ARIANI LAYAR RAYA 2023 UNTUK SEISI KELUARGA

ARIANI LAYAR RAYA 2023 UNTUK SEISI KELUARGA

Ruby
6
ARIANI LAYAR RAYA 2023 UNTUK SEISI KELUARGA | Assalammualaikum semua! Pada 14 Mac 2023, Ruby telah hadir ke pertunjukan fesyen ARIANI Layar Raya 2023 bertempat di KL Convention Centre. Dekorasi di luar dewan meriah dengan bunga-bunga indah. Apabila masuk ke dalam dewan, masyaAllah luas dan cantik. 

Penataan cahaya dan lagu yang dimainkan memberi getaran zaman 80-an. Terus perasaan Nostalgia menjelma. Ruby yang berada jauh dari pentas boleh menyaksikan semua koleksi menerusi skrin layar. Meriah!

ARIANI LAYAR RAYA 2023 UNTUK SEISI KELUARGA


Seindah majlis anugerah berprestij apabila melihat di skrin secara langsung. Kesemua koleksi yang diperagakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penonton. Dari tudung ARIANI yang digayakan bersama busana serba putih. Tampak naik semua corak, warna dan kilauan batu pada tudung ARIANI.

Seterusnya, koleksi telekung dari ARIANI sangat unik dengan kilauan batu dan penambahan kain net. Macam baju pengantin tu, tapi ia adalah sepasang telekung. Memang cantik. Nanti Ruby nak beli satu apabila ia mula berada di pasaran. Serius cantik!

Semasa lagu Bonnie Tyler - Holding Out For A Hero mula diputar dan kami ternanti-nanti apakah koleksi yang bakal diperagakan. Rupa-rupanya koleksi ARYAN! Gempak betul semua model lelaki memperagakan Baju Melayu, Kurta. Terus auto kacak! 

Penampilan Peter Hugh Davis lengkap berbaju melayu, bersongkok dan  bersampin. Fuhhh lain macam pengenalan jenama ARYAN dari ARIANI. Definisi sorang lelaki sememangnya Real Fighter.

Kemudian ARIANI RTW tampil untuk koleksi ARIANI MINI RTW yang menyasarkan kepada bayi dan kanak-kanak sehingga usia 10 tahun. Meriah dan ceria di saat kanak-kanak dari Aurora Dance Studio membuat persembahan dengan pakaian-pakaian Layar Raya ARIANI 2023. Boleh lah seisi keluarga tampil sedondon!

ARIANI LAYAR RAYA 2023



ARIANI kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini. Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik iaitu dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan. Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

HOUSE OF ARIANI


Menurut Datin Farah Haryani, ARIANI juga mencipta sejarah baru kerana berjaya membuka House of ARIANI (HOA) pada 10 Mac 2023. Bangunan tersergam indah bersaiz keluasan 37,100 meter persegi menjadikan HOA sebagai gedung tudung & butik pakaian muslimah wanita terbesar di Malaysia yang mempunyai 4 aras ini menempatkan kesemua koleksi ARIANI di bawah satu bumbung.


BERAYA DI PAGI RAYA BERSAMA ARIANI


Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu Sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.

Membuka majlis pertunjukan fesyen pada petang itu, lebih 30 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan tudung printed yang terdiri daripada voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, shawl bersulam, instant. 


Kesemua koleksi ini direka dengan menyuntik pengalaman perayaan penuh glamor dan warna-warni dalam helaian tudung yang selesa dan praktikal dengan sentuhan motif unsur alam, bunga-bungaan dan cetakan abstrak. 

ARIANI LUXE


Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari ARIANI LUXE. ARIANI LUXE adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif. 

ARIANI LUXE ditafsir sebagai sebuah jenama hijab premium yang mampu membangkitkan pesona dan personaliti wanita dalam berfesyen. ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. 

Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.

PAKAIAN LELAKI ARYAN


Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub-brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti. 


Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.

DATIN LISA SURIHANI DUTA ARIANI


Pertunjukan fesyen Layar Raya ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.


Berikut adalah nama pakaian ARIANI RTW yang digayakan oleh mereka.

Datin Lisa Surihani - Ariani RTW Teana Baju Kurung Rapsberry Sorbet
RM 260.10 (Harga Asal: RM 289)

Bella Dally - Ariani RTW Erina Baju Kurung Limeade
RM 260.10 (Harga Asal: RM 289)

Uyaina Arshad - Ariani RTW Nara Baju Kurung Lime Green
RM 278.10 (Harga Asal: RM 309)

ARIANI READY-TO-WEAR (RTW)


ARIANI RTW menampilkan 109 koleksi lebaran sambil diiringi dengan persembahan Erni Zakri dan Syamel yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah. Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri.


Bersesuaian dengan konsep ready-to wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan. 


Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL. Malah pada tahun ini juga, ARIANI RTW turut memperkenalkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di hari raya.

THE PREMIUM SERIES BY ARIANI RTW


Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel.

Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.

PENTAS FESYEN ARIANI LAYAR RAYA 2023 MEGAH DISERIKAN DENGAN 800 TETAMU



Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Dapatkan pakaian raya anda di House of ARIANI, butik-butik ARIANI berdekatan atau secara dalam talian.

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wah..sebenarnya cantik-cantik la design Ariani ni. Memang bagus kualitinya

    BalasPadam
  2. the fashion show is so grand! Wish to buy a piece or two from ARIANI Layar Raya 2023 collection

    BalasPadam
  3. Wah. Makin meriah dan laju Ariani now. Macam nak kena jenguk juga baju-baju raya dia nie

    BalasPadam
  4. Wow all their lebaran collection looks so elegant with quality material

    BalasPadam
  5. Wow ...wow....so nice to be at this fashion show event, love all the nice designs for both men & women this Raya festival. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  6. Meriahnya event ni! Terbaik ye pilihan duta brand ni, and banyak juga collections for this year Raya! Cantik lak tue

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !