ASTRO KASIH BERSAMA SELEBRITI TEMPATAN AGIH 1000 BUBUR LAMBUK DI MASJID NURUL EHSAN | Astro Kasih bersama selebriti tempatan agihkan 1000 bubur lambuk di Masjid Nurul Ehsan. Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini.
Astro Kasih dengan kerjasama pihak Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya telah menyediakan juadah Bubur Lambuk sebanyak 1000 bungkus kepada komuniti di sekitar kawasan penduduk yang disertai oleh barisan pelakon dan selebriti tempatan termasuk Duta Kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.
ASTRO KASIH BERSAMA SELEBRITI TEMPATAN AGIH 1000 BUBUR LAMBUK DI MASJID NURUL EHSAN
Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran daripada personaliti personaliti Astro Radio termasuk Fazziq (ERA), Putra (SINAR), Rea (GEGAR), Lin Ariffin (ZAYAN), Raianna (Go Shop) dan penampilan pelakon dan selebriti Hawa Rizwana dan Wafiy Ilhan.
Turut diraikan ketika menghadiri majlis ini ialah anak-anak dan ibu tunggal dari 2 Persatuan Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal: Hajah Kamariah dan Nur Hikmah yang menghimpunkan seramai 120 orang untuk sesi tazkirah dan ceramah yang disediakan oleh pihak Astro Kasih, bertempat di perkarangan Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan Petaling Jaya.
Penganjuran program adalah inisiatif pihak Astro Kasih untuk mendekati komuniti setempat dan sejajar dengan slogan Ramadan tahun ini #BukalahHati.
Catat Ulasan
PERHATIAN: Semua komen yang ditinggalkan adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen pembaca. Komen yang melanggar undang-undang adalah tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.