BUKA KOTAK DAN PANDANGAN PERTAMA SAMSUNG GALAXY A54 5G AWESOME LIME 256GB

BUKA KOTAK DAN PANDANGAN PERTAMA SAMSUNG GALAXY A54 5G AWESOME LIME 256GB

Ruby
6
BUKA KOTAK DAN PANDANGAN PERTAMA SAMSUNG GALAXY A54 5G AWESOME LIME 256GB | Assalammualaikum semua! Memperkenalkan telefon masam manis terkini dari Samsung. Ruby suka warna hijau Awesome Lime ni. Nampak segar dan baru. Awesome Lime ni warna terkini dari siri Samsung Galaxy. 

Bersesuaian dengan sasaran pasaran pengguna yang dari golongan pertengahan seperti pelajar dan pempengaruh. Jangan pandang rendah pada siri Galaxy A kerana mengikut pengalaman Ruby, kualiti kamera lebih padu dan ruang storan lebih besar 256GB. Harga? Hanya RM 1,899 sahaja. Berbaloi kan?

BUKA KOTAK DAN PANDANGAN PERTAMA SAMSUNG GALAXY A54 5G AWESOME LIME 256GB



Dengan kemasan kaca premiu1m, reka letak kamera yang jitu dan warna yang bertenaga, Galaxy A54 5G membawa identiti Awesome pada asas telefon pintar yang lancar dan anggun. 4 ciri utama Galaxy A54 5G yang perlu anda tahu, iaitu:

1. Awesome Design
2. Awesome Video
3. Awesome Nightography
4. Awesome Screen

4 ciri ini diangkat dan Ruby tidak sabar nak cuba dengan lebih lanjut. Jom kita buka kotak terlebih dahulu Samsung Galaxy A54 5G. 


Di dalam kotak ini terdapat:

✅️ Samsung Galaxy A54
✅️ Quick Start Guide
✅️ Warranty Card
✅️ Samsung Pay Notes
✅️ USB-C To USB-C Cable
✅️ SIM Ejector Pin

Spesifikasi Samsung Galaxy A54 5G:

Paparan:
✅️ FHD+ 6.4-inci
✅️ Paparan Super AMOLED
✅️ Kadar penyegaran 120Hz
✅️ Vision booster
* Ukuran menyerong saiz skrin ialah 6.4-inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.3-inci merangkumi bucu bulat. Kawasan paparan terlihat yang sebenar adalah kurang disebabkan oleh bucu bulat dan lubang kamera.

Ukuran dimensi & Berat: 
✅️ 158.2 x 76.7 x 8.2mm, 202g

Kamera:
✅️ Kamera Ultra-Lebar 12MP
•F2.2
✅️ Kamera Utama 50MP
• F1.8, AF, OIS
✅️ Kamera Makro 5MP
• F2.4
✅️ Kamera Depan 32MP
• F2.2

AP:
✅️ Octa-core

Memori:
✅️ Memori 8GB + Storan 256GB
✅️ Storan boleh dikembangkan sehingga 1 TB dengan kad microSD
*Kapasiti storan sebenar yang tersedia tertakluk kepada perisian yang dipramuat.
*Pilihan memori mungkin berbeza mengikut pasaran.
*Kad MicroSD dijual berasingan. Ketersediaan ciri tertentu (seperti Memori dan Pemproses) mungkin berbeza mengikut pasaran dan pembawa.

Batteri: 
✅️ 5,000mAh (piawai)
*Nilai piawai diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai piawai adalah anggaran nilai purata yang mengambil kira sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti terkadar (minimum) ialah 4,860mAh. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung kepada keadaan rangkaian, corak penggunaan jumlah panggilan dan mesej, kekerapan pengecasan dan faktor lain.

OS:
✅️ Android 13
✅️ One UI 5.1
* Ketersediaan ciri, apl dan perkhidmatan One UI mungkin berbeza bergantung kepada versi OS.

Keselamatan:
✅️ Samsung Knox

Samsung Galaxy A54 5G mempunyai ruang storan tambahan yang anda boleh masukkan kad memori microSD di bahagian tepi ruang kad sim. Manakala bahagian kad sim boleh masuk dua kad sim. Telefon yang agak sibuk nampaknya ni. 


Bahagian cas telefon pintar Samsung Galaxy A54 5G adalah jenis type-C. Pengecasan mantap dengan sambungan ke Samsung 25W USB-C Super Fast Wall Charger. Menarik kan? Seronok baca ulasan dari Ruby? Kita berhenti rehat dahulu. Nantikan ulasan telefon pintar Awesome ni pada artikel akan datang. Okay? 

إرسال تعليق

6تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Wow...I like this new Samsung phone.model at 1st time, the light shinning colour & cute 3 cameras lining up at the back :) cheers SiennyLovesDrawing

    ردحذف
  2. Saya tertarik pada warna Awesome Lime ni. Lain daripada yang lain. Harganya pun dalam budget saya.

    ردحذف
  3. Makin meriah la R&D Samsung nie. Produk pun makin padu dengan harga yang sangat mampu milik. I LIKE!

    ردحذف
  4. Cantik and unique ye color phone ni.. Lime green ye ni.. nampak fresh and style bawa ni... tengok the features pun gempak ye, sesuai for content creator usage ni..

    ردحذف
  5. Cantiknya samsung ni! Storage dia pun besar pada harga tu, bagi saya memang berbaloi! :)

    ردحذف
  6. cantiknya hp ni.. features dia pun best.. tapi semua org tahu Samsung memang tak pernah mengecewakan

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !