YURA YUNITA RAIKAN SEDEKAD DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA

YURA YUNITA RAIKAN SEDEKAD DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA

Ruby
0
YURA YUNITA RAIKAN SEDEKAD DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua. Yunita Rachman atau lebih dikenali sebagai Yura Yunita dilahirkan di Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada 9 Jun 1991. Merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu Indonesia berketurunan Sunda.

Industri seni dari mana pun pasti mempunyai pelbagai kisah. Namun, bagi Yura Yunita ia adalah satu perjalanan yang mendewasakan beliau. Mula aktif di dalam dunia nyanyian dan komposer muzik sejak 2014. Melalui pelbagai ujian dari kecil. 

Dari rasa protes dengan kehidupan, beliau memilih untuk merawat diri dan menerima keadaan tersebut. Kemudian bangkit dengan lebih berani. Ini kerana, ujian kehidupan tetap ada. Bagaimana kita mengharunginya adalah cara kita dapat membantu diri kita. 

Bantu diri kita sebelum orang lain. Masyarakat akan terus menghukum walau jahat atau baik kita. Maka, sentiasa berbuat baik agar kehidupan kita lebih berkah. Begitulah konsep muzik Self-Help dari Yura Yunita tercetus. Dari pengalaman kehidupan dan healing journey. 

YURA YUNITA RAIKAN SEDEKAD DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA



Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur dianjur oleh Renjana Idea dan disokong oleh Wardah Cosmetics. Ini merupakan Konsert Pertama dan Solo Yura Yunita. Sebanyak 17 lagu akan dipersembahkan. Kesemua lagu itu adalah lagu sepanjang 10 tahun beliau di dalam industri seni. 

Persiapan Konsert Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur telah bermula sejak 2 bulan yang lalu dan terus berlatih. Kejutan pada malam ini adalah penyanyi jemputan yang bakal berduet bersama Yura Yunita.

Karya Self-Help dari proses Yura melalui kehidupan. Healing Journey di Bali. Insecure, Hormonal Inbalance. Kita perlu menyembuhkan diri dari dalam dan menerima trauma dan luka lama. Berdamai dengan masa kecil. Belajar untuk Sabar. Apa yang terjadi di dalam kehidupan peribadi menjadi isnpirasi untuk menghasilkan sebagai lagu. Agar ia menjadi inspirasi dan bermanfaat buat semua pendengar.

10 lagu dari album Tutur Batin adalah dari pada pengalaman peribadi. Piawaian industri muzik suatu ketika dulu menginginkan banyak kriteria dari segi kecantikan, warna kulit dam lain-lain. 

Kita perlu suarakan isi hati. Maka, ia terhasil dari proses perjalanan. Semakin ramai cuba menghalang. Jalan jauh sendiri dan terus berjalan sehingga berjaya. 

Mendiang Glenn Fredly merupakan mentor yang membawa Yura ke dalam industri muzik. Berkarya perlu ikhlas dan dari hati. Kesederhanaan dalam terus berkarya lebih menenangkan. Jangan lupa asal usul. 

Susunan muzik pada Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur berbeza dari Album dan dari Indonesia. Ada surprise. Memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert pertama. Ia hadiah buat peminat. Selepas Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita akan lakikan jelajah di Indonesia selepas bulan Ramadan.

PERTUNJUKAN TUTUR BATIN LIVE CONCERT KUALA LUMPU 2 FEBRUARI 2023


Yura Yunita tunai janji buat peminat di Malaysia Hampir 10 tahun mencipta nama sebagai anak seni, ternyata nama Yura Yunita tidak lagi asing buat peminat muzik di Indonesia dan Malaysia. 

Terkenal melalui lagu lagu ciptaannya yang cukup puitis, setiap karya bekas peserta pertandingan realiti, The Voice ini juga bagaikan magis yang mampu menjadi penyembuh jiwa buat si pendengar. 

Bakal membuat Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, ternyata ini merupakan momen penting buat penerima anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik pada Anugerah Anugerah Musik Indonesia 2022.


Berkongsi perasaan teruja untuk bertemu dengan peminat di negara ini, jelas Yura tempoh dua tahun menyimpan impian untuk beraksi secara langsung di hadapan peminat di Malaysia membuatkan dia cukup bersyukur diberikan kesempatan ini. 

Tambahnya, konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur ini juga merupakan lokasi pertama jelajah konsertnya.

“Menjadi impian terbesar saya untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Jadi ini adalah antara impian yang direalisasikan, saya sangat bersyukur dengan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menghasilkan konsert ini.

“Paling indah, Kuala Lumpur juga merupakan lokasi pertama konsert sebelum ke lokasi lain. Semoga dengan penghargaan kecil ini dapat melunaskan hutang saya kepada peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Menjadikan curahan jiwa sebagai bekal dalam karyanya, penyanyi berusia 31 tahun ini juga memberitahu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas terbaik buat dirinya berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai seorang anak seni tetapi seorang wanita dan juga isteri.

“Sejak album pertama sehingga Merakit dan kini, Tutur Batin, ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya. 

"Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas saya dan peminat berkongsi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh berliku, tetapi tidak pernah patah semangat untuk sentiasa berjuang. 

Soalnya setiap daripada kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti saya. Cumanya saya diberi kelebihan untuk berkongsinya melalui lagu-lagu ciptaan saya yang akan saya persembahkan kepada peminat saya di Malaysia,” katanya.

Merupakan rakan duet mendiang Glenn Fredly untuk lagu, Cinta Dan Rahasia, Yura yang juga penerima anugerah Pencipta Lagu Terbaik pada Anugerah Musik Indonesia 2017 (AMI 2017) dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik (AMI 2018) akan membawakan lagu-lagu terbaiknya pada konsert tersebut antaranya Tutur Batin dan Dunia Tipu Tipu.

“Dua tahun saya menantikan saat ini, jadi saya janji untuk memberikan yang terbaik buat penonton di konsert ini.Saya juga memohon peminat saya untuk hadir memberikan sokongan kepada saya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak penaja Wardah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghiburkan peminat di sini,” katanya. 

Sementara itu Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati membawa Yura ke Malaysia dalam menjawab permintaan peminat penyanyi ini yang mahukan Yura mengadakan persembahan di sini.

Yakin dengan kemampuan yang dimiliki penyanyi kelahiran Bandung itu jelas Aliya Arisya Anuar pihaknya yakin Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan memukau peminat di Malaysia.

"Karya Yura mempunyai aura yang kuat dan selalu berbicara mengenai semangat dan inspirasi dalam kehidupan.

"Karyanya banyak menyentuh mengenai kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita agar kuat percayakan diri.

"Lagu seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia dan Tutur Batin antara bukti karya Yura memberi inspirasi kepada kita. Disebabkan itulah, Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam konsert nanti," katanya.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !