MIX AND MATCH DI GUARDIAN DAN NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 60 PERATUS

MIX AND MATCH DI GUARDIAN DAN NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 60 PERATUS

Ruby
0
MIX AND MATCH DI GUARDIAN DAN NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 60 PERATUS | Assalammualaikum semua! Siapa suka ke Guardian? Angkat tangan sekarang! Hehehe. Guardian adalah syurga bagi Ruby. Kalau ke Guardian, kita boleh pergi bila-bila masa dan pasti ada promosi sedang berlangsung. Kekerapan Ruby ke Guardian boleh dikatakan setiap minggu. 

Setiap minggu? Apa Ruby buat? Apa Ruby beli? Yezzaaaa, di Guardian ni, Ruby tidak boleh beli barang berat selamba, kena bawa suami. Kalau barang berat macam mandian kami anak beranak. Kebiasaannya semasa musim gaji kami ke Guardian. Di antara 25 - 30 haribulan macam tu. 

Minggu yang lain tu ada datang sebab nak beli ubat demam, deflam dan koyok. Ada juga minggu lagi satu beli beauty produk semata-mata. Eye Brow, gincu atau cushion Wardah habis, mesti beli segera ya. Nanti wajah pucat macam zombie. Hahaha. 

Ada juga masuk Guardian untuk cuci mata tengok produk, tengok gelagat pelanggan dan tengok staff bekerja susun stok. Hehehe. Healing di dalam Guardian. Gitewww.

MIX AND MATCH DI GUARDIAN DAN NIKMATI DISKAUN SEHINGGA 60 PERATUS


Jika dah biasa membeli-belah di Guardian, pasti kita tahu diskaun Purchase with Purchase (PWP) hanya akan diberikan kepada barang yang sama. Kalau beauty, beauty sahaja. Jenama sama dan barang sama sahaja. Cushion Wardah dan produk sama harga lain. Masuk Guardian kena pandai matematik tau. Hahaha.

Sekarang, korang lagi kena pandai kira peratusan sebab Guardian sudah melancarkan promosi Mix & Match buat kali pertama! Pertama kalinya, Guardian menawarkan penjimatan 60% untuk item belian kedua. Item belian kedua boleh produk skin care, personal care, health, hair care, cosmetics, men, baby care, food, house hold atau jenama Guardian Brand sendiri. Best kan?


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Malaysia dan Brunei, Guardian Health and Beauty Asia Tenggara berkata;

“Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan kami dan pengalaman pelanggan yang lebih baik jadi disamping penjimatan hebat, kami kini menawarkan kepada pelanggan kami pilihan untuk mencampur dan memadankan apa yang mereka beli dan ini adalah tawaran pertama seumpanya oleh Guardian. 

“Untuk julung kalinya, pelanggan Guardian akan menikmati diskaun 60% untuk item belian kedua dan mereka dibenarkan untuk Mencampur dan Memadankan pilihan mereka daripada lebih 2,000 produk, yang merangkumi semua produk pupur muka, pembersih muka, penjagaan bibir, pewarna rambut dan deodoran. 


Promosi ini bermula pada 1 Februari 2023 dan akan berakhir pada 28 Februari 2023, jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli-belah di Guardian.

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !