TUDUNGSICOMEL TUDUNG SEKOLAH AWNING ON POINT UNTUK PELAJAR

TUDUNGSICOMEL TUDUNG SEKOLAH AWNING ON POINT UNTUK PELAJAR

Ruby
0
TUDUNGSICOMEL TUDUNG SEKOLAH AWNING ON POINT UNTUK PELAJAR | Assalammualaikum semua! Bagaimana dengan persiapan ke sekolah anak perempuan kalian? Pastinya ramai ibu bapa dan penjaga mencari pakaian baru untuk anak-anak. Ruby sering terapkan ganjaran dan keseronokan menimba ilmu dengan anak-anak dengan mencari barang kembali sekolah yang baru. 

Secara logiknya, satu kali ini membeli dan anak-anak akan gunakan sepanjang sesi persekolahan. Bagi tahun 2023/2024, sebanyak 196 hari anak-anak akan bersekolah. Baju sekolah itulah yang dia akan pakai dan tudung sekolah yang sama juga lah yang dia akan pakai. 

Itulah tudung untuk sesi pembelajaran di kelas, sesi pendidikan jasmani dan kesihatan, ketika hari sukan, ketika lawatan luar sekolah, tudung untuk aktiviti ko-kurikulum dan macam-macam lagi.  

TUDUNGSICOMEL TUDUNG SEKOLAH AWNING ON POINT UNTUK PELAJAR



Ibu bapa, beli terus tudung anak-anak 5 helai terus. Supaya setiap hari anak-anak pakai tudung berlainan. Janganlah pakai berulangkali tudung tu tanpa membasuhnya, bau masam tetap ada walau dah spray fabrik mist atau perfum. Islam menganjurkan untuk berpakaian bersih setiap waktu.

Ramai di kalangan ibu bapa memilih untuk membuat persiapan awal membeli kelengkapan pakaian kembali ke sekolah walaupun cuti penggal terakhir persekolahan baharu bermula.

“Tarikh buka sekolah bagi sesi tahun 2023 hanya berselang beberapa hari sebelum bulan puasa dan kemudian disusuli dengan sambutan hari raya Aidil Fitri pula. Jadi ramai ibu bapa bersedia awal supaya lebih bijak merancang kewangan dan mendahulukan kepentingan. 

Paling utama kita pastinya mahukan anak-anak selesa dan ceria memulakan sessi awal persekolahan disamping dapat merasa juga baju baharu di pagi raya. Saya yakin, tudung sekolah yang kemas dan selesa akan membantu anak-anak lebih fokus di dalam aktiviti pembelajaran di sekolah”

Encik Syahruddin Zainul pemilik Tudung Si Comel (tengah) bersama kakitangan syarikat.

“Persiapan awal juga dapat memberi ruang untuk kita memilih uniform sekolah yang memenuhi citarasa anak-anak agar sesuai dengan saiz, material berkualiti dan pastinya mampu milik. Sempena sesi persekolahan akan datang, jenama TudungSiComel juga ada melancarkan rekaan tudung terbaharu khas untuk murid pra sekolah. Tudungnya kami jahit lebih singkat supaya selesa apabila dimasukkan ke dalam baju,” ujar Kapten Syahruddin Zainul TUDM (Bersara).


Pengarah SBZ Prima Sdn Bhd ini menambah, tudung untuk murid dan pelajar lain juga diberikan rekaan terbaharu yang mana “awning tudungnya lebih on point” supaya anak-anak kelihatan lebih kemas apabila memakainya. Pihaknya menawarkan tudung seawal murid pra sekolah, sekolah rendah dan juga tudung untuk pelajar sekolah menengah.

“Kita sedia maklum murid sekolah akan memakai tudung dalam tempoh yang lama, dari pagi hingga lah ke sessi petang. Seharian di sekolah pastinya memakai tudung yang selesa sangat penting. Justeru itu kita memilih untuk lebih fokus dalam penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai”

SEDEKAD TUDUNGSICOMEL


“Saya memulakan perniagaan tudung kanak-kanak menerusi TudungSiComel seawal tahun 2013 yang mana ketika itu budaya bertudung seawal usia masih belum diterima secara meluas. Alasan itu juga yang mendorong minat saya untuk memulakan perniagaan dengan hasrat untuk membudayakan budaya bertudung seawal usia. 

“Selepas lima tahun, saya mengambil keputusan untuk lebih fokus kepada penghasilan tudung sekolah yang selesa dipakai dan syarikat telah berjaya membekalkan hampir semua jenis dan warna tudung sekolah di Malaysia di bawah satu bumbung,” ujarnya. 


Kapten Syahruddin berasal daripada Kedah dan mendapat pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja(MTD) Kem Sg Besi pada tahun 1995 hingga 1998 . Beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan kemudiannya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar.

Pada tahun 2003 beliau telah ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, namun 10 tahun selepas itu beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal kerana ingin menyambung minat dalam bidang perniagaan. 

“Selepas 10 tahun dalam bidang ini saya bersyukur kerana strategi “slow and steady” iaitu mengukuhkan akar terlebih dahulu dalam perniagaan membuahkan hasil kerana sambutan meningkat saban tahun dan kini sudah memasuki fasa “growth”. 

TUJUH KOLEKSI TUDUNGSICOMEL


Saya menggunakan pendekatan sentiasa mengemas kini setiap rekaan, mendengar aduan ibu bapa dan yang paling utama adalah maklum balas daripada si pemakai itu sendiri “Kini terdapat tujuh jenis tudung sekolah yang dihasilkan antaranya tudung sekolah awning scuba (awning on-point), tudung sekolah awning lembut, tudung sekolah berdagu getah, tudung pra-sekolah, tudung sekolah berdagu, tudung sekolah berdagu labuh dan tudung sekolah dua lapis. 


1. Tudung Sekolah Awning Scuba

2. Tudung Sekolah Dua Lapis

3. Tudung Sekolah Awning Lembut

4. Tudung Sekolah Awning Scuba Berdagu Getah

5. Tudung Pra Sekolah

6. Tudung Sekolah Awning Scuba Berdagu

7. Tudung Sekolah Awning Scuba Labuh Berdagu 


“Kesemua tudung ini dipasarkan ke seluruh negara secara dalam talian dan melalui agen-agen dropship yang dilantik serta menggunakan website e-Commerce untuk memudahkan pelanggan dan agen dropship membuat tempahan,” katanya.

INNER RAINBOW (KIDS)


Apa yang menarik, pihaknya juga menjahit anak tudung (inner rainbow) seragam untuk dipakai dengan tudung sekolah. “Keistimewaan anak tudung yang dijahit menggunakan material dan warna yang sama dengan tudung, jadi ianya sesuai untuk dipakai ke sekolah. Sesetengah sekolah tidak membenarkan pemakaian anak tudung yang bewarna-warni jadi kami mengambil inisiatif menjahit anak tudung yang sesuai dan seragam dengan tudung sekolah,” ujarnya.



MELATIH KANAK-KANAK PEREMPUAN MENUTUP AURAT DARI AWAL USIA


Beliau sendiri turun padang untuk memilih material dan mengupah tukang jahit bagi memastikan kualiti tudung yang terhasil mengikut piawaian seperti yang diinginkan. 

“Saya fokus untuk melatih lebih ramai golongan wanita terutama suri rumah untuk sama-sama menjana pendapatan sambil melihat anak-anak membesar di hadapan mata. 

“Itu juga alasan yang sama kenapa saya menamatkan perhidmatan lebih awal iaitu ingin bekerja secara dalam talian dan melihat anak-anak membesar di hadapan mata. Saya bersyukur isteri, Norfaizah Manaf dan anak-anak, Nur Amalia Batrisyia, Nur Qistina Batrisyia, Muhammad Aiman Hakim dan Nur Safiyya Batrisyia sentiasa menyokong usaha saya ini.

UJIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19


Resam perniagaan ada jatuh dan bangun dan Syahruddin juga mengalami saat-saat sukar apabila seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 yang menyebabkan sekolah di seluruh Negara terpaksa ditutup selama lebih setahun.

“Sekolah-sekolah ditutup ketika itu dan saya pantas mengambil inisiatif menjadikan tudung sekolah sebagai tudung sarung khas untuk dipakai dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) dan saya bersyukur apabila strategi itu berhasil. Ramai ibu-ibu membeli untuk kegunaan anak-anak mereka semasa menghadiri kelas secara dalam talian,” katanya

SERTAI AGEN TUDUNGSICOMEL


Beliau yang kini sedang merancang dan berharap dalam tempoh lima tahun akan datang syarikat berjaya mewujudkan satu sistem agen serta modul berkaitan ilmu pemasaran dalam talian yang lengkap agar agen-agen yang berdaftar mendapat manfaat daripadanya.

“Antaranya adalah untuk melatih sesiapa sahaja yang menyertai dropship TudungSiComel sejak dari awal pendaftaran sehinggalah berjaya membuat jualan dan menjana pendapatan dengan serius secara dalam talian hanya dari rumah.  

“TudungSiComel juga berhasrat untuk menjadi one stop center bagi semua jenis tudung sekolah yang diperlukan di negara ini sekaligus memudahkan ibu-ibu mendapatkan tudung sekolah yang selesa buat anak-anak. Tudung yang dijual adalah dalam lingkungan harga mampu milik dengan anggaran antara RM16.90 - RM24.90 sehelai sahaja”


“Kami juga memberikan Jaminan Istimewa 180 Hari kepada semua produk yang dijual dengan harapan semua pelanggan gembira dengan produk yang dibeli” ujarnya

Lebih istimewa pada akhir tahun lalu, TudungSiComel secara rasminya telah disahkan sebagai sebuah syarikat patuh shariah (shariah complience) dengan mematuhi hukum dan prinsip-prinsip shariah dari sudut pengoperasian serta produk.


Mereka yang berminat untuk mendapatkan tudung sekolah yang selesa boleh melayari laman web www.tudungsicomel.com atau mendaftar sebagai dropship melalui https://tudungsicomel.com/dropship/daftar 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !