KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2023

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2023

Ruby
0
KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2023 | Assalammualaikum semua! Akhirnya acara yang dinantikan oleh kita semua rakyat Malaysia telah tiba. KL Tower International Jump pada tahun ini dinantikan oleh penerjun antarabangsa dan tempatan. Nampak wajah-wajah teruja dan bersemangat melakukan sukan lasak ini. 

Lokasi Menara Kuala Lumpur ini telah menjadi acara tahunan sejak BASE Jump pertama di Malaysia pada Ahad, 3 Oktober 1999. Acara itu merupakan salah satu acara kemuncak sambutan Ulang Tahun ke-3 Menara Kuala Lumpur. 

Acara ini disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai BASE Jump pertama Malaysia. Peserta pada ketika itu adalah Kapten Abdul Rahmat Omar, Lt. Aziz Ahmad dan Martin Dumas, warga Kanada. Mereka melompat dari Aras TH05 iaitu pada ketinggian 300 meter.

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2023



Selepas 3 tahun penanguhannya akibat pandemik Covid-19, acara ‘KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM)’ yang memasuki tahun ke-20 pada tahun ini, telah kembali bermula pada 3hb hingga 5hb Februari 2023 dengan menyaksikan lebih daripada 140 penerjun antarabangsa dan juga penerjun Malaysia yang akan mempamerkan terjunan menarik dengan aksi-aksi mendebarkan dari ketinggian 300 meter di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur. 

Sebagai ikon dan mercu tanda penting yang diiktiraf oleh dunia, pelbagai pengalaman menarik dan unik yang ditawarkan kepada pelawat. 

Sumber gambar dari Mohd Safuan Bin Salahudin

SITTING ON THE EDGE


Menara Kuala Lumpur sekali lagi menawarkan pakej khas ‘Sitting On The Edge', dimana pengunjung akan dapat menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck pada waktu siang ataupun malam.


Ini merupakan satu-satunya peluang sepanjang tahun apabila pengunjung dibenarkan duduk di tebing Sky Deck dan melihat sendiri saat-saat menggerunkan penerjun membebaskan diri mereka di awan dan jangan lupa untuk mengabadikan memori dengan pemandangan indah siang atau malam Bandaraya Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati harga serendah RM149.00 bagi pemegang MyKad dan RM189.00 tanpa MyKad. Pakej ini membolehkan pengunjung menikmati akses tanpa had ke Sky Deck, t-shirt eksklusif acara KLTIJM2023 dan cenderamata eksklusif Menara Kuala Lumpur.

Acara ‘KL Tower International Jump Malaysia 2023’ tahun ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Al-Ikhsan Sports, O’Briens Irish Sandwich Café, Oasia Suite Kuala Lumpur, The Boom Bevlab (Boom+) dan Hijrah Water.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !