KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH
Jumaat, Februari 03, 2023KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH | Assalammualaikum dan Salam Selamanya Di Hati. Ewahhh tak sampai sehari dah pandai Ruby greetings macam warga kerja Majlis Daerah Selama. Hehehe. Kali ini kami dibawa ke lokasi istimewa yang pada pendapat Ruby ia sangat asing. Kolam Udang Galah? Seriuslah dekat Selama ada Kolam Udang Galah?
Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh merupakan Rakan Strategik Pelancongan Majlis Daerah Selama (RSP-MDS). Apabila tersenarai sebagai RSP-MDS, anda boleh berasa yakin kerana tempat ini diselenggara baik oleh MDS.
KOLAM UDANG GALAH AIR GUNUNG LATA BULUH
Saat tiba di Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh, Ruby hanya nampak kolam yang besar dan nampak pengunjung sedang memancing udang sahaja. Apabila masuk ke dalam lagi. Udara segar menyapa. Aaaaaaa. Macam dekat atas gunung ya. Segar betul. Kawasan begini seharusnya menjadi kawasan bebas merokok. Tenang betul. Healing sambil memancing udang pun best kan?
Ruby mendongak ke kiri dan melihat permandangan kabus dan gunung yang menghijau. MasyaAllah best betul tempat ni. Cuaca sangat baik. Permandangan di sini sangat mempersonakan. Walaupun Ruby bukan kaki pancing, tapi kalau kawasan selesa dan damai macam ni. I am willing to come here again and again. Begitulah bila teruja, speaking London haaa. Hehehe.
Tempat ini diusahakan oleh Encik Yusni Dahalan yang merupakan Pemilik Kolam Udang Galah Air Gunung Lata Buluh. Lokasi ini terletak dekat dengan Lata Buluh yang juga merupakan salah satu daripada 7 destinasi lata dan air terjun di daerah Selama, Perak
0 comments
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.