ANUGERAH PPOBM 2023 BERMATLAMAT MENGUMPUL DANA MEMBINA RUMAH PENERBITAN BRAILLE DAN MERAIKAN KECEMERLANGAN OKU PENGLIHATAN

ANUGERAH PPOBM 2023 BERMATLAMAT MENGUMPUL DANA MEMBINA RUMAH PENERBITAN BRAILLE DAN MERAIKAN KECEMERLANGAN OKU PENGLIHATAN

Ruby
2
ANUGERAH PPOBM 2023 BERMATLAMAT MENGUMPUL DANA MEMBINA RUMAH PENERBITAN BRAILLE DAN MERAIKAN KECEMERLANGAN OKU PENGLIHATAN | Assalammualaikum semua! Pada 22 Februari 2023 yang lalu telah berlangsung majlis yang dinantikan ramai setelah hebahan tentang majlisnya diketahui umum. Bertempat di Bangi Avenue Convention Centre pada jam 9 malam acara bermula.

Dari awal persembahan kami dihiburkan oleh Tenggara Dance Creative UPSI, kemudian ada bacaan Al-Quran surah Al-Furqan menggunakan buku Braille oleh Encik Faiq Adnan. Seterusnya acara penyampaian anugerah dan nyanyian dari Adira Suhaime dan Hafiz Suip. 

Baca >> https://www.ruby.my/2023/02/ppobm-award-grand-dinner-2023-rai-oku.html

ANUGERAH PPOBM 2023 BERMATLAMAT MENGUMPUL DANA MEMBINA RUMAH PENERBITAN BRAILLE DAN MERAIKAN KECEMERLANGAN OKU PENGLIHATAN



Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) meraikan dan menghargai usaha golongan yang terpilih ini agar masyarakat Malaysia mengiktiraf kejayaan mereka dan memberi peluang kepada golongan tersebut menjadi sebahagian daripada kebanggaan negara. Ia juga bertujuan memberikan inspirasi kepada golongan muda OKU Penglihatan mencipta sendiri peluang kejayaan. 

Biarpun setiap hari mengharungi liku-liku kehidupan tanpa cahaya dan melalui pelbagai kesukaran berbanding mereka yang sempurna penglihatan. 

Walau bagaimanapun, ramai golongan yang cacat penglihatan ini berjaya mengharungi kesulitan hidup dan menjadi inspirasi kepada mereka yang senasib agar tidak kalah dengan cabaran.

Selain daripada itu juga, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung proses penerbitan bahan bacaan Braille untuk kegunaan OKU Penglihatan dan membina jaringan kenalan baharu buat semua penderma dan penaja. PPOBM adalah sebuah organisasi yang bergerak aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sukan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Bagi memastikan PPOBM mampu membantu OKU Penglihatan secara berterusan, organisasi ini berusaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi PPOBM dan menjalankan program bantuan serta kebajikan kepada ahli PPOBM. Sebanyak 7 kategori anugerah telah disampaikan kepada penerima anugerah yang terdiri dikalangan OKU penglihatan. 


Antaranya adalah Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021 yang dianugerahkan kepada Che Ku Nur Ain daripada Terengganu. Merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidkan Khas Setapak yang mendapat 10A walaupun hilang 70% penglihatan beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan.

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2021dianugerahkan kepada Niki Amirul bin Zimi. Pelajar di SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas Kelantan ini memperoleh 5A dalam STPM 2021 dengan PNGK 3.92.

Seterusnya Anugerah Pencapaian Anak Seni Cemerlang dianugerahkan kepada kumpulan Caliph Busker. Mereka bermula sebagai penyanyi jalanan di Kuala Lumpur.

Siapa sangka dari jalanan mereka diberi peluang oleh Edry Abdul Halim bagi membawakan lagu Romancinta bersama kumpulan Mojo diangkat ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 dan memenangi bagi kategori Persembahan Terbaik. 

Juga menjadi wakil Malaysia pada penganjuran True Colors Festival di Singapura pada tahun 2018. True Colors Festival menghimpunkan kesemua artist dan penggiat seni berstatus OKU di rantau Asia Pasific. Caliph Buskers turut tampil membuat persembahan pembukaan yang cukup bertenaga. 

Anugerah seterusnya adalah Anugerah Atlet Cemerlang 2022 yang diberikan kepada Mohd Saifuddin bin Ishak. Merupakan atlet lompat jauh paralimpik Malaysia dan pencapaian terbaik beliau di peringkat antarabangsa pada Sukan ParaASEAN ke-11 yang berlangsung di Surakarta, Indonesia pada tahun 2022 yang memperoleh pingat Emas. Beliau yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara untuk satu lagi komitmen sukan beliau.


Lain-lain anugerah ialah Anugerah Sukarelawati Terbilang 2023, Anugerah Sukarelawan Terbilang 2023 dan Anugerah Khas Jasamu Dikenang Kategori Sukan OKU Penglihatan diberikan kepada para sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu pembangunan OKU Penglihatan dan aktiviti yang dianjurkan PPOBM. 

Anggaran seramai 500 orang tetamu menghadiri Majlis makan malam Anugerah PPBM 2023 ini yang terdiri daripada ahli PPOBM, tetamu jemputan khas, penderma, penaja dan tetamu istimewa. 


Majlis disempurnakan dengan perasmian pembukaan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat YBhg Dato’ Shaharuddin Abu Sohot dan kata-kata aluan oleh Presiden PPOBM Encik Mohammad Huzaifah bin Ahmad. Tetamu juga turut dihiburkan oleh persembahan artis tanah air Malaysia iaitu penyanyi Hafiz Suip, Adira & Caliph Buskers.


Dipenghujung majlis, turut dilancarkan tabung pengumpulan dana melalui aplikasi Launchgood.com yang merupakan platform sumbangan Muslim di seluruh dunia. 

PPOBM melancarkan kempen untuk mengumpulkan dana bagi membina Rumah Penerbitan Braille yang dianggarkan menelan belanja lebih daripada RM1 juta. 

Orang ramai, individu atau pihak korporat yang berminat boleh terus ke link https://launchgood.com/ppobm dan setiap sumbangan akan diberikan resit pengecualian cukai.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di aplikasi whatapps +6011 6219 7914 atau layari laman sesawang https://dinner.ppobm.org.my/
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !