IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER DRAMA 9 EPISOD ARAHAN HADITH OMAR BERMULA 5 MAC 2023

IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER DRAMA 9 EPISOD ARAHAN HADITH OMAR BERMULA 5 MAC 2023

Ruby
0
IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER DRAMA 9 EPISOD ARAHAN HADITH OMAR BERMULA 5 MAC 2023 | Assalammualaikum semua! MasyaAllah rindu sangat nak tengok lakonan Mira Filzah kan? Masa nampak trailer drama Iman Instant Ustazah Scammer di Instagram. Nampak je Mira Filzah dengan basikal tu, terus bersorak kegembiraan dan kongsi dengan kawan-kawan. Ketika itu, tidak terfikir bila drama tu, siapa pelakon yang lain. Apa-apa hal kita gembira dulu. Hahaha.

Lepas tu, tengok poster! MasyaAllah ramai pelakon best dan kelakar! Memang masuk dalam list la nak tengok Drama 9 episod Imam Instant Ustazah Scammer ni. Hero drama ni pula Hun Haqeem!!! Double kegembiraan! Sebab suka lakonan Hun ni. Anda merindui lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem? Moh kita tengok di Imam Instant Ustazah Scammer di Astro Ria.

IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER DRAMA 9 EPISOD ARAHAN HADITH OMAR BERMULA 5 MAC 2023



Tajuk: Imam Instant Ustazah Scammer
Genre: Komedi
Pengarah: Hadith Omar
Terbitan: Zeel Production
Bahasa: Bahasa Melayu
Episod: 9 episod, Setiap Ahad
Klasifikasi: Umum
Platform Tayangan: Astro Ria
Tarikh Tayangan: 5 March 2023
Durasi Penggambaran : 45 hari 
Lokasi Penggambaran: Kapar, Klang 
Barisan Pelakon:
Mira Filzah sebagai Effa
Hun Haqeem sebagai Asyraf
Qasrina Karim sebagai Siti Siakap
Usop Wilcha sebagai Tok Jamlus
Yasmin Hani sebagai Zubaidah
Yassin Senario sebagai Arof
Azza Elite sebagai Saleha
Mierul Aiman sebagai Ronaldo
Fendi Seman sebagai Tok Man
Mak Jah sebagai Mak Jah
TJ sebagai Bidin

IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER


Hun dari budak teh o ke imam dan Mira Filzah kembali ke layar tv. Bersempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Astro Ria bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Imam Instant Ustazah Scammer.

Drama sembilan episod arahan pengarah Hadith Omar itu menggandingkan dua pelakon popular, Hun Haqeem dan Mira Filzah buat pertama kalinya.



Sutradara Hadith Omar berkata, “kemunculan Mira Filzah dalam drama ini adalah yang terbesar selepas berumahtangga dan berehat seketika daripada pentas lakonan. Mira dan Hun sebelum ini pernah bekerjasama tetapi melalui muzik video Dato Sri Siti Nurhaliza, Siapa Tak Mahu.

Sudah tentu gandingan kali pertama dalam naskhah drama menimbulkan rasa teruja kedua-dua pelakon untuk menjayakan karya arahan Hadith Omar ini.

“Mira Filzah selepas berumahtangga, dia berehat sebentar dan ini merupakan ‘comeback’ yang besar untuk Mira dan kali ini digandingkan pula buat kali pertama dengan Hun Haqeem. 

“Ini betul-betul gandingan pertama mereka untuk sebuah naskhah drama. Very interesting , very cute, kena tengok,” kata Hadith.

Selain itu Hadith akui berdepan dengan pelbagai cabaran memandangkan penggambaran bermula ketika skrip belum siap sepenuhnya.



“Cabaran paling besar adalah sewaktu penggambaran bermula memandangkan skrip ketika itu masih dalam proses pembikinan.

“Jadi, kami tidak tahu apa yang boleh dijangkakan selain perlu beri fokus kepada jalan cerita serta mengagak apa yang terjadi.

“Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik apabila setiap episod mengikut mod dan emosi serta karakter selain cabaran lokasi kerana cuaca yang panas,” ujarnya.

Bersempena kedatangan Ramadan, Hadith berharap mesej dalam drama berkenaan dapat disampaikan dan difahami penonton terutama dalam menerapkan semangat bulan mulia.

“Drama ini berbentuk ringan tetapi terdapat isu serta banyak pengajaran kerana kami cuba memberikan didikan kepada peminat tentang pelajaran agama melalui komedi.

“Kami selitkan banyak pengajaran terutama mengenai ramadan untuk menyuntik kembali semangat sambutan bulan mulia dan hari raya yang kian pudar dalam masyarakat,” tutur pengarah Nusyuz Berkiblat Cinta itu.

SINOPSIS IMAM INSTANT USTAZAH SCAMMER


Imam Instant Ustazah Scammer menceritakan tentang seorang wanita bernama Effa lakonan Mira Filzah yang menyamar menjadi ustazah melarikan diri dari ahlong ke Kampung Ramadan.

Secara tidak sengaja, Effa berjumpa dengan Asyraf watak Hun Haqeem yang merupakan imam dilantik segera kerana suka mengaji dan videonya menjadi perhatian ramai.

Namun, gelaran imam yang diberi membuatkan Asyraf kurang selesa dan meminta orang ramai berhenti memanggilnya sebegitu kerana dia hanya cintakan al-Quran.

MIRA FILZAH SEBAGAI USTAZAH EFFA


Sementara itu Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, lega kerana tidak perlu melakonkan watak berat sebaliknya karakter santai dan dalam drama ber genre komedi ini.


“Saya bimbang juga untuk buat kemunculan semula tetapi alhamdulillah dapat beraksi dalam sebuah cerita yang ringan, relaks dan komedi.

“Lebih penting, saya tidak perlu buat kemunculan semula dengan drama berat yang memerlukan saya nangis-nangis.

“Watak kelakar yang saya pegang ini ‘menjadi’ dengan bantuan semua orang di sekeliling serta tidak perlu berlebihan-lebihan,” katanya yang membawa watak Ustazah Scammer.

Seorang scammer yang merupakan bekas banduan, mangsa penipuan cinta. Dia menipu menjadi pendakwah untuk menyimpan wang demi membayar hutangnya. Mempunyai perwatakan yang lembut, sopan, comel dan manis. 

Namun, perwatakannya berubah setiap kali dia mengalami ruam akibat berbohong. Dia akan mendapat ruam jika dia berbohong lebih daripada 3 kali sehari. 


Dia berasa terancam oleh Asyraf, takut Asyraf akan melihat melalui penipuannya. Dia juga mengelak dari Asyraf kerana ketampanannya. Dia seorang yang cepat belajar walaupun dia tidak pernah menyedarinya.

HUN HAQEEM SEBAGAI IMAM ASYRAF


Akui Hun yang membawa watak Imam Asyraf, pengalaman bergaul dengan orang surau ketika zaman remaja memudahkannya menghayati karakter imam muda.


“Rujukan saya ada pelbagai termasuk karakter yang saya temui sebelum ini yang kemudian disatukan untuk jadi Imam Asyraf.

“Saya juga ada merujuk geng surau sebab dulu saya pernah jadi budak teh O di surau kerana sepanjang Ramadan, tugas saya buatkan minuman untuk jemaah tarawih,” ujarnya.

Seorang content creator yang menjadi viral kerana suaranya yang indah membaca Al-Quran, dia merupakan seorang loser terutamanya dalam keluarganya. Asyraf bercita-cita untuk menabung wang simpanannya untuk bekerja di luar negara.

Seorang penipu yang menggunakan suara lelaki Arab sebagai suara untuk kandungan media sosialnya. Mencari wanita yang muncul dalam mimpinya di Kg Ramadan. Gemuruh di hadapan Effa menyebabkan dia bercakap bukan-bukan. Dia mempunyai kebolehan untuk menghafal Al-Quran dengan cepat tetapi tidak menyedarinya.

Ashraf viral di social media setelah video dia mengaji Quran dengan begitu lunak mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Ashraf tak selesa dengan perhatian yang diterimanya dan telah memuatnaik satu lagi video untuk orang ramai jangan mencarinya. Dia hanya nak kongsi video dia mengaji sebab dia suka mengaji dan dia nak galakkan ramai anak muda mengaji, itu sahaja, bukan demi popularati, bukan demi duit. 


Dia yang digelar Imam Ashraf juga meminta orang ramai berhenti memanggil dia Imam kerana dia bukan Imam. Dia cuma cintakan Quran, itu sahaja. Dan dia bercita-cita hendak ke Mesir untuk belajar agama di sana dan sekarang dia sedang mengumpul duit untuk ke sana.

TONTON DI ASTRO RIA 9 MALAM SETIAP AHAD

Drama ini berbentuk light-hearted dramate tetapi terdapat isu serta banyak pengajaran kerana pengarah cuba educate audiens tentang pelajaran agama melalui komedi. Diselitkan dengan banyak pengajaran, tentang Ramadan, amalan di bulan Ramadan, apa amalan ibadah yang kita patut buat semua ini kita inject

Pengarah juga menyuntik kembali semangat sambutan Ramadan dan hari raya yang sekarang semakin pudar dalam masyarakat kita. Semangat balik kampung. Itu yg kita nak kembalikan di samping nostalgia. 

Pengajaran melalui drama ini Don’t judge a book by its cover, Jangan terpedaya dengan kata-kata. Selain itu, pengarah nak tunjuk juga, bagaimana perspesi orang sekarang yang mudah percaya dengan satu sumber. Kadang tak betul tapi kita percaya bulat-bulat. "Tak Pasti Jangan Kongsi" boleh jadi "Tak Pasti Jangan Mempercayai" juga. Perlu juga husnuzon. 

Imam Instant Ustazah Scammer merupakan drama sebanyak sembilan episod dan akan ditayangkan bermula 5 Mac setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria atau strim dalam Astro Go.

Set kalendar anda pada 5, 12, 19, 26 Mac 2023 dan seterusnya 2, 9, 16, 23, 30 April 2023. Harap-harap drama Imam Instant Ustazah Scammer memberi dakwah dalam komedi yang boleh diterima oleh semua golongan.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !