LALAPORT BBCC A RADIANT RAYA MERIAH DENGAN PELBAGAI PROGRAM DAN BAZAAR

LALAPORT BBCC A RADIANT RAYA MERIAH DENGAN PELBAGAI PROGRAM DAN BAZAAR

Ruby
0
LALAPORT BBCC A RADIANT RAYA MERIAH DENGAN PELBAGAI PROGRAM DAN BAZAAR | Assalammualaikum semua! 1 April yang lalu Ruby berkesempatan ke LaLaport BBCC untuk mencari barang keperluan raya. Kami juga plan untuk berbuka puasa terus di sana. Buat pengetahuan anda, ini adalah kali ke dua Ruby sekeluarga ke LaLaport BBCC. 

LALAPORT BBCC A RADIANT RAYA MERIAH DENGAN PELBAGAI PROGRAM DAN BAZAAR


FESTIVE COOKING DEMO WITH SHEILA RUSLY



MALAYSIA GRAND BAZAAR AT BBCC


Meriahnya di saat melangkah ke Malaysia Grand Bazaar at BBCC. Lokasi berdekatan kaunter ZEPP KL. 

Berikut adalah semua vendor yang akan menyertai Malaysia Grand Bazaar (MGB) untuk Pesta Raya 2023! Daripada baju raya yang cantik-cantik hinggalah kepada kuih-muih yang lazat, aksesori dan pelbagai lagi. Semua tersedia untuk anda pada raya tahun ini! Datang dan bawa keluarga anda ke MGB untuk membeli-belah barangan raya semasa bulan Ramadan ini. 

Malaysia Grand Bazaar di BBCC terletak bersebelahan Pintu Masuk Timur LaLaport. Beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam bermula sejak 31 Mac 2023 hingga 19 April 2023. Pesta Raya akan berlangsung selama 20 hari! Kalau nak shopping barang-barang Raya, boleh lah datang bila-bila masa!

RUBY BELI BAJU RAYA DI MIA DRESSING


Koleksi pakaian di Mia Dressing ni buat Ruby tertarik sebab nak pakai pergi beraya dan event. Event yang Ruby perlu hadir kebanyakan ada tema. Jadi, ter ter ter shopping kat sini. Dua pasang Ruby sambar. Hahaha.


TEBUS BAUCAR TUNAI


Boleh ditebus dengan pembelian barangan bernilai RM100 dan ke atas di semua penyewa atau vendor Malaysia Grand Bazaar di 2 bazar kami yang sedang berlangsung - UDA Kaleidoscopic Raya dan Pesta Raya oleh Lokalwave.

Bukan itu sahaja! Anda juga boleh mendapatkan baucar tunai RM10 MGB untuk dibelanjakan untuk membeli-belah raya anda! Tersedia sekarang sehingga 7 Mei 2023 atau sehingga stok masih ada😊

DIREKTORI LALAPORT BBCC DAN PARKING PERCUMA SEHINGGA 30 JUN 2023


Kalau lihat dari perkongsian sahabat di media sosial, banyak gambar menarik dan sangat cun. Tapi, bila datang ke LaLaport BBCC, tak jumpa pula lokasi macam dalam gambar. Nah, Ruby kongsikan peta direktori untuk rujukan anda. 


Sejak pembukaan LaLaport BBCC, perkara paling menjadi bualan ramai adalah Parking. Parking PERCUMA! Ruang parking di LaLaport ada beberapa Zone bagi memudahkan anda akses bahagian pusat membeli-belah ini dengan lebih efisen.


Jemput datang ke LaLaport BBCC. Jadikan ia sebagai destinasi untuk persediaan raya buat anda seisi keluarga.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !