2 berjaya mendapat kutipan pawagam sehingga RM 23 juta.

Polis Evo 3 yang paling dinantikan selama ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Mei 2023. Mampukah Polis Evo 3 mengatasi kutipan box office? Ruby percaya dengan peningkatan watak dan arahan dari Encik Syafiq Yusof, pasti boleh. 

Tahukah anda ketiga-tiga filem ini diterbitkan oleh Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip yang merupakan anak jati Terengganu iaitu sutradara Joel Soh? 

Keghairahan beliau terhadap pembikinan filem aksi dan pencapaian dalam seni kreatif sejak usia muda menyebabkan dia dianugerahkan biasiswa daripada syarikat penyiaran media terbesar negara iaitu Astro. Bakat yang digilap sehingga mencipta kejayaan. Tahniah.

POLIS EVO 3 MENAMPILKAN UNIT PASUKAN KHAS PDRM DENGAN LEBIH JITU


Melalui sequel Polis Evo, kita boleh lihat sendiri bagaimana Pasukan Unit Khas dari PDRM menjalankan tugas dari mata seorang Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip filem. 

Di dalam sesebuah karya filem, pastinya ada keseimbangan jalan cerita, plot twist, drama, kasih sayang, kecewa, sedih, penggunaan alat letupan, kesan khas, kenderaan yang bersesuaian dan aksi kombat. 


Shaheizy Sam ni memang sesuai la berlakon filem aksi. Boleh pergi jauh stail dan komitmen yang Sam bagi ni. Watak Inspektor Khai memang makanan Sam. 

Pelakon kegemaran kita masa filem zaman cinta cintun dulu dah berlakon filem aksi gais. Kami support Sam sampai bebila! Harap ada Polis Evo 4. Hahaha. 

Zizan Razak sebagai Inspektor Sani adalah watak di luar kotak untuk pelawak no 1 negara kita sebenarnya. Lakonan Zizan Razak memang A++++++. 

Setiap kali Zizan Razak berlakon dalam apa sahaja naskah filem. Pasti beliau memberi lebih dan kelainan. Kita tak nampak Abang Long Fadil di sini. Kita tak nampak lawak krik krik. Kita tak nampak pelawak MLM. 

Zizan Razak memang lahir dengan bakat penghibur. Berlakon dan melawak bergabung. Sangat istimewa anugerah yang Allah s.w.t berikan kepada beliau. Asal buka mulut je buat orang ketawa. Dia serius pun rasa nak ketawa. Keep it up Zizan Razak!  Tahniah.


Penampilan Michael Ang ternyata adalah babak luar kotak yang kita tidak menyangka akan ada di dalam Polis Evo 3. Awal-awal Inspektor Sani dan Inspektor Khai perlu undercover. 

Memang lucu dan kali ini Inspektor Sani tidak teragak-agak membuat keputusan dan nampak keseimbangan kerjasama dengan Inspektor Khai. Polis Evo, Polis Evo 2 kita boleh tengok betapa stress Inspektor Khai nak meyakinkan rakan sekerja tentang tipu daya penjenayah kan? Hehehe.

Seterusnya watak Sharnaaz Ahmad yang bukan biasa-biasa kita tengom Antagonisnya. Ruby rasa ia sangat hebat, malah menakutkan. 

Sebab dendam kesumat boleh bawa kepada nekad yang kita tidak sangka. Memang padu sinematografi watak Reza ni. 

Jitu kombat, ekspresi wajah kecewa, air mata bertakung, mata merah, mekap parut kebakaran nampak realistik dan babak dalam api tu bukan setakat tunjuk badan sasa Sharnaaz Ahmad. 

Tetapi, ia menunjukkan kebangkitan dari kekecewaan dan menjadi dendam. Sedih sebenarnya. Tapi itulah hikmah kehidupan. 

Farali Khan pula watak baru di dalam Polis Evo 3. Dah macam Lesley hero dari permainan MOBO Mobile Legends Bang Bang. Melihat gaya dia bawa senjata, tembakan tepat, ternyata watak Marksman ni memang bersesuaian dengan Inspektor Julie lakonan Farali Khan. 

Ekspresi wajah, gaya dan pakaian. Perghhhhhh rasa women empowerment tu kuat gilaaaa. Cara Farali Khan berdialog pun nampak strong women. Suka lah. Jarang filem Malaysia ada watak Marksman wanita. 

Boleh la buat filem Inspektor Julie ni macam drama bersiri Alias yang Jennifer Garner berlakon tu. 

Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani adalah watak paling mendebarkan ya. Besar tanggungjawab kalau berkenaan bahan letupan. Semasa menonton, boleh dikatakan babak berkenaan potong wayar bahan letupan tu buat kami berhenti bernafas. 

Yelah dekat stesen MRT dan food truck Bukit Bintang. Rasa macam kita pun berhadapan situasi tersebut. Orang awam ramai, Nora Danish kesayangan kami pula dalam bahaya.

Serius lepas Inspektor Dani berjaya potong wayar, satu dewan pawagam tepuk tangan. Garapan dari pengarah berjaya beri impak luar biasa. Tambahan pula ini kali pertama Ruby tengok Syafiq Kyle berlakon filem aksi begini. Boleh berlakon lagi filem macam ni. Terbaik!


Menonton Polis Evo 3 selama 2 jam sememangnya berbaloi-baloi. Kita tidak sedar filem hampir habis. Malah kita tidak pula rasa filem ini tergantung. Namun, kami mengharapkan Polis Evo 4 pula. Hahaha. 

Idea untuk Polis Evo 4, plot twist isteri Inspektor Sani adalah Spy! Manakala Inspektor Khai nikah dengan Anis dan beliau perlu rekrut anggota PDRM baru untuk pasukan NCID. 

Penjenayah pula dari kalangan semua golongan B40, M40 dan T20. Dari pelajar sekolah, sampai orang tua jawatan besar di syarikat terkemuka. Hehehe. 

Ulasan filem dari setiap penonton adalah subjektif, namun Ruby beri 10/10 bintang untuk Polis Evo 3. Tahniah buat semua!


FILEM POLIS EVO 3 



Tajuk : Polis Evo 3
Genre : Aksi / Komedi
Pengarah : Syafiq Yusof
Penerbit : Joel Soh | Andre Chiew
Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad | Datuk Yusof Haslam 
Skrip : Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Sinematografi: Jordan Chiam
Syarikat Penerbitan : Astro Shaw | Skop Productions | TGV Pictures | BlackFlag
Lokasi Penggambaran : Klang Valley
Jumlah Hari Penggambaran : 8 Minggu
Bahasa : Bahasa Melayu
Durasi Filem : 113 minit
Klasifikasi: 13
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023
Barisan Pelakon:
Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sebagai Reza
Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani
Fara Ali Khan sebagai Inspektor Julie, ahli tunggal wanita dalam UKAN yang mahir menembak tepat (marksman)
Douglas Lim sebagai Inspektor Dell
Nora Danish sebagai Anis
Eyka Farhana sebagai Yati, adik Inspektor Sani
Fadilah Mansor sebagai Ibu Khai, Inspektor Sani
Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk
Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal
Michale Ang sebagai Chao, ketua kongsi gelap serta buruan Khai dan Sani yang muncul di awal filem.
Dato' Afdlin Shauki sebagai Kasim, membuat penampilan kameo.
Isha Norsham sebagai Khadijah, penampilan khas akad nikah bersama Inspektor Sani.

Penampilan khas Ben Amir, Iman Corinne Adrienne, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fouziah Gous, Ezzaty Abdullah, Danial Zaini, Radin Amir Affendy.


SINOPSIS POLIS EVO 3


Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. 

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 


POLIS EVO 3 BAKAL PECAH PANGGUNG


Filem francais blockbuster dengan penampilan gandingan duo nombor 1 Malaysia, Polis Evo kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel terbaru, Polis Evo 3 di 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini. 

Kemunculan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini disambut positif oleh penonton selepas treler rasmi dilancarkan pada bulan lalu. 

Dengan pengalaman dan ‘forte’ pengarah terkenal Syafiq Yusof, Polis Evo 3 menjanjikan kualiti filem setanding karya antarabangsa serta mampu memberikan pengalaman dan kepuasan berbeza kepada penonton.  

Antara lain yang menjadi kekuatan Polis Evo 3 adalah gandingan barisan pelakon hebat yang menggerakkan setiap watak. Jika terdahulu watak Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Inspektor Khai (Shaheizy Sam) hanya berdua, kali ini skuad Polis Evo dibesarkan lagi dengan watak-watak baru yang mempunyai kepakaran masing-masing.

Watak Inspektor Dani (Syafiq Kyle) pakar bahan letupan; Inspektor Julie (Fara Ali Khan) pakar penembak tepat; Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus dalam mengakses data teknologi; ACP Farouk (Fauzi Nawawi) ketua skuad; dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) menjadi perisik khas. Sementara itu pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad membawakan watak antagonis, Reza yang digeruni. 

Istimewa Polis Evo 3 turut mengembalikan watak-watak daripada francais terdahulu seperti pelakon Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor. 

Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. 

Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati. 



Mewakili pihak penerbit Polis Evo 3, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Jenama Polis Evo semakin kukuh sebagai francais aksi no 1 negara. 
Tentunya sebagai penerbit, kami berusaha meningkatkan taraf filem ini ke tahap lebih tinggi. Kami yakin kualiti produksi, jalan cerita serta lakonan adalah yang terbaik pernah kami hasilkan. 

Ia bukan saja mampu menepati cita rasa penonton semua lapisan umur, latar dan bangsa, malah kami mensasarkan ia untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia. 

Filem francais box-office Polis Evo yang paling dinantikan ramai kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel ketiganya. 
Kelainan Polis Evo 3 kali ini tentunya menampilkan lebih aksi, lebih dramatik, dan mengembangkan ‘keluarga Polis Evo’ melalui watak-watak baru untuk turut bersama dalam perhubungan ‘bromance’ Inspektor Khai dan Inspektor Sani. 

Di samping itu, Polis Evo 3 turut mengalu-alukan rakan penerbit baru Skop Productions dan TGV Pictures dalam memperkukuhkan lagi strategi penerbitan filem ini. 
Kami juga akan tampil dengan rangkaian promosi kreatif dengan menjalinkan kerjasama bersama jenama-jenama PUBG MOBILE, serta video pendek khas bersama pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa, Sofyank, di samping inisiatif kreatif bersama rakan-rakan pemamer. 

Diharapkan juga naskah ini dapat mengangkat wajah filem tempatan apabila ia dipersembahkan kepada penonton negara luar. 
Dengan kisah yang universal, Polis Evo 3 membawa penonton merasai ‘emotional roller coaster’ melalui mood yang mendebarkan dan komedi dalam tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan. 

Kami harap kehadiran Polis Evo 3 dapat menjadikan ia sebagai filem francais aksi terbaik Malaysia serta mampu memberi kejutan terbaru dalam industri perfileman tempatan.”

Pengarah Polis Evo 3, Syafiq Yusof berkongsi rasa gembira namun dalam pada itu turut berdebar menantikan reaksi penonton. “Saya meminati filem-filem Polis Evo dan apabila diberi peluang untuk mengarahkan sekuel seterusnya, tentunya saya sangat teruja, namun masih ada rasa bimbang kerana francais sebelum ini telah mencipta kejayaan luar biasa. 

Saya perlu memastikan Polis Evo 3 juga mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memenuhi jangkaan peminat serta dapat memikat penonton baru untuk mengenali Polis Evo. 
Pihak produksi, penerbit, barisan pelakon dan semua yang menjayakan filem ini telah melakukan yang terbaik dan kini tiba masanya untuk Polis Evo 3 dipersembahkan kepada penonton. 

Saya harap penonton dapat menerima hasil sentuhan saya dan terhibur menyaksikan filem ini. ”


Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam menyatakan rasa teruja berpeluang terlibat dalam filem francais terbesar negara yang dinanti nantikan penonton. “Astro Shaw telah mewujudkan keserasian dalam bekerjasama dengan Skop Productions melalui filem-filem kolaborasi terdahulu. Sebagai penerbit dan pengkarya seni tentunya kami ingin menghidangkan sesuatu yang berbeza dan sekali gus mampu menepati cita rasa penonton. 

Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan kami yakin kemampuan beliau mampu menghasilkan sebuah filem luar biasa. Nantikan filem Polis Evo 3 dan harapan kami agar karya ini mampu mencipta fenomena tersendiri serta memberi kejutan dalam industri perfileman kita.”  


Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, “TGV rasa amat berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat penerbit perfileman gergasi Malaysia, Astro Shaw dan SKOP Productions, menerusi francais filem blockbuster Polis Evo. 

Melihat sambutan francais terdahulu, TGV yakin Polis Evo 3 mampu mengulangi dan mencipta kejayaan tersendiri. Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kami dalam menyokong industri perfileman tempatan dan berharap dapat menjalinkan usahasama sebegini lebih banyak lagi pada masa hadapan."

Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. 

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

POLIS EVO 3 - AYUH (OST)


Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. 

Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas enam tahun tidak merakam lagu. 


SIRI JELAJAH POLIS EVO 3


Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Pembelian Tiket Awal Polis Evo 3
Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. 

Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  

Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Barisan pelakon yang hebat-hebat belaka. Even lagu tema pun dinyanyikan penyanyi yang hebat dan popular. Syabas!

    ردحذف
  2. Ini yang membuatkan Rawlins nak gi tengok nie. Ok. This weekend nak layan dengan besties la.

    ردحذف
  3. antara filem terbaik untuk tahun ni..suka sangat gabungan zizan dan sam memang meletop. jln ceritapun best

    ردحذف
  4. Ohh wowo ... love this movie punta storyline la, gonna check out more & enjoy a movie of this soon. Perhaps this weekend la. Cheers SiennyLovesDrawing

    ردحذف
  5. Best ye baca banyak feedback menarik tentang Polis Evo 3 ni, viral juga. Undoubtedly kutipan sgt memberangsangkan juga! 👍🏻 my turn maybe weekend ni nak pergi tengok la

    ردحذف
  6. Wah!! Menarik ulasan. Nanti nak ajak anak2 tengok sekali juga la Polis Evo 3 ini hujung mggu ini..

    ردحذف
  7. Wah macam best citer ni, nanti nak ajak my hb pergi tengok this movie

    ردحذف
  8. Filem ni merupakan antara yang terbaik untuk tahun ini. Gabungan Zizan dan Sam memang padu teroks! Mereka berdua mempunyai chemistry yang memikat hati dan menjadikan jalan cerita filem ini begitu menarik. Tak sabar nak saksikan keseluruhan cerita yang pastinya menghiburkan dan membawa kita ke dalam dunia yang penuh dengan kejutan.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !