RAIKAN RAYA BERSAMA RIZMAN RUZAINI, 100 KOLEKSI RAYA PADA HARGA MAMPU MILIK

RAIKAN RAYA BERSAMA RIZMAN RUZAINI, 100 KOLEKSI RAYA PADA HARGA MAMPU MILIK

Ruby
1
RAIKAN RAYA BERSAMA RIZMAN RUZAINI, 100 KOLEKSI RAYA PADA HARGA MAMPU MILIK | Assalammualaikum semua. Pereka fesyen kegemaran ramai telah melancarkan 100 koleksi raya 2023. Rizman Ruzaini terkenal dengan kekemasan dan perincian kemas dalam menyediakan pakaian. Raya tahun ini, anda pasti dapat memakai Rizman Ruzaini kerana mereka telah menyediakan beberapa kategori pakaian bersesuaian dengan harga mampu milik untuk semua. 

RAIKAN RAYA BERSAMA RIZMAN RUZAINI, 100 KOLEKSI RAYA PADA HARGA MAMPU MILIK



Seperti yang dinantikan peminat jenama terkenal negara ini, pereka duo Rizman Ruzaini kini muncul dengan koleksi RR Raya 2023.

Memilih slogan, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, untuk tahun ini hampir 100 helaian dilancarkan dengan rekaan bervariasi bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri nanti.

Tersedia dari harga RM149 hingga RM8 ribu ringgit, jelas Rizman selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaanya ini.

“Di Rizman Ruzaini kami mewujudkan dua 'segmentation' yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.

“Tetapi untuk tahun ini kempen kami tertumpu kepada semua golongan melalui satu slogan Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” katanya.


Rizman turut mendedahkan bahawa mereka membelanjakan sehingga RM1 juta untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya tahun ini. Bercakap perihal lokasi perlancaran malam ini, Rizman menjelaskan bahawa pemilihan hotel St. Regis dilihat bertepatan dengan koleksi hari raya Rizman Ruzaini untuk tahun ini. 

“Mengenali saya dan Ruzaini sendiri kami memang teliti dalam semua aspek. Jadi pemilihan lokasi ini juga harus selari dengan apa yang ingin kami tampilkan pada koleksi kali ini. Eksklusif dan mewah.

“Memang benar untuk perlancaran kali ini juga peruntukkannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini,” tambahnya.

Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis perlancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini. 


Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini, pastinya nama-nama seperti Nasha Aziz, Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha ternyata mengiyakan bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi golongan terkenal ini.

“Seperti yang kita tahu, Rizman Ruzaini memang cukup akrab dengan golongan selebriti di negara ini. Bagi kami kehadiran jenama ini pada awalnya juga banyak bergantung kepada sokongan selebriti yang tidak putus-putus memberikan maklum balas yang baik tentang jenama ini.

“Tentunya saya harapkan hubungan antara selebriti dan Rizman Ruzaini akan terus terjalin erat sekali gus menjadi inspirasi kepada kami untuk terus menghasilkan karya lebih mengujakan pada masa depan,” jelasnya.


Istimewanya juga, pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini mendapat sokongan rakan strategik daripada Usanita.

KOLEKSI RR RAYA 2023


Sebanyak 11 rekaan disediakan, setiap darinya terdiri dari beberapa warna menarik dan tersedia pada saiz XS hingga 4XL. Harga dari RM 399.

AMELIA

MIRA


DAIYAN

DIANA 

ERRA

MARSHA 

NABILA

ABIL

NATASHA

ROSE

RR BASIC KURUNG 


Baju Kurung sentiasa menjadi pilihan para wanita. RR Basic Kurung tersedia dalam 27 warna dan dari saiz XS hingga 3XL. Dijual pada harga RM 299.

KOLEKSI RR RAYA 2023 MENS


MALEK

Baju Melayu Teluk Belanga klasik bagi mereka yang lebih suka mengekalkannya rekaan  tradisional tetapi mahu nampak lain dengan seliar bewarna putih. Didatangkan lengkap dengan padanan samping Songket bercetak dalam lima warna berbeza. Malek terdapat dalam lima warna, saiz XS hingga XL dan dijual pada harga RM 299.

Koleksi seterusnya menampilkan baji atasan sahaja. Perincian baju ini dengan zip sorok dan jika diperhatikan corak songket kelihatan tulisan RR. 6 koleksi ini tersedia dari saiz S hingga XL dan dijual pada harga di antars RM 149 hingga RM 169.

ADAM

DALER

EZAIDI

NABIL

NAZIM

IKMAL

RR LUXE RAYA 2023


RAHIMAH 

RAIHANA

RAENA

RAESA

RAHNA

RALINE


RIANA

ROSELINE


ROSSA

RIZMAN RUZAINI RED RAYA 2023


ADELA 

ALICE

ANASTASIA

BEATRICE

RR RAYA 2023 SCARVES



RR SONGKET SCARF

RR LACE SCARF

RR HOUNDSTOOTH SCARF

RR METAMORPHOSIS SCARF

RR CLASSIC SCARF

RR BASIC COTTON

RR MONO SHAWL

RR BASIC CHIFFON SHAWL


Dapatkan kesemua koleksi raya 2023 dari Rizman Ruzaini di butik atau di laman web www.rizmanruzaini.my
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Koleksi Rizman Ruzaini ni memang cantik dan kemas... Wah... dah ada harga mampu milik la... Boleh lah try nanti raya tahun ni

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !